Kegemaran shai sekeluarga bila nak berjalan-jalan di hujung minggu adalah keluar dari bandar. Dan selalunya tak rancang pun – kebanyakannya adalah spontan dan lebih kepada exploration on the go. Untuk itu shai sentiasa bersiap sedia dengan buat satu cara memudahkan iaitu dengan packing baju untuk 1 malam dalam beg, sebagai langkah bersedia. Yelah, jadi perempuan banyak benda kena fikir. Dengan anak?Untuk kuatkan lagi poin. Ni antara jalan-jalan yang kami pernah p (yang kebanyakkannya spontan habis)
- Ke genting highlands, accidentally
- Plan asal nak ke tioman tapi feri takda jadi pergi jb instead
- Nak pergi taiping tapi jem di highway jadi kami p sabak bernam instead

- Pergi ke taiping sekali untuk lihat taman tasik taiping sana. Best!
Kebaikan packing baju 1 malam cara ini
Khusus untuk ibu, sekurang-kurangnya lega satu perkara apabila satu benda dah tersedia betul tak? Jadi bila ada sesuatu perkara atau dibuatnya ada emergency, setel kerja sebab keperluan anak pun tersedia sekali. 😀
Dan baju packing 1 malam ini juga boleh digunakan ketika:
- Pergi mandi di pantai/swimming pool/air terjun
- Bermalam mengejut di mana-mana (kot2 nenek tak bagi balik sebab rindu pada cucu ka. Hehe)
Senarai cadangan seperti shai buat untuk packing baju 1 malam
*untuk ibu dan anak 1 orang. Korang gandakan sendiri, dan sesuaikan ikut umur (anak 6 bulan tak sama dengan 6 tahun)
Baju untuk packing baju 1 malam
Untuk ibu
- 1 set baju tidur (t shirt dan seluar hitam cotton)
- 1 kain batik
- 1 t shirt
- 1 tudung basahan
Untuk anak
- 1 set baju tidur
- 1 set baju jalan (t shirt dan seluar khakis/seluar cotton pendek sahaja)
- 3 diaper
Alat lain
- 1 tuala
- 1 pack wet tissue
- 2 plastik sampah kecil
Alatan keperluan untuk packing baju 1 malam
- Berus gigi, ubat gigi travel
- Deodoran kecil
- Pencuci muka botol kecil dan sabun buku kering kecil
- 1 plastik kecil
- Lip balm tinted, bedak bayi
- Bb cream dan bedak compact
- Minyak zaitun sebotol untuk pelembab 1 badan
Alatan ekstra yang mungkin membantu
- Basic H buat dalam botol kecil untuk mudah basuh baju anak (kalau terkucil lebih/termuntah sampai baju lebih takda). Nak beli Basic H boleh pm Shai di fb ni (untuk SM, biasa dalam 2 hari sampai, SS, 5 hari)
- Minyak halau nyamuk (shai buat sendiri dengan campur minyak zaitun sedikit, lavender, dan bunga cengkih)
- Tinted lip balm (pun buat sendiri. Guna baki lipstick untuk buat baru) nak tip diy2 ni, bagitau nanti share.
- 2,3 kopi/teh uncang, simpan dalam bekas ziplock. Kalau ada gula sachet lagi bagus
- lampu suluh
- plug 3 pin yang ada 3 tempat cucuk tu (tak tau nama apa)
Kesimpulan
Tidak perlu sempurna ya, janji keperluan dalam packing baju 1 malam ni adalah mencukupi sewaktu travel (kemas dan tak sememeh tu lagi penting kot). Nanti Shai share strategi untuk tidak pening padan warna baju untuk lebih mudahkan kerja. ?
Semoga membantu ya. Jika ada idea baru Shai akan tambah nanti di post ini.