Review App Belajar Membaca

App Belajar Membaca, yang Shai gunakan sebagai salah satu kaedah dalam homeschool Naz ni. Apps ni Shai jumpa dalam App Store, dan setakat ini Shai sangat2 puas hati, malah boleh anggap nilai penggunaan app ini lebih daripada apa yang Shai bayar. Tak mahal pun, hanya RM3.90, sekali bayar sahaja.

Membaca Dengan Menggunakan App

Tujuan penggunaan app ini bukan untuk sepenuhnya, tapi untuk pelbagaikan jenis medium/kaedah untuk elak awang kecik ni cepat bosan hehe..tapi pada masa sama, kandungan dalam app ini lengkap untuk dikira sebagai asas (baseline orang putih kata) untuk belajar dengan lebih mendalam.

Review App Belajar Membaca

Dalam app ini dibahagikan ikut huruf, konsonan, dan suku kata (dengan macam2 terma yang Shai pun tak faham – siapa ambil dip/degree pendidikan tahu lah benda2 ni) dan dalam setiap bahagian ada pengenalan, dan juga latihan.

Korang tengok gambar ini, Shai ambil gambar setiap menu dan bila kita buka app ini, dia akan view macam 3 muka surat lah, jadi Shai snap kesemua silibus yang ada. Dari tiap silibus tu, ada latihan untuk praktis membaca, dan praktis berbentuk kuiz.

review app, app belajar membaca, play store, app store
3 ‘mukasurat’ dalam app ini, ada diftong lah, kvkk lah..Ni cikgu sesuai pakai ni

Shai tak nafikan, mula berat hati nak membeli juga app ini. Murah tak murah, Shai nak bila beli biarlah alah membeli menang memakai gitu. Shai tengok screenshot yang disediakan dalam app, dan lepas bajet2 asing duit untuk apps berbayar lain, Shai beli lah app Belajar Membaca ini.

review app, app belajar membaca, play store, app store
Silibus yang besar dibahagikan kepada silibus yang kecil

Interface (GUI) dia Shai tak kisah sangat; part of it Shai acknowledge nak create graphics kaw2 macam apps kanak2 lain yang dari orang putih punya kena belanja besar. Belum kria nak coding ke apa lagi. Jadi Shai tak kisah sangat. Ada rupa ‘kanak-kanak’ dalam app tu cukuplah. Dan janji ia tak buggy dan crash hehe – tu lagi penting bila nak pakai app tu.

Dan juga yang penting silibus dia cover lengkap untuk pengenalan, praktis, dan pengukuhan (dah bunyi macam cikgu dah Shai ni hehe), sebagai bahan asas untuk material yang lebih advance.

Baca sini untuk review buku membaca yang digunakan sebagai material tambahan untuk kemahiran membaca anak.

Sekali bayar RM3.90, Shai pakai hari-hari dekat Naz untuk praktis membaca dia (masih kau ingat nilai 3M? :D) dan kalau dikira hari-hari pakai, nanti jadi infiniti nilai dia juga.

Kesimpulan

Kalau rating biasa 5 bintang kan, untuk fungsi dan nilai Shai boleh bagi 10 (grafik dia hehehe..4 ja lah). serius sangat membantu, dan untuk mak macam Shai yang takda background pendidikan ni, elok gunakan untuk anak. Kurang2 sekali, kalau kita refer terma yang ada dalam app ini bila bertanya dekat cikgu kelas, nampak bijak sikit. XD

Gurau ja hehe.. tapi sungguh, Shai amat rekomenkan app ini sebagai alat tambahan untuk mengajar anak membaca.

Korang boleh download di sini ya. Play Store, App Store, damn juga senarai apps yang dibuat oleh tuan punya ini.

Korang pula, ada gunakan apps apa untuk pembelajaran anak ya. Share di komen ya. Mana tau Shai boleh research lagi untuk manfaat bersama. 😀

Bacaan lanjut

2 Comments

    1. Fonik untuk bm punya ya? Yang tu tak jumpa lagi?dan ini app yang paling baik untuk bm setakat ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge