Pavlov Effect untuk Produktiviti

silver click pen on open book

Shai pun baru tahu sebenarnya maksud Pavlov Effect. Tak tahu pula kecenderungan kita guna lagu tertentu yang sedikit sebanyak membantu kita fokus dan produktif bila buat kerja ni adalah satu fenomena Pavlov.

Asalnya nak share post di reddit The Sims semata, nak tunjuk penghargaan dekat komposer lagu-lagu dalam game The Sims 1 yang banyak bantu kita fokus bila buat kerja – sampai 30 minit pun boleh duduk setempat ja fokus dalam flow tersebut. Kalau 30 minit nampak kecil ja kan, tapi Shai ulang balik kaedah tersebut beberapa kali dalam sehari, sehingga kalau dah setel urusan rumah/homeschool anak dsbg, boleh buat kerja dalam 4-6 jam sehari.

And I get so much done. 

Jadi begitulah, lepas berkongsi pengalaman ramai yang membalas komen kongsi pelbagai info dan salah satunya ada yang maklumkan apa yang berlaku dekat kita tu fenomena Pavlov.

Pavlov Effect

Kesan Pavlov yang dimaksudkan tu adalah ‘conditional reflex’ dimana satu keadaan tu kita set kalau ada stimulus A, kita buat B (walaupun A n B tu tak berkait dan boleh jadi dalam kategori lain). Stimulus diulang sehingga ia melekat dalam otak dan otot (untuk muscle memory) jadi bila ada ja stimulus datang, tubuh minda kita terus set untuk buat B. Boleh baca lanjut tentang eksperimen yang dilakukan oleh saintis tersebut di sini

Seriuslah ni yang berlaku dekat kita.

silver macbook air and goose neck lamp
Photo by Daan Stevens on Pexels.com

Produktiviti Dengan Pavlov Effect

Bila nak mula buat kerja kita buka album The Sims 1 (atau nak tukar, The Sims 2), memang terus buat kerja dengan penuh fokus tanpa fikir apa lagi dah. Terus automatik masuk ‘flow state’ yang kalau ikut cara biasa memerlukan sekitar 20 minit untuk masuk keadaan ‘flow’ tersebut.

Dok riki-riki kita fikir, penjelasan yang munasabah yang boleh kita fikir adalah dari beberapa ratus jam kita main game The Sims 1 masa kecik2 dulu. Sebab game guna teknologi lama (komputer pun Windows 98 kot), tambah game ni genre baru kita main berbanding zaman NES 2D dulu-dulu jadi agak mengambil masa untuk bina rumah, nak cat lagi, beli perabut n susun, apatah lagi nak buat keluarga untuk letak dalam rumah dan urus keluarga tu. 

Banyak kerja nau macam orang betul pulak XD

Tapi tu lah dalam nak bina rumah dsbg tu latar lagu tu yang keluar. Masa tu kita kecik2 tak sibuk sangat lagu tu (cuma mungkin bersyukur sebab tak bingit ke apa, melodi macam lagu ambience dekat shopping mall tu) tapi tanpa sedar, ia secara tak langsung dah buat satu bentuk ‘conditioning’ kepada kedua minda n tubuh kita untuk fokus kita lakukan suatu tugas.

Dan ‘conditioning’ ini yang akhirnya membantu kita untuk fokus terus menerus dengan bantuan lagu ni. In a way, alhamdulillah.

Adakah kita boleh buat?

Ikut pembacaan kita, jawapan mudah ya, kita boleh buat satu ‘conditioning’ menggunakan prinsip Pavlov Effect ni cuma kena konsisten lah sampai ia melekat. 

Tak perlu setup bagai, memadai cari satu tempat untuk buat kerja tu, kita sediakan satu playlist lagu yang sesuai untuk buat kerja (bergantung pada orang, mungkin perlukan lagu ambience ka, nature sounds, atau macam Lofi Girl di video ni), dan gunakan playlist tersebut UNTUK KERJA SAHAJA.

Ni penting agar untuk pastikan otak kita dapat info baru ni dan hasilkan sel/hubungan neuron dengan betul yang seterusnya akan beri arahan pada tubuh kita. Macam arahan ni lah “lagu ni dah mula, sekarang fokus buat kerja’

Buat ni tiap kali nak buat tugasan tersebut hingga melekat. Masa tu nak buat playlist lagu lain untuk tujuan yang sama (kot dah boring kan) pun takda masalah. Kita guna album The Sims 2 dan 4 kot XD.

Kita fokus buat kerja sampai lagu ke 6 biasanya siap 1 bahagian. Pause, n sambung buat kerja balik ulang sampai setel 😛

Semoga membantu ya.

Boleh baca lebih banyak blog post kita berkaitan produktiviti di sini. Kan tagline website kita pun tulis produktiviti XD

Sumber: 1, 2, 3

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Pernah baca tentang ni dalam buku atomic habit. Kalau sesuatu rutin diulang secara berterussan akan kekal menjadi amalan. Kalau dilakukan pada masa dan tempat yang sama setiap kali, lebih mudah ia menjadi automatik dan kekal.

    1. Setuju. Conditioning untuk minda n tubuh sekali harung untuk mudah melekat satu tabiat. Atomic habits ni salah satu buku top list saya juga?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge