Al-kisahnya shai dok survey produk kulit dari Korea, sebab asyik lalu dekat feed tergoda jugalah nak mencubanya. Lagi-lagi yang shai berkenan yang ada air beras tu, sebab kita tahu lah manfaat air beras untuk kulit yang memang dah terbukti berzaman.
Macam bedak sejuk kan elok untuk kulit, ia dari beras kot. Atau paling canggih yang SKII yang gunakan bahan nama Pitera tu, ia sebenarnya dari beras juga, hasil penemuan pekerja yang proses sake kulitnya cantik dan awet muda, dan sake tu arak Jepun daripada beras lah.
Jadi kesimpulannya, shai berkenan nak tambah produk yang gunakan air beras ni sebagai bahan utama, dalam skincare routine kita.
Kenapa tak buat air beras sendiri? Takda masa lah.. Nak buat kena lebih kurang macam video ni.
Jadi dok survey produk yang gunakan air beras ni, cuma tu lah dengan produk Korea yang tak dinafikan kualiti dan konsepnya untuk kulit yang menarik perhatian, harga dia boleh tahan juga walaupun kalau kira-kira ia berbaloi (sebab lebih pekat). jadi shai teruskan survey dan cari alternatif lain dulu.

Jadinya masa ke Watson cari shampoo yang sesuai untuk rambut gugur (sebab stress kerja banyak dan kalut kesana kesini), nampaklah pula produk ni: Vaseline Healthy White Fresh Radiant Rice Water (berjela juga namanya).
Oooohhh..air beras! Nak tengoklah.
Review Vaseline Healthy White Fresh & Radiant Rice Water
Tengok senarai bahanya juga agak memuaskan hati, sebab dari senarai kandungan ada air sebagai bahan utama, diikuti glycerin, niacinamide, petrolatum (yang ni dari Vaseline lah), dan kemudiannya air beras. Ok lah, dari air beras tu kat ceruk last sekali yang menunjukkan peratus kandungan yang sikit.
Harga pun ok dalam lingkungan RM9 untuk 70ml, jadi shai cubalah sebab lagi murah nau dari produk Korea punya dekat RM40 (mind you, ni bukan kondem ye. Cuma nak saving sikit hehe)
Picit sedikit keluar produk ni, tekstur gel yang tak likat sangat dan ada biji putih kecil dalam gel tersebut. Tak likat sangat ni maksudnya kalau senget sikit tangan tu kejaplah gel tu jatuh ke lantai jadi hati-hati ya.

Yang shai perasan lepas disapu ia cepat meresap dalam kulit, gosok dab2 sikit pun dah memadai yang shai kira ia macam essence/serum, sebagai booster untuk kulit. Sebab teksturnya sebegitu, shai gunakan produk ni sebelum pelembap pada waktu siang, dan juga sebagai rutin malam, sebelum pelembap atau sleeping mask.
Tip: sebab produk ni berasakan air (water-based), kalau ada serum/face oil yang korang nak pakai yang jenisnya berminyak, pakai yang jenis air dulu sebelum minyak ya. Oh, dalam post ni shai ada kumpulkan infografik aturan produk skincare dan mekap, korang baca sini.
Hasil penggunaan
Produk ni dia kata untuk whitening tapi part tu shai tak nampak lah (nak kata aku ni dah putih ke hehe) tapi yang bagusnya dengan produk ni shai perasan, pori-pori yang besar dekat hidung (enlarged pores) dah makin kecil dan kulit di situ makin halus, serta blakcheads tak sebanyak macam dulu. Yeay!
Benda ni yang shai kureng suka tapi nak buat macam mana dah hidung berminyak kan. -.-
Dan hasil ini dilihat selepas pemakaian konsisten 2x sehari, selama 2 minggu gitu. Haruslah, kulit dibahagian lain pun dapat manfaat dengan lembut dan mulus, elok ja kelembapan air dan sebum untuk kulit.

Kesimpulan review
Puas hati nak pakai dan sesuatu yang shai fikir boleh buat pakai untuk lama (macam fair & lovely yang shai dok pakai ja ni) dalam skincare routine. Mungkin nanti masa fulus dah sedap untuk afford Korean products yang RM40++ baru tukar lah kot, dan review tu pulak untuk korang. Doakan ya. 😉
Review Update 20 Feb 2021
Setelah gunakan produk ni sejak Ogos tahun lepas, gel ni telah habis dengan jayanya dengan penggunaan 2x sehari (pagi dan malam).
Serius menjadi, dengan yang kat hidung sangat ketara sebab dia kawasan berminyak, pori-pori makin kecil dan lembap; manakala kawasan lain maintain supple dan mulus (sebab asalnya kawasan tu jenis normal jadi perubahan takdalah vavavoom beza, at least get the job done).
Adakah Shai akan beli lagi? Definitely. Sebab botol kecil RM9 pun tahan 6 bulan jadi anggaran dalam RM1.50/bulan gitu, penggunaan 2x sehari. Kalau kulit kering/sensitif mungkin kena lebih sikit guna (kalau korang takda pelembap lain) jadi cepat habis lah kot dari Shai.
Nak Shai beli yang variasi lain untuk test? Komen ya jika nak. Tunggu Watson/Guardian ada sale aku beli untuk pembaca sekalian semua hehehehe…

Begitu juga dengan yang ni, Shai tengok makin trending pula air beras dalam produk kecantikan seperti Aiken Prebiotic ni jadi kalau korang nak kita review, boleh komen juga ya.


26 Comments
kat ketiak bole pakai ke?
boleh ke kulit sensitif pakai?
Kulit sensitif umumnya boleh nak pakai (sebab ia jenis hydrating), tapi sensitif ni kena patch test dulu ya
ni bukan untuk badan eh? sbb instruction tulis “body”
untk badan pun boleh ja ni, sebab ada versi tiub besar maka boleh untuk muka dan badan
fungal acne save takk?
maksudnya sesuai atau tak ya? Ikut pembacaan, tiada masalah dari isi kandungan essence ini 😀
Hai boleh pakai untuk putihkan leher ke ?
label tu ditulis healthy white jadi kita assume ya boleh untuk putihkan leher, cuma kena konsisten dan ambil masa juga lah tu
Blah pkai umur 16 ke
Boleh ja 😀
Salam.. Kalau kita dah ada serum, boleh ke kita apply losen ni skali dgn serum tu? Tkt dia bergaduh lak?utk kulit yg btol2 sensitif sesuai ke?
Serum kalau berasaskan minyak, sapu selepas guna produk ni lah. Jangan sekali pulak sebab tak serap 100% hehe..untuk sensitif sesuai sebab ia berasaskan air < tapi apa2 pun kalau kulit sensitif mesti test dulu ya
boleh dijadikan sbg pelembap ke??
Ya sebab kuantiti air dalam bahan ni tinggi, maka boleh juga dijadikan sebagai pelembap
Benda ni pakai sebelum/ selepas serum? Ke boleh ganti serum?
Ini bentuk essence rasanya (dekat label tak ditulis tapi Shai tengok tekstur n bahan dia), dipakai sebelum serum
Nak tanya vaseline bamboo extract gel ni mmng utk muka jgk ke??
Does it suitable for sun exposure?
sun exposure as in going out after a layer of the essence? Probably not as there’s no SPF in there
Boleh ke pakai dekat muka?
Ya yang ni memang digunakan untuk muka. Just nice ja tekstur untuk disapu ke kulit
kalau pakai kat muka lepastuh pakai sunscreen bole ker ?
Boleh takda masalah. Bagi sedikit masa untuk produk diserap habis dalam kulit barulah gunakan sunscreen
Memang payah nak cari kosmetik yang sesuai dan serasi. Nak main cuba-cuba pun agak seram, takut jadi macam-macam. Kalau dah ada yang serasi tu, jalan lah melompat parti. Konsisten je guna.
Haha betul lah tu. Berapa banyak dah kes kulit muka rosak sebab kosmetik. Mujur sekarang ni ramai orang dah cakna tentang produk selamat dah