Review Hada Labo AHA BHA Cleanser

review Hada Labo AHA BHA Cleanser, glycolic acid

Post ini khas untuk berkongsi review Hada Labo AHA BHA Cleanser ni ya. Sebab ada beberapa lama tu kita teringin juga nak merasa produk yang ada asid ni tapi tengok The Ordinary pun ohemgee harganya. Mujurlah ada berdoa sikit nak merasa tu, esoknya pula Watsons buat sale. Manifestasi gitu alhamdulillah.

Untuk bacaan menyeluruh tentang AHA dalam pencuci muka, baca sini.

Dan pencuci muka berasaskan AHA ni ada dekat jenama Hada Labo ni, siap berdiskaun lagi jadi berpatutan lah harganya (tengok le essence Gokujyun dia mak aih harga) jadi membelilah kita.

Tujuan nak menggunakan pun selain pertama kali nak mencuba, Shai perasan juga skrub muka yang biasa digunakan (St.Ives, again, beli masa sale hehe) tak berkesan to get the job done, for exfoliation.

Siap ‘sagat’ kulit dengan kuku sikit kot habis nala kulit mati keluar n lepas tu rasa segar ja muka macam lepas diurut. Mungkin sebab pemakanan, mungkin sebab jenis kulit (kombinasi) tak tau lah. Yang pasti, kalau dah nampak kulit mati n ada pula sale di Watson (dan rezeki lebih), bolehlah nak usaha sikit.

Alang-alang boleh buat review complete untuk korang sekali ye dok, considering Shai jenis fikir nak berjimat bila berbelanja. Alah membeli menang memakai gituu..

Okeh, bagaimana penggunaan Hada Labo AHA BHA Cleanser ni?

Review Hada Labo AHA BHA Cleanser

Sebagai mukadimah, Shai ni kulit kombinasi dengan minyak ketara dekat hidung (dahi adalah kalau panas sangat di luar – jangan tanya kenapa). Buat masa sekarang ni duduk rumah ja kecuali keluar untuk beli barang gitu2, serta amalkan skincare rutin biasa dengan minyak zaitun setiap malam.

Kalau ni lebih kurang macam korang, bolehlah jadi panduan untuk skincare korang pula.

Sebab AHA ni dalam cleanser ja jadi kepekatan asid tersebut adalah rendah berbanding serum (baca sini kenapa), walaupun boleh guna 2x sehari, Shai plan nak gunakan cleanser ni sekali sahaja iaitu waktu malam sebab kalau bangun pagi pun takda apa sangat.

Apa beza AHA dengan BHA? Baca sini.

Senarai Bahan Dalam Hada Labo AHA BHA Cleanser

Bahan yang diformulasikan dalam pencuci muka ini kita ambil 5 yang top sebab itu yang majoriti: air, lauric acid, gliserin (sebagai pengunci lembapan kulit), stearic acid, dan potassium hydroxide.

Manakala bahan lain sebagai kunci cleanser ini adalah salicylic acid (BHA), ekstrak epilobium fleisheri, glycolic acid (baca post mengenainya di sini), hyaluronic acid, dan ekstrak biji moringa.

Gambar dari Shopee. Spesifiknya, ini lah pencuci muka yang digunakan, sebab isu utama ialah kulit berminyak dekat hidung tu ha
Senarai bahan secara penuh. Take note Shai check senarai ni tak sama dengan negara lain tau (tak tau kenapa). Klik untuk gambar saiz penuh

Dan penggunaan pun tak perlu banyak sebab cleanser ni macam pekat juga; hanya secubit gitu pun cukup dah, dan sewaktu cleansing tu disapu/diurut rata dari muka ke leher, dan dibiarkan sekejap beberapa saat sebelum dibilas. < ini boleh dikira pencuci muka ni boleh tahan dekat setahun juga kalau pakai secubit, sekali sehari.

Dalam 2 minggu lebih juga test sebelum tulis review ini, dan inilah hasilnya.

• permukaan lagi rata berbanding dulu (ada macam bumps sikit dekat bawah mata)

• hidung tak berminyak sangat macam dulu, dan ketara kurang blackheads whiteheads segala tu

• kulit lagi lembap dan boleh kata lepas pakai produk lepas cleansing tu lagi cepat nampak kesannya. Sekarang kita pakai Vaseline Rice Water essence ni (review) sebab nak beli produk Korea yang ada rice water mahal woo; memang cepat kesannya seperti lagi lembut bahagian sekitar hidung. Senang kata mulus lah hehe..

Gambar takda? Takda lah malu nak tayang muka.. rest assured review ni 100% jujur. XD

Nak klentong pun buat apa dapat dosa je lah bukan Hada Labo sponsor pun hehe. Kalau sponsor pun jujur jugakk

Semoga review ini membantu untuk decide jika pencuci muka ni berbaloi untuk rutin skincare korang ya. Kalau ada produk lain berasaskan AHA yang korang guna, share lah di komen ya (sellers juga dialukan).

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge