Senarai Apa yang Perlu Dibuat Sebelum Memulakan Diet Atkins

Tahniah, anda mahu mengubah diri dan mengurangkan lebihan berat yang tidak diperlukan dengan berdiet Atkins. Sebelum memulakannya, apa kata and baca dan tick senarai yang ada di sini, untuk memudahkan anda untuk berAtkins dengan steady dan jayanya (kuranglah kebarangkalian nak cheat, ye dok?).

Senarai Apa yang Perlu Dibuat Sebelum Memulakan Diet Atkins mommylotte

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Berdiet Atkins

Ialah Baca, Baca, Dan Baca

Perlunya ilmu pengetahuan untuk memahami diet Atkins dengan menyeluruh. Yelah, takkan setiap kali nak makan nak kena rujuk support grup atau google dulu boleh ke tidak makan. Malah, ni juga salah satu faktor mengapa ramai yang terbabas ketika berdiet Atkins ni.

atkins_food_pyramid_400x300_mvlfi_qyo6x

Paling asas, kenali bagaimana diet Atkins dihasilkan dan fahami fasa-fasa yang ada dalam diet ini, kerana peraturan Atkins walaupun fleksible mengikut keperluan individu, ia agak strict sebenarnya, especially ada potensi ketosis dan lain orang lain tahap penerimaannya, walaupun kita semua tahu betapa besarnya manfaat Atkins ni.

Contohnya, fasa 1 induksi berbeza dengan fasa 2,3,4. Malah fasa yang dipilih tidak boleh sebarangan, lagi-lagi jika anda ibu yang masih menyusu. Untuk yang menyusu kena ambil kira kesihatan anak juga, mungkin post ini boleh membantu memudahkan anda.

Belum kira lagi senarai makanan yang boleh dan tidak boleh – kunci utama yang perlu dihadamkan sebelum memulakan diet Atkins.

Walaupun ada yang boleh survive degan 5 papan telur sebulan, tak semua orang boleh tahan muak begitu ya.

Klik sini, cara terbaik untuk kurangkan rasa terbeban ketika berdiet, dengan selesaikan punca masalahnya.

Nota: Link ayat bergaris di atas ini yang akan membawa anda ke entri lain untuk memudahkan anda memahami Atkins. πŸ˜‰ Klik tau.

Tentukan Berat Badan Yang Ideal

Sebelum memulakan diet adalah penting untuk menetapkan target berat badan kita dulu. Kira sendiri berat ideal yang anda inginkan dan pastikanlah ia selari dengan julat sihat BMI ya (nak berat unrealistic cam retis tu agak-agaklaa) iaitu dalam 18.5 hingga 24.9.

kurus
Tak mustahil anda boleh selim melim dengan Atkins

Dan tips saya, sekiranya terlalu banyak berat yang anda nak kurangkan, boleh ja pecahkan kepada beberapa target kecil, untuk tak bebankan minda nak tengok dan kata β€œuish..banyaknyaaaaa”

Join Support Grup

Kadang-kadang susah nak diet jika anda berseorangan (lagi2 ada ahli keluarga atau member yang perlekehkan usaha kita, yang memang meminta disekeh di kepala) jadi join mana-mana grup yang membantu anda untuk kurus, tak kisahlah diet Atkins atau diet lain.

Alatan Yang Diperlukan

Dapatkan alatan yang akan digunakan untuk mengukur perubahan yang ada pada tubuh – iaitu timbang berat dan juga tali pengukur. Ini kerana perubahan tak dikira tepat jika mengharapkan berat semata-mata.

Ada kemungkinan berat anda bertambah walaupun anda kelihatan slim, kerana diet Atkins ni tinggi proteinnya. Malah timbang berat ini juga digunakan untuk periksa mana-mana makanan/had karbo yang menyebabkan anda bertambah berat.

difference weight with muscle
Perhatikan, berat gambar kanan bertambah tapi lebih slim dri gambar kiri – tanda inchloss

Jurnal juga perlu sebagai alat tambahan untuk merekod apa yang anda makan dan senaman yang dilakukan.

Kalau dah ditulis depan mata, senang nak tengok apa yang tak kena atau makanan yang perlu dielakkan (jika ada kemungkinan alergi) kerana bergantung kepada individu, ada makanan tertentu yang anda tak boleh ambil jika ia menyebabkan berat anda bertambah (lain orang, lain metabolisme nya).

Kunci dalam Atkins, adalah mengurangkan berat badan sehingga dalam julat sihat, dan menentukan had Karbohidrat yang boleh anda ambil dalam sehari, tanpa menambahkan berat badan. Lain orang, lain hadnya ya.

Menu dalam Atkins

Rancang menu anda untuk seminggu (lagi baik, sebulan terus) untuk pastikan anda mengikut diet Atkins dengan konsisten, elak dari terbabas atau tercheat tanpa sengaja. Pastikan senarai ini boleh dibawa bersama untuk mudahkan anda ketika makan lauk di luar.

fried riced cauliflower
Nasi goreng Atkins ni

Klik sini untuk menu Atkins fasa 1 yang mudah dan stylo!

Penuhkan stok makanan yang mesra Atkins untuk senangkan kerja memasak dan elakkan dari cheat juga. Walaupun ia bermakna anda perlu beli 5 papan telur setiap bulan.

Makanan Tambahan

Makanan tambahan juga perlu kerana ia memudahkan kita untuk elak rasa letih lesu yang over sangat (simptom biasa adalah mengigil, kerana kekurangan kromium).

banner

Secara mudah, ia topup mana-mana nutrisi yang lompong, yang tidak sempat kita ambil dalam makanan kerana ketika Atkins, lemak dan toksin yang bergumpal akan dikeluarkan maka perlunya nutirisi lebih dari biasa untuk melawan dan detoks keluar bahan kotor ini dengan segera.

Maka kurang sket kesan terbeban dan rasa tak selera, kurus pun cepat!

Klik sini untuk baca pendapat Dr Atkins mengenai pengambilan supplemen.

Penafian:Β Produk senarai atas iniΒ bukan produk kurus atau sebab mutlak untuk kurus (ia adalah makanan tambahan ya), tapi ia membantu anda untuk melalui proses Atkins dengan jayanya, dengan hasil yang segera.

Pemilihan Waktu

Sebaiknya, pilih waktu yang sesuai untuk berAtkins kerana diet ini agak strict dan membebankan diri. Buat diet ini directly selepas clash dengan balak tidak membantu pun sebab emosi tengah celaru, stress lagi akan menyebabkan tubuh menyimpan lemak dengan lebih kuat dan sudahnya lambat kurus. Kan salahkan Atkins pulaknya.

Dah tanda semua checklist ni, boleh dah anda mula Atkins dengan bergaya!

Semoga membantu entri ni! Sebar-sebarkan kepada rakan-rakan anda yang tengah atau sedang berkira-kira untuk diet Atkins untuk memudahkannya juga. πŸ˜€

Perhatian! Jika anda ibu yang masih bf dan nak kurus pada masa sama:

Shai amat rekomenkan ebook ini, khas untuk ibu-ibu yang nak kurus, cuma tengah bf anak lagi. Baca lanjut info di bawah ya. πŸ˜€

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir, seperti gambar di atas. dan sukacitanya ia DAH SIAP! Yeay!

Ebook ini agak tebal, shingga 70m/s, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai ebook Atkins untuk Ibu Menyusu ini.

Inshaa Allah ia akan membantu anda, sepertimana pengguna dalam testimoni ini.

Shai belanja salah satu testimoni terkini, penggunaan ebook edisi ketiga ini, selepas seminggu dua. Alhamdulillah syukur

Panduan Untuk Yang Bukan Ibu Takda Ke Shai

Ada, jangan risau. πŸ˜€ Untuk panduanΒ  samada untuk lelaki atau wanita, malah untuk yang kegunaan ketika berpuasa, disediakan oleh Shai dan team. Klik sini ya. πŸ˜€

signature mommylotte

Bacaan lanjut

98 Comments

  1. Tumpang sekaki ye..terima kasih kalau sudi kongsi tips semoga saya berjaya selepas melalui fasa stress belajar pjj yang menyebabkan saya jadi makan macam orang mengidam.

  2. Kalau boleh saya nak kempiskan perut … terima kasoh kerana sudi bantu

  3. Bg pendapat bleh…sy ni pg2 mesti kene minum manis.sy x mkn pun xpe.tp klu sy x amek manis…sy akn benda berat…tlg bantu sy

    1. alternatifnya, stevia boleh sis..namun elok jika biasakan diri dengan minuman kurang manis, sebelum tu ya. πŸ™‚

  4. Salam, amat memerlukan pertolongan dan sokongan.. Dah berat sgt dah ni, sakit tumit lutut nak bawak badan sendiri. Tolong akak yer dik.

    1. Itu kes serius tu..kalau nak, mohon pm ke fb terus ya untuk penjelasan seterusnya. πŸ™‚

    1. Tak mengapa sis. Untuk cara yang lebih mudah dan kesan yang segera saya boleh cadangkan. πŸ˜€ Mohon pm terus ke fb saya ya (ada di icon fb tu) dan saya akan reply secepat mungkin. πŸ™‚

      1. Saya pon nak kurus. Sis emel dgn saya tips2 dan maklumat2 Diet Atkins☺️

        1. Emel yang mana tu sis. πŸ˜€ Ada entri2 mengenai Atkins, telah saya link kan dalam artikel ini. Semoga memudahkan ya.

  5. Assalamualaikum, saya mmg nk try DA ni, tapi saya ada sakit batu hempedu yg mana pengambilan protein perlu di kurangkan..tlg la saya..saya nk capai berat ideal..

    1. Ini kes yang agak special juga. Jika sis mahu boleh pm saya terus di fb, agar saya dapat konsult dengan mudah. πŸ™‚

  6. Saya nk kurus juga..tp sy ibu yg mnyusu ank n bkerja..mcmna nk buat ye??tlg emel details..tqvm krn sudi mmbntu

    1. kena tengok baby berapa bulan sis. Mohon tengok entri saya mengenai atkins untuk ibu yang bf ya. InsyAllah akan memudahkan. πŸ™‚

  7. saya nak cuba diet atkins ni. Sekarang ni berat saya 162 tinggi 155cm. Sekarang lutut pim sakit2p

  8. sy tgh menyusu bby 2 bln..sy nk kuruskn bdn..teringin nk buat atkin tp org kta effect kt bby…tlg sy

    1. Baru baby 2 bulan ya. Mohon sis baca entri saya mengenai Atkins bagi ibu2 yang masih bf ya. πŸ™‚

  9. Berat badan makin meningkt lepas bersalin..sekrg mkn ubt perncng dan ubat thyroid… Nak kurgkn bert badan untk kesihtan diri…

    1. Ini kes special juga ni. Kalau sis berminat, mohon pm saya di fb terus untuk info selanjutnya ya. πŸ™‚ InsyAllah saya akan membantu sebaik mungkin.

  10. Dh penat cuba mcm2 cara tp hasil x nmpak… Rasa mcm buang masa tahan lapar tp berat ttp x turun… Klu turun pun x maintain…tolonggg saya kurus plz…bukan. Saja nk cantik tp nk sihat juga….

    1. InsyAllah boleh, senarai yang ada dalam entri ini pun cover yang asas untuk bermula. πŸ˜€

  11. Salam sy da pernah buat sblm ni tp malas la yg jd punca lg satu takde org guide saya tu yg tak jadi hapee mintak puan sudi bantu saya

  12. Sy nak kurus memandangkan pluang kerja yg amat tipis kerana bmi sy lebih.. Berat terkini 142kg. Tinggi 173.2cm

    1. hihi..tak boleh lah 2 minggu..cuba buat 4 minggu at lest baru nampak. πŸ˜€

  13. Saya baru lagi dengan diet atkins ni. Confuse lagi dalam pengambilan makanan tu. Macam mana ye?

    1. Boleh sis terangkan dengan lebih lanjut? Boleh ja sis pm terus ke fb kita untuk sebarang pertanyaan. πŸ˜€

    1. Mohon whatsapp saya 017-9153260 atau pm ke fb saya ya untuk respon segera. BMI sis ada masalah tu. InsyAllah, saya bantu sebaik mungkin, sehingga sis dapat berat yang ideal dan sihat. πŸ˜€

  14. Terima kasih kerana membantu, sy da mula atkins tp bila baca artikel di atas mcm x betul ape yg sy buat..bole tlg email sy cara yg betul..tq

    1. Apa yang zanariah buat tak betul tu.. πŸ˜€ mohon share kat Shai lah. whatsapp Shai 017-9153260 atau pm ke fb, dan kita tengok apa yang tak betul tu. πŸ˜‰

    1. Boleh kak zu, semua orang bukan sahaja kurus, tapi berat yang ideal untuk sihat. πŸ˜€ Mohon whatsapp saya 017-9153260 atau pm ke fb saya ya untuk respon segera. InsyAllah, Shai akan bantu sebaik mungkin.

  15. Saya ada slip disc dan sakit lutut. Try buat atkins tp selalu kelaut… tolong bg tips ye. Macamana nk maintain… dah overweight sgt ni…

    1. Simpatilah Shai.. slip disc lagi..sakit lutut lagi..adakah sakit lutut tu disebabkan oleh lebihan berat? Mohon whatsapp saya 017-9153260 atau pm ke fb saya ya untuk respon segera.

  16. Saya nak kurus tp x tahu cara diet atkins sambil menyusukan bayi. Anak dah 10 bulan tp berat masih lg lebih 10kg drpd sebelum pregnant.

  17. Saya nak kurus sbb sy dh obesiti, skrg berat 99,tinggi 158, bmi sepatutnya kena berat 58 br ok. Xlarat dh bw badan…

    1. Boleh kak, saya akan bantu sebaik mungkin. Akak boleh whatsapp saya terus ke 017-915 3260 untuk respon segera ya. πŸ˜€

  18. Nak kurangkan 10 kg berat badan sbb sekarang ada prblm lutut. Doktor nasihatkan kurangkan berat bdn. Tolonglah bantu..

    1. Dah samapai sakit lutut ya kak. Saya emelkan info lanjut ke akak ya. InsyAllah akan membantu.

    1. Terbaikk kak! Saya emelkan info lanjut ke akak ya. terima kasih banyak2! πŸ˜€

  19. Saya nak ikut cara diet atkins. Tapi waktu mkn saya x menentu disebabkan kerja. Biasanya saya srpn jam 7 pagi…mkn kuih atau ayam goreng. Lps tu saya x makan smpi la ptg..kira2 jm 4 baru makan. Saya lapar jadi makan nasi atau mkn berat. Malam saya x makanAdakah diet saya betul.

    1. Boleh kak, even yang sibuk pun, boleh lagi berAtkins, dengan panduan yang betul.Saya emelkan info lanjut ke akak ya. terima kasih kerana berminat

    1. Boleh2. Saya dah emelkan info lanjut ke akak ya. terima kasih kerana berminat

  20. Sy kene darah tinggi..doktor xbg ubat sb dia suruh kurus dulu..sy nk.kurus…mcm mana ye

  21. nak kurus.. tapi tengah menyusu ni lapar saje… pastu addict plak nescafe tu.. kalo x minom nescafe berhari x berak.. camne.. docto pon dah suro turunkan berat sb backpain n kaki skrg bisa.. x leh berdiri lame.. T_____T ade tips x org macam sy ni? huhu….

    1. cam berat je kes akak ni..smpi doc dah suruh pula ni. Boleh2, saya cuba bantu sebaik mungkin. saya emel ke akak ya πŸ˜€

    1. Terima kasih byk2 kak, kerana berminat. Nak saya coach ya, saya akan emel akak sekarang. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge