3 Teknik Makeup Yang Asas Untuk Wajah

Pelbagai teknik makeup yang tengah trending sekarang ni dan serius, jauh variasi untuk sesuaikan mengikut keadaan dan citarasa tersendiri. Dan betul, kalau teknik dibuat dengan betul, dengan penjagaan kulit dibuat dengan baik (luar dan dalam), hasil makeup memang tahan lama, menyerlah dan haruslah peloless.Teknik makeup yang asas yang dalam senarai ini adalah yang terkini dan pastinya di update dari masa ke semasa. Buat masa sekarang tiga teknik ini yang tengah trending. Anda tak perlu guna hanya satu; boleh mix and match mengikut kesesuaian konsep yang nak dibawa, dengan bentuk muka.

3 Teknik Makeup Yang Asas Untuk Wajah

Contouring

Siapa tak kenal teknik makeup yang asas ni? Kim Kardashian always rocks this contouring technique and honestly memang sesuai dengan bentuk muka dan vibe yang dia bawa – structured, shapely, and shows off features at the right angles.

Teknik makeup ini menggunakan dua atau lebih tona bedak asas (dan juga concealer, jika perlu) untuk bentukkan muka secara virtual. Mana yang chubby dikuruskan, yang cantik di nampakkan. Gitu lebih kurang. Kebiasaanya teknik ini menggunakan produk yang jenis matte agar mana-mana bahagian yang nak dinampakkan (popping kata orang putih) biasanya akan disapu highlighter atau bronzer. Subtle glow, itu saja.

Contour dan highlight yang asas. Tip: mulakan dengan sedikit coverage sebelum tambah sehingga nampak kesannya

Strobing

Teknik makeup ini pula menggunakan konsep kesan bila wajah kita disinari cahaya (bukan lampu spotlight ye), maka teknik contouring dengan highlighting digunakan bersesuaian. Pro teknik ini, anda tak perlu dua tiga atau lebih foundation dengan tona berbeza. Hanya yang sepadan dengan warna kulit dan highlighter palette.

Sunstriping

Ini teknik makeup yang asas yang paling latest, yang biasanya mat saleh buat, nak hasilkan kesan seolah-olah baru balik dari berjemur dekat pantai. Teknik ini menggabungkan contouring dan bronzing untuk hasilkan kesan yang diingini, agar kelihatan segar. Hanya bronzer dan foundation je.

Kesimpulan

Untuk bacaan lanjut boleh klik senarai infografik ini. Baca semua dulu, baru pilih mana yang perlu untuk keperluan anda. Atau lebih mudah, konsult terus dengan MUA anda. 😉

P/S; Shai tak buat. Takda masa kerana ada 3 jenis bisnes dan anak kena handle. Tolong makeupkan titew boleh? XD

Artikel berkaitan: apa nak buat bila bedak makeup korang pecah retak seribu? Klik sini untuk tips jimat ya.

Untuk bacaan lanjut juga (especially sesiapa yang aspire nak jadi MUA) boleh baca teknik mekap yang advance namun mudah, di sini.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge