Kerjaya Yang Sesuai Dengan Autisme

Dalam menguruskan Naz ni pastinya terfikir apa kerjaya yang sesuai dengan autisme. Yelah, walaupun waktu ni Shai kerja keras saving duit khas untuk keperluan duit dia bila besar nanti, takkan nak menepek bawah ketiak mak kot, banyak cantik hang.

Nak pula dari kecil lagi Naz ada kecenderungan untuk hasilkan sesuatu dari kosong – making from scratch mat saleh kata – yang boleh kita simpulkan kerjaya designer/inventor/engineering lah yang sesuai.

Dalam waktu Naz autisme ni Shai bersyukur dia mild satu hal, satu lagi asbab autisme ni dia ada kecenderungan satu hala ja dalam minat jadi sedikit sebanyak dah jimat masa dan duit nak cari apa minat (calling) dia yang sebenarnya. 

Shai sendiri pun, lack of guidance masa kecil jadi tersasar sikit lah minatnya (belum kira sistem pendidikan yang tak kondusif yang sekadar gempak di kertas kerja dan tak holistik – ada lagi ke budak pts sekarang ni – but let’s not get into that because at least by Allah’s grace he helped me other ways) jadi sekurangnya zaman sekarang ni – dan boosted by dr. Maszlee – banyak peluang dan jalan untuk Naz ikut apa yang dia minat.

Selain jimat masa dan duit aku hehehe…

Ambil perhatian juga senarai ini tidak menyeluruh dan pastinya tak mustahil untuk anak-anak ni ada minat yang sesuatu yang kita sendiri tak jangka.

Jadi kita makpak ni bagi sokongan dan memudahkan ikut mana kemampuan kita, yang lain tu biar Allah yang setelkan. 

Tip: Sewaktu anak dah tingkatan 3 dah boleh mula fokus untuk lebih spesifik dalam bidang yang diceburi.

Kena realistik jugalah sebab minat yang kita nak untuk dijadikan kerjaya kena tengok financially sound juga (tak boleh sangat ‘do what you love’ semata tanpa praktikaliti).

Kita boleh dapatkan pandangan yang pakar seperti kaunselor sekolah atau kaunselor kerjaya. Cuma khusus untuk autisme ni Shai tak sure lagi jadi kalau ada info baru kita update sini lah ya. 

Okeh, kita lihat serba sedikit senarai kerjaya yang sesuai untuk yang autisme ni.

Kerjaya Yang Sesuai Untuk Autisme

Kerjaya Berkaitan Dengan Haiwan

Kerjaya ni termasuklah doktor veterinar, pet groomer (yang ni boleh potensi bisnes), atau yang uruskan bahagian perladangan.

Terbukti dalam beberapa kajian yang autisme ni ada hubungan rapat dengan haiwan malah boleh bantu stabilkan emosi mereka dengan lebih baik (tak tau lah Naz sekarang ni selain kucing arnab dia suka nau belek semut, labah-labah yang maknya lari sebatu) jadi sedikit sebanyak kerjaya bidang ini boleh membantu mereka rapat dengan haiwan, yang pada masa sama boleh juga bawak masuk duit ke kwsp mereka.

Kajian yang dimaksudkan seperti penambahbaikan dekat tingkahlaku (bahasa mudahnya perangai lah) malah dibuktikan lebih baik berbanding menggunakan mainan; dan kumpulan kajian berkaitan rawatan menggunakan haiwan (kucing, kuda atau ikan lumba-lumba contohnya) dan kesan terhadap pelbagai faktor berkaitan autisme.

*boleh ke tak minta sekolah adakan satu ruang khas dekat sekolah untuk bulus ni. Kurang2 ambil kucing tepi jalan lepas tu vaksin, kasi, dan jaga pun dah jaga populasi kucing terbiar selain latih n terapi budak2 ni. win-win kot.

Bidang Sains Dan Teknologi

Bidang ini tak mengejutkanlah sebab ada ja beberapa personaliti teknologi yang terkenal ada di diagnosis dengan beberapa keadaan tertentu seperti autisme, ADHD, dan Asperger’s.

Bukan sebab teknologi tu per se tapi lebih kepada suasana bidang ini yang tak memerlukan interaksi dengan orang sangat, selain aspek bidang ni lebih kepada logikal, jadi mereka yang minat kepada matematik, sains, dan fizik boleh ada dalam bidang ni. 

Bidang ni juga yang Shai perasan dekat naz; dia cepat tangkap coding dan matematik laju sedikit dari kelasnya sebab perasan dia macam tengok pattern untuk jangka jawapannya (untung gak lah coding la ni dah comel berwarna warni yang kita ni buat html ya rabbi pinau mata – sapa kerap tukar theme friendster tahulah).

Contoh kerjaya yang berkaitan seperti programmer, inventor, kerja makmal, kajian berkaitan sains dan teknologi seperti profesor atau contoh popular, macam Silicon Valley entrepeneurs lah.

Macam dapat build company unicorn gituuu

Penulisan

Khusus untuk penulisan yang memerlukan fakta dan hasil kajian yang tak bias, bidang ni sesuai untuk mereka. Contohnya wartawan dalam bidang jenayah, statistik, sejarah dsbg sesuai untuk mereka yang biasanya kurang mahir nak zahirkan emosi (tak semua lah, tapi ni secara umum ikut kebanyakan). 

Sekali lagi, senarai bidang ini tidak menyeluruh dan pastinya ikut minat masing-masing yang ada kemungkinan pelbagai kombinasi bidang yang mereka belajar dan kerjaya yang mereka lalui (hee..ramai kita belajar pun bidang lain dapat kerja lain sekarang ni kan? Jadi tak heran dah semua tu).

Poin berguna untuk kita ingat dalam bab memilih kerjaya/bidang yang sesuai untuk mereka ialah lihat di mana kaedah pembelajaran yang biasa mereka gunakan seperti visual, auditori, atau kinestetik yang ni pun sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan.

Contohnya macam kisah lelaki autisme ni yang kerja dia ambil komisen buat lukisan macam ni:

Kuatnya kemahiran visual dia, sekali tengok boleh ingat setiap inci detail dalam memori dia dan mudah nak diterjemahkan ke lukisan. Ni beza dari kebiasaan yang otak kreatif yang lukis ikut gambaran kasar dan diterjemahkan ikut sensori dia, hat ni macam berdasarkan data: Nampak A = lukis A. Power photograhpic memory dia. 

Sedikit sebanyak perkongsian blog ini membantu makpak yang anaknya autisme untuk buat pilihan bidang yang mereka boleh buat.

Yang penting dalam aspek memiliha kerjaya yang sesuai untuk autisme ni, kena seimbangkan antara minat dengan yang boleh buat duit untuk hidup sebab kena caranya, korang boleh jadikannya sebagai 2,3 sumber duit dari harapkan gaji semata ikut tradisi.

Yang Naz ni, Shai usaha lah nurture minat dan kemahiran dia sebaik semampu mungkin. 😉

Untuk bacaan lain tentang penjagaan autisme ni, boleh klik sini. Ni bukan profesional level tau; sekadar dari pengalaman sendiri.

mommylotte

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge