Seperti tajuk yang ditulis ni, Shai kumpulkan beberapa tips yang berguna untuk pastikan makeup anda tahan lama. Siapa yang suka tiap 15 minit kena masuk toilet untuk touch up sepenuhnya, jangan klik blog post ini. Hehe..
Penyediaan Untuk Makeup Anda Tahan Lama
Skrub
Sebelum mula makeup, penting untuk anda pastikan kulit muka anda selicin yang boleh, dan ia boleh dicapai dengan rutin skrub dan exfoliation rutin ini penting untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati (antara penyebab utama makeup anda bercapuk tau) agar permukaan kulit yang rata. Kulit yang rata dan halus, bermaksud makeup anda tahan lama! Amalkan rutin ini sekalipun bukan untuk makeup, agar kulit anda sentiasa segar dan berseri-seri.

I is selalu skrub dengan St.Ives apricot (tu pun pow arwah papa punya je kot) tiap Ahad. Jadi masa hari Isnin pergi sekolah tu ada lah juga orang kata muka I berseri-seri (I still remember who you are, thank you). Wuuu…
Pelembab
Lindungi kulit anda dahulu dengan pelembab yang sesuai dengan jenis kulit. Selain rutin ini memang pun untuk bagi makeup tahan lama, rajin guna pelembab untuk pastikan struktur kulit anda terjaga, terlindung dari kotoran dari luar, dan semestinya memastikan kulit anda sentiasa, lembap.

Nota: kulit yang lembab bermaksud hydrated and moisturized. Topup kadar lembapan tersebut dengan minum air masak yang cukup, hasilnya kulit anda tak cepat kendur tau. Bacaan lanjut mengenai pelembab, klik sini.
Primer
Primer ini rutin tambahan yang dipakai sebelum bedak asas. Ia berfungsi untuk bagi bedak asas itu lekat dan terletak cantik, agar makeup anda tahan lama, walaupun muka anda cepat berminyak atau kering sekalipun. Primer didapati dalam pelbagai jenis yang boleh disesuaikan mengikut jenis kulit (contohnya mattifying kalau muka cepat berpeluh dan berminyak, pore minimizing kalau pori-pori besar gedabak, color-correcting kalau ada tompokan warna tak sekata dsbg).

Primer juga didapati untuk keseluruhan muka, bibir, dan juga untuk mata (eyeshadow primer). Dan khusus untuk primer mata dan bibir, warna lagi terang dan centik, selain tahan lama.
Concealer
Item ini wajib kalau parut/cela di wajah jelas sangat. Concealer perlu digunakan terus sebaik sahaja dah set primer itu pada kulit (dalam beberapa saat gitu) untuk elakkannya jadi bergumpal.
Setting Makeup
Item ini digunakan untuk set makeup anda, agar ia tahan lama, dan melindungi makeup tersebut daripada bahan-bahan luar yang akan menganggu makeup anda. Anda boleh set samada dengan setting powder atau setting spray, hanya pastikan makeup anda dah siap betul-betul sebelum menggunakannya.

Artikel berkaitan: apa nak buat bila bedak makeup korang pecah retak seribu? Klik sini untuk tips jimat ya.
Kesimpulannya, Berbaloikah Agar Makeup Anda Tahan Lama?
Berbaloi jika anda mahu cara yang terbaik untuk kelihatan cantik (lagi-lagi jika ada event yang besar dengan banyak kamera) pada masa sama anda tidak mahu membazirkan banyak masa untuk makeup sahaja (banyak kerja lain nak buat lagi kot).
Kim pun dekat 2 jam bermekap, kita dapat 2 minit untuk mekap sahaja pun dah cukup bersyukur hehe.. Namun untuk keseluruhan rutin ini, jika dah mahir tidak lebih dari 15 minit pun. 😉
Untuk bacaan lanjut mengenai makeup serta tips, klik sini saja. Untuk makeup tips khusus untuk ibu, di sini tau.