Pada sesiapa yang baca post lepas yang berkaitan dengan jalan-jalan dalam keluarga Shai, tema ‘tak sengaja’ biasa berlaku, di mana plan berjalan-jalan gitu gini akhirnya jadi berlari lain yang amat sangat. Haha.. That said, pastinya sepanjang trip tu Shai akan take note banyak benda yang mungkin sedikit sebanyak membantu korang punya trip, samada sengaja mahupun tidak. 😛
Asalnya, selepas bosan asyik berjalan sekitar bandar, datang feel pula hendak menyelami alam sekitar. Ala-ala connecting with nature gitu. Habit keluarga Shai begini lah, dalam kesibukan dan hidup dengan udara bandar, mesti nak enjoy kembali suasana semula jadi. Fitrah manusia lah kot. Apa-apa mesti nak dengan alam. Barulah alami ye tak.

Maka idea awalnya adalah nak ke Padang Besar dengan menaiki ETS. Tiket boleh tahan juga harganya, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Tiket harga | Platinum: dewasa RM107, kanak-kanakRM58 = total RM272
Gold:RM80,RM44 = RM202 |
|||||
Masa gerak dan balik | Gerak dan sampai Padang besar | 0656-1200
Gold Start from Gemas |
0900-1235
Platinum Start from KL |
0930-1510
Gold Start from KL |
1100-1555
Platinum Start from KL |
|
Balik dan sampai kl | 1455-1847
Gold Ends to KL |
1615-2150
Gold Ends to KL |
1715-2305
Gold Ends to KL |
2000-0120
Gold Ends to Gemas |
Ingat nak tengok view lading tebu di Chuping yang sangat cantik. Malah Shai pertama kali tengok terlepas sebut kata “macam dalam kayangan”. Waktu itu juga mak mentua kat sebelah sebut “betullah tu. Perlis kan Indera Kayangan”. Mak mertua cikgu sejarah kot. Heh heh..
Cuma itulah, agak jauh perjalanan dari stesen tren ke tempat nak dilawati, apalagi hotel untuk semalam. Sparse, to be exact, based on google maps. Jadi agak keberatan untuk pergi melainkan ada kenderaan sendiri.
Carilah alternative lain
Sok-sek2 dalam setengah jam jadi buat keputusan untuk ke Tioman. Dan google blog sekali lalu ada feri untuk ke pulau tersebut. Cantik. Memandangkan dalam kereta memang ada beg pakaian khas untuk 1 malam maka hanya pack sedikit barang tambahan dan gerak.
Menuju ke pulau Tioman
Melalui jalan dalam, memang mengelirukan sedikit sebab ikut signboard, dari Negeri Sembilan, masuk Melaka, lepas tu Johor, lepas tu masuk Negeri Sembilan balik, masuk Melaka pula, lepas tu Pahang, lepas tu Johor akhirnya (in no particular order). Dah macam Inception jadinya adoiyai..

Berdasarkan bacaan blog-blog yang ada, jeti untuk ke Tioman samada melalui Tanjung Gemok atau di Mersing. Tak kisah ikut mana-mana kami menuju ke Tanjung Gemok.
Hampa.
Jeti tu tengah upgrade rupanya maka nak naik pula perlu ke jeti Mersing. Sempat juga bertanya pada staf yang bertugas alhamdulillah tahu macam-macam. Sekarang masih monsoon lagi jadi trip hanya sekali sehari (ikut cuaca dan keadaan juga) dan ikut jadual memang kena tidur sana. Jadi takpalah, kami pergi juga ke Mersing untuk jalan-jalan di sana.
Gambar ini adalah trip bulan ini, naik di jeti Mersing.
Tiba di Mersing
Mendung dan angin yang kuat. Beli bubbles tu pun tak payah tiup, main layang-layang pun pegang je (teruja Naz tengok). Jalan-jalan sekitar pantai dalam 15 minit gitu, ambil keputusan untuk pilih samada nak balik rumah sahaja atau buat idea gila – ke Johor Bahru.
Pilih ke Johor Bahru, jarak hanya 100++ km, dalam dua jam sampai. Setel.

Drive ke JB
Ke JB mengikut jalan dalam, seperti gambar ini. Hampir masuk ke Kota Tinggi namun fikir balik macam tak padan untuk sampai awal di JB. Sampai JB, google dan book hotel yang berdekatan. Makan dan tidur.
Hotel yang diduduki di V3 hotel, ada kedai mamak dan depan highway ke JB sahaja, namun cadangan lebih baik adalah di JS hotel, betul-betul depan Aeon Tebrau City dan Tesco Extra. Mudah untuk mak kalau ada anak-anak untuk rehat sekejap. 😀 jaraknya dalam 15 minit ke bandaraya JB.
Esok round-round JB, masuk ke JB City Square, pusing-pusing dan kemudiannya terus pulang mengikut highway PLUS, gerak awal untuk elak jem.



Mujur tak bawa pasport. Kalau tak memang dah masuk Singapore XD Sungguh hampir nak pergi!
1 Comment
Terbaik trip percutian ini semoga rasa puas hati dengan trip ini, harap-harap lepas ini saya pula yang pergi.