Tentang Duit

Isu duit, dari mana nak mula ya? Banyak benda yang boleh diperkatakan tentang duit dan pelbagai tips, pandangan, dan idea yang orang nak kongsikan tentang duit.

Agaknya kan, selagi hari akhir tak sampai lagi dan kita takkan habis cerita/fikir tentang duit kan.

Tapi tu lah, dalam dunia ni, duit pun perlu juga untuk teruskan hidup. Cuma beza di sini, adalah mindset kita tentang duit tu; samada kita berterusan nak positif atau negatif.

Pada Shai, logiknya fikir positif adalah lebih baik dari nak perabih masa dengan negatif. Tapi tu lah, nak mencapai mindset positif dengan duit tu, banyak pengalaman jugaklah nak hadap sebelum mencapai ‘martabat’ level tu. 😛

Tentang duit, fikir positif adalah lebih baik dari nak perabih masa dengan negatif

Perspektif Diri Tentang Duit

Sebab dari pembacaan, pemerhatian, dan pengalaman sendiri, pada pandangan Shai anak bercerita tentang duit ni lebih kepada duit tu sesuatu yang nak dipegang, diuruskan, dan untuk dimanfaatkan. Dan lihat dari pemerhatian pembacaan semua tu lah banyak yang ubah mindset dan juga sedikit sebanyak buat kita ambil pengajaran dalam prinsip berkaitan duit.

Cuma tu lah, mindset lain yang tak bertindan dengan mindset lain agak sukar nak memahami, apa lagi jika tiada keterbukaan dan empati.

Pada Shai personally, tu yang kadang-kadang geram jugak sebab ganggu cara Shai pula. Sebab Shai punya pesen, tak kisah berabis beli mahal kalau benda tu tahan lama dan berbaloi dengan nilai.

Orang kata membazir pula.

Shai lebih suka beli yang sekadar perlu, dan baki duit tu untuk sesuatu yang bermakna/penting macam homeschool anak ka, investment ka (tak semestinya asb ke apa, tapi pelaburan ilmu, kesihatan gitu), atau yang berbaloi untuk jangka panjang, seperti berabis untuk beli cloth diaper.

Boleh baca sini post2 homeschool yang Shai buat guna fulus masa dan tenaga sendiri wehh..

Bila banyak spend ke situ maksudnya baju dsbg tak banyak (walhal elok dan kemas ja) kata selebet pula.

Maaf, sekadar nak melepas lelah di sini. Mindset dulu yang semuanya kena ditunjuk dan kemudian diagung dibandingkan tu, takda beza dengan rakyat dalam kisah karun tu. Lepas dah tenggelam harta semua baru rakyat macam ‘oh, silapnya kita dok kagum walhal semua tu ujian’.

Itu lah, duit pun sejenis ujian. Sebab tu kata duit tu untuk diuruskan, digunakan, dan dimanfaatkan.

Bukan untuk ditayang sebarangan (ditayang nak action sikit kat bawangs tu boleh terima biar reti sikit. Konteks di sini menayang untuk digahkan dan rendahkan orang lain.

Yang nak tayang pula kena tayang benda; kalau kita tayang balance sheet ke, katalog saham ka tak nak pulak alahai

Hidup Ni Roda. Kitaran. Atas dan bawah

Realitinya, duit yang kita dapat tu diberi waktu kita di atas; tak semestinya kita berada di atas selamanya, bergantung kepada keizinan/storyline yang Allah nak tentukan untuk kita.

Untuk waktu tu, tak perlu pun nak paranoid; sekadar beringat dan bersiap sedia. Kalau tak berlaku, baguslah; kalau berlaku, nak buat macam mana. Adalah hikmahnya tu.

Cuma tu lah, masa kita di atas tu, apa yang kita dah buat selama ni? Kita dah urus, guna, dan manfaat sebaik mungkin? Yang asasnya, kalau kita ditanya dekat sana, konpiden tak menjawabnya.

Dan kita sendiri yang menulis ni tak bermaksud ertinya kena zuhud dalam rumah kayu, henpon 3310 ke apa. Takdanya nak tipu di sendiri; Shai pastinya suka benda2 berjenama cuma bezanya, bila nak beli Shai beli based on kriteria yang dah tetap ikut style (ikut sistem capsule wardrobe yang Shai guna), dan pastinya beli sebab nak guna dan nak guna sampai relai.

Perspektif Lain

Beli sebab nak guna. Barulah namanya bermanfaat. Simple.

Rezeki kalau tak dimanfaatkan tu Allah tak suka jadi gunalah betul2, atau dari awal beli pun sebab perlu.

Dalam perspektif lain, bila kekurangan duit akan beri kesan lebih besar dari duit tak cukup nak beli beras.

Thread perkongsian ni jelaskan perkaitan dengan keupayaan otak dan ini titik permulaan yang beri kesan dekat aspek lain – pattern nya jelas – melainkan kau lawan kesan2 yang unfavorable tu.

Shai tahulah Shai dah merasa waktu takda duit sampai merasa takda rumah sekejap. That desperation and the need to survive, I got the taste of it.

Sebab tu, selain dari kata kena cari dan cukupkan duit, membetulkan perspektif tentang duit (atau wealth, dalam bentuk abstrak) antara benda terawal kena ada.

Satu, sebab dari situ yang takda rezeki boleh go through. Kedua, yang ada rezeki lebih boleh membantu, supaya jadi yang ketiga iaitu yang tak banyak rezeki tu boleh ada tapak untuk dia pulak ada rezeki lebih, insha Allah.

Dalam rezeki kita kan ada bahagian orang lain. 😉

Bacaan lain, bagaimana perspektif Shai diterjemahkan dalam hasil, di sini.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge