Belakang Tabir

Salam dan Hello!
Jika korang nak cari maklumat seperti:

  • info pengurusan rumah, cara jimat masa dan anak,
  • tips kesihatan dan kecantikan,
  • cara yang sesuai untuk kurus,


Di sini lah tempatnya. shairyan.com yang diuruskan oleh Shai. Apa khabar!

Blog ini, niatnya dihasilkan ntuk kumpul tulisan dari perspektif diri.

Kerana jika ada sesuatu yang berlaku atau idea datang menjelma, pastinya Shai akan menung mikir dalam diam (brooding orang kata). Dari dok diam sebegitu, apa salahnya Shai terjemahkan idea tersebut dalam blog post yang mudah dibaca ye dok.

Dan bagi Shai, apa sahaja yang Shai tahu, apa salahnya berkongsi untuk kita tahu sama-sama. Jadi insya Allah, setiap perkongsian yang ada di blog ini bukan sekadar syok sendiri tetapi lebih kepada info dan kajian yang padat, dan dimudahkan sebagai perkongsian.

ni gambar lama btw. Habih dah pipi


Jadi korang baca tulisan tiap blog post yang ada di sini, korang akan perasan banyak juga perkongsian tips yang menjurus kepada jimat masa.

Segala hacks untuk pengurusan ke apa memang akan di cuba jaya sampai optimized (until further modification kalau ada), dan hasilnya Shai tulis di blog ini. Begitu juga dengan apa-apa info, setiap tulisan datang dari hasil Shai research dan google untuk rumuskan dalam satu blog post untuk memudahkan pembacaan korang.

Shai ni agak cerewet untuk isu-isu sebegini (blessed my Type A personality) ? ; seboleh-boleh nak jimat masa sehingga boleh buat benda/hobi yang kita suka.

Bila jadi ibu gini la. Masa itu satu komoditi terhad kan?

Dan alhamdulilah, setakat ini menjadi. Jadi kalau korang nak baca tips2 berkaitan jimat dan urus masa klik sini.

Serius cerewet.

Nak beli satu benda Shai akan baca kaji habis2 dulu bahan serta review orang lain sebelum guna. Tak suka kalau benda dah beli tak dapat guna (kalau memang bukan rezeki tu lain lah), apalagi main taram beli lepas tu terbiar.

Mahal ke murah tak kisah (opkos lah selagi dapat jumpa yang sumber murah why not kan, boleh belanja ke benda lain), janji guna betul2. Macam Shai tulis di post ni.

Dan semestinya bila dah lama berkecimpung dalam penulisan freelance, Shai dapat menimba ilmu, khususnya aspek kurus. Apatah lagi Shai jenis berat cepat naik dan mengalami struggle juga nak kurus (lagi2 lepas beranak).

Maka Shai cubajaya pelbagai cara sampai jumpa sistem yang Shai pakai sehingga sekarang – dari situ pelbagai artikel berkaitan kurus/weightloss dalam blog ini, hingga banyak sangat feedback dari pembaca tentang aspek kurus ini (khususnya dari ebook Ebook Atkins untuk Ibu Menyusu).


Akhir Kata


Terima kasih kerana baca sehingga akhir. Salam perkenalan!

Semoga ilmu yang ada di setiap blog post ini jadi manfaat pada korang semua. Kerana itulah tujuan asal Shai tulis di blog ini, tanpa jemu.

Ada salah silap, mohon maklumkanlah untuk diperbetulkan (janganlah screenshot, buat viral ke apa pulak hehe).

Semestinya yang silap dari Shai, yang betul dan benar dari Allah swt. ?

Semoga bermanfaat info yang ada di blog ini untuk korang ya.

6 Comments

  1. Assalamualaikum MommyLotte,
    Saya berminat dengan e-book ni. Banyak perkongsian dari ruang ni. Boleh kongsi ke.
    Semoga Allah permudahkan MommyLotte dalam segala urusan dunia dan akhirat.
    Tetapi saya dah ketinggalan e-book dari edisi 1. Kalau tidak keberatan boleh kongsi dari edisi mula.
    Terima kasih.

    1. Terima kasih atas sokongan puan. Untuk makluman, hanya ebook edisi ketiga dan terakhir sahaja ditawarkan. Dan sebarang info tambahan, Shai akan masukkan dalam ebook tersebut sebagai edisi terkini yang kekal relevan ilmunya (bukan ilmu lapuk dalam ebook tu ya). Untuk dapatkan ebook ini, mohon whatsapp Shai di 017-9153260 ya

  2. Assalam, saye baru berumur 14 tahun saye mndapat gastric bulan lepas semasa saye check kat klinik. Kalau kite rasa sakit perut berterusan walaupun dah makan ubat gastric mcm mne nak legakan gastric ini secepatnye?? Pernah sekali gastric saye sampai 6 jam hari tu saye pun dah tk tau nak buat ape muntah² aje… Tolong ye

  3. Asslm shaima

    Ade lagi x 2nd edition ebook utk bfeed tu? Maaflah br je terjumpe blog ni.

    Hope blh emailkan tqia

    1. Assalamualaikum dan salam sejahtera sis.

      Saya minta maaf sangat2 kerana lambat membalas pm sis, kerana terlalu sibuk bebrapa ketika ini.

      Saya telah emelkan ebook tersebut, mohon check ya.

      Saya doakan sis mendapat manfaat daripada ebook ini, dan maintain berat ideal sampai bila-bila. Insya Allah. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge