Kesan dan Beza AHA dan BHA Untuk Kulit

Kesan dan Beza AHA dan BHA Untuk Kulit

Dalam post sebelum ini kita tahu tentang AHA serta ada menyentuh sedikit tentang BHA. Namun, apa beza AHA dan BHA ini kepada kulit kita?

Perbezaan AHA dan BHA

Apa itu AHA

Secara asasnya, AHA (nama panjangnya alpha-hydroxy-acids) adalah sejenis komponen asid yang diekstrak secara alami, biasanya tumbuhanlah.

Contoh paling asas AHA ini adalah glycolic acid yang diekstrak dari gula tebu, dan AHA semakin popular diamalkan kerana boleh diformulasikan dalam pelbagai produk skincare seperti pencuci muka, toner, essence, dan juga skrub. 

Baca tentant glycolic acid di sini.

AHA berfungsi dengan larutkan ‘gam’ yang melekat antara sel kulit dan AHA ni akan larut dan tarik keluar sel kulit mati (sama fungsinya seperti skrub muka, sebab tu AHA juga dipanggil sebagai chemical exfoliation) dan manfaatnya pelbagai untuk kulit – dari jerawat, kulit kusam, dan juga awet muda.

Bacaan lanjut tentang AHA ada di sini, kita masuk ke BHA pulak.

Apa itu BHA?

BHA – beta-hydroxy-acid – adalah bahan yang berfungsi untuk permukaan kulit dan juga liang pori.

Bahan ini larut minyak jadi segala minyak berlebihan/saki-baki dekat muka tu BHA ni akan larut dan tarik keluar jadi minyak/sebum tu cukup di muka dan kuranglah sikit can jerawat/blackhead/whitehead nak tumbuh. BHA ni struktur dia lebih kurang macam AHA ja tapi dia sebab dia beta jadi fungsinya lain lah sikit. 

Dan BHA ada satu ja, iaitu salicylic acid, dan sangat banyak digunakan dalam produk berasaskan anti-jerawat atau untuk kulit berminyak (tak percaya cer check ingredients dekat farmasi hehe). 

Persamaan AHA dan BHA

Selain struktur kimianya yang disebutkan tadi, AHA dan BHA juga lebih kurang dari segi manfaatnya juga iaitu:

  • Mengurangkan kesan kedutan kulit
  • melembapkan kulit
  • meratakan tesktur kulit (bagi halus mulus giteww)

Perbezaan AHA dan BHA

Kerana struktur kimianya ada sedikit berbeza (sebab tu satu tu namanya alpha satu lagi beta), fungsinya juga berbeza.

AHA adalah jenis larut air dan ia berfungsi di permukaan kulit kita yang bermanfaat untuk pelbagai masalah kulit seperti sunburn, kulit tona dan tekstur tak sekata, jerawat, dan kedut muka selain melembapkan kulit. 

BHA pula jenis larut minyak dan ia bukan sahaja berfungsi di permukaan kulit, ia juga berfungsi ke dalam liang pori untuk bawa keluar kotoran yang tersumbat, selain bersifat lembut untuk kulit.

Jadi ada beza fungsi antara AHA dan BHA maka kalau nak pilih tu ikut fungsi dan apa yang kita nak untuk kulit. Contohnya kalau nak redakan jerawat dan kulit kusam, BHA lah lebih sesuai dari AHA gituu..

Boleh Kita Gabungkan AHA dan BHA sekali?

Bagusnya asid ni, nak gabungkan AHA dan BHA sekali pun takda masalah, samada pada waktu yang sama, selang seli, atau ikut pagi dan malam.

Yang penting, kepekatan asid tu memadai waktu penggunaan – kalau tak pekat takda masalah tapi yang jenis berkepekatan tinggi haruslah berjarak sedikit kalau tak naya kulit tu jadinya. Lagi-lagi yang jenis sensitif atau ada isu seperti ekzema dsbg, kena berhati-hati walaupun produk AHA dan BHA tu rendah kepekatannya. 

Macam Shai gunakan pencuci muka Hada Labo ni ada AHA dan BHA sekali; boleh baca review di sini ya.

Contoh asid lain dan tujuan penggunaan boleh dilihat di infografik ini:

Sumber

Korang ada gunakan AHA, BHA, atau keduanya sekaligus? Share lah di komen, mana tau kita boleh beli dan test buat review 😀

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge