Review: Philips Iron Steamer

Post ini adalah untuk review produk Philips Iron Steamer yang Shai baru beli beberapa hari. Cerita yang agak kelakar, sebab seterika yang ada dekat rumah dah kena masuk dengan lipas. Habis rosak circuit dalam tu, sama ja dengan microwave oven sebelum ini yang ada spark/letupan kecil belakang microwave tu masa tengah running. Bahaya sungguh dan jenuh lah nak menyumpah cik li tu. 

philips iron steamer, review, iron steamer, seterika, seterika baju

Fungsi dan Kegunaan Iron Steamer

Iron steamer ni alatan agak baru juga sebagai alatan untuk hilangkan kedut baju. Dari dulu, kita pakai seterika siap dengan papannya sekali, amalh tok nenek kita juga menggunakan seterika, dengan bentuk yang lebih kurang sama (cuma depa gunakan arang untuk panaskan besi plat seterika tersebut, untuk menghilangkan kedutan baju).

Dulu guna stail ni ja nak..takda wayar2 nak berselirat bagai. Kredit: Warisan Budaya Malaysia

Jadi bagaimana dengan iron steamer, yang umumnya tak perlu menghadap papan seterika dan kita boleh berdiri dan pretty much, boleh bergerak ke sana ke mari dengan lebih mudah?

Review Philips Iron Steamer, Pengalaman Sendiri

Okay, korang dah tahu bagaimana Shai beli iron steamer ni (macam lah rumah korang takda lipas hehe), jadi Shai cerita serba sedikit pengalaman gunakan benda alah ni.

First impression, agak canggih sebab Ia tidak makan ruang banyak kerana ia berdiri. Kita sangkut baju dan gunakan handle yang keluarkan wap panas, untuk di lalukan di fabrik pakaian tersebut.

Model yang Shai gunakan ini, adalah Philips Easy Touch Garment Steamer GC507 namanya. Dan antara ciri-cirinya yang ada:

  • ada bekas untuk di isikan air, siap ada lock untuk keluarkan air jika steamer tu tak digunakan dalam 30 hari. Kot2 ada kerak2 air dalam tu, lagi-lagi jika tempat kita airnya jenis hard water (kandungan kalsium yang tinggi)
  • tiang nak gantungkan baju yang tinggi, dan boleh laras ikut kesesuaian.
  • Kabel steamer tebal
  • ada 3 mod pemanas
  • warna dia satu ja rasanya, retro oren. Klasik sungguh
Rupa iron steamer philips menyeluruh. Warna ni ja ada kot. Klasik kan? Sumber: web rasmi Philips

Cara Penggunaan Philips Iron Steamer

Lepas dah pasang semua (ada panduan di kotak tersebut, tak perlu baca manual pun siap. Tapi korang simpanlah manual tu), hanya gantungkan baju dan buka dial steamer ke yang paling rendah dahulu, tunggu seminit gitu nanti wap panasnya keluar.

Pegang handle steamer tu dan lalukan di baju, kalau kedut lagi baju tu, tukar dial ke peringkat seterusnya sampai lah hilang kedut dan gosok baju tu.

*Nak buat lipatan dekat lengan/seluar baju, korang lipat di kawasan nak buat line tu, dan tarik tegangkan baju tu, dan lalukan steamer tu, tekan dekat lipatan tu. Refer gambar di bawah ya.

philips iron steamer, review, iron steamer, seterika, seterika baju
Pegang lengan/kaki seluar yang korang nak buat garisan lipat dan tarik biar untuk tegangkan kain, dan tekan steamer dekat lipatan tu. Nampak kan bahagian fabrik atas steamer tu meregang 😀

Apa Kelebihan Kekurangan Philips Iron Steamer?

Kekurangan dia satu je ha, dekat indicator tu takda warna, hanya ada garisan sebagai penanda tahap kepanasan. Jadi ada potensi bahaya dan amarah wanita di situ dibuatnya dial tersebut dekat bahagian paling panas. Baju tudung kalau berlubang sebab panas sangat sapa nak ganti? XD

Sudahnya Shai letak washi tape untuk mudah nampak. Korang beli, tanda dulu garisan tu dengan permanent marker sebelum guna lah ya. Be safe.

philips iron steamer, review, iron steamer, seterika, seterika baju
Yang gambar kanan tu, Shai letak tape sebagai penanda. Yang ada lock di belakang itu lah yang korang gunakan untuk buang kerak air yang mungkin terhasil dalam bekas depan tu

Adakah Iron Steamer Bagus Untuk Saya?

Kalau korang macam Shai, rumah yang ruangnya sempit elok juga dapatkan iron steamer ni. Sebab sebelum ni Shai seterika baju pun kena duduk nak oi. Tak boleh menggosok berdiri sebab tak praktikal di rumah, dengan bahaya dekat Naz. Kurang2 digunakan di lantai tu Shai boleh halang dari Naz terkena (ala-ala mak jadi hero gitu).

Bayangkan ada 7 helai baju nak kena gosok. Lelah kejap bangun duduk sakit pinggang aku. Shai pula jenis suka kerja batching sebab nak jimat masa setting kerja (10 saat pun, banyak kali buat boleh 1 jam habis dekat situ ja) dan nak memudahkan kerja memilih baju ikut mood, at least baju semua gosok, tinggal pilih di almari ja. 😉

Baca sini tips produktiviti Shai, lagi-lagi dengan konsep batching/blocking. 😀

Di bandingkan pula dengan steamer yang jenis berdiri ni, tak risau sangat sebab alatan ini dah rapat ke dinding, dan wap itu sendiri hala ke atas jadi dia tak kena, maknya boleh menggosok baju dengan tenang.

Everybody wins. XD

Bagaimanakan Dibandingkan dengan Iron Steam yang Popular Tu?

Yang viral dekat fb warna purple tu ya? Shai tak boleh bagi pendapat since tak pernah gunakannya lagi. Walaupun meleleh tengok sebab lawa warnanya, Shai assume ia adalah prinsip sama dan menggunakan kedua-dua kelebihan antara seterika sendiri, dan juga steamer.

Kalau ada beli don’t worry, Shai akan buat review di blog ini. Alang2 sharing ni sedikit sebanyak membantu korang buat pilihan untuk membeli ye dok.

Alahai lawanya awak… Kredit: Siong How Electrical & Electronic Sdn Bhd

Kesimpulan

So far so good. Jenama Philips impressed me again dengan produknya yang tinggi kualiti, dan Philips Iron Steamer betul2 membantu Shai memudahkan buat kerja menggosok baju, alhamdulillah. Bila dah berdiri senang sikit nak bergerak dan alang2 tu tak lah malas sangat nak gosok tudung n baju lepas ni hehe..

Mentang2 kita bisnes di rumah, tak fussy sangat dan baju Shai mostly yang tak perlu gosok pun. 😀

Untuk post lajut mengenai iron steamer, Shai jumpa artikel yang sangat bagus dan lengkap. Korang klik sini ya.

*tentang jenama Philips ni, Shai suka beli sebab dah yakin. Kat rumah ada air purifier, pengering rambut jenama ini. Ia antara yang Shai yakin (seperti Samsung, Panasonic dsbg). Dia tak macam dulu dah, jenama dulu tahan 10 tahun pun tak rosak lagi. La ni dah lain dah isy..kena ada waranti standby. Dan Shai kureng betul beli alat letrik tak sampai setahun rosak. nauzubillah -.-

Link ke page iron steamer tersebut, di page rasmi Philips di Lazada, Shai beli di page rasmi dia ja untuk keyakinan. Dan setakat hari ni, iron steamer elok ja digunakan. 😉

*Untuk disclaimer berkaitan Lazada, baca sini ye.

Korang pakai iron steamer tak? Jenama apa. Kalau yang pakai yang seterika steamer Philips tu share lah, nak tau jugak hehe..

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Hi mommy nak tanya iron steam tube panjang tu memang akan panas ye waktu kita gosok bju?

    1. Ya tube tu akan panas sebab haba alir di situ, ikut setting suhu kita buat dekat punat pusing2 tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge