Nak Tahu Bila Mekap Kita Tamat Tempoh

Syok nak bermekap cantik-cantik sekali maskara yang dok pam-pam tetiba jadi keras cam tepung. Apa kes pulak ni? Selain silap teknik dalam penggunaan, ada kemungkinan alat-alat mekap yang kita gunakan dah tamat tempoh. Dan label ‘best before’ tu semasa produk tu keluar dari kilang ye, bukan bermaksud untuk keselamatan kulit tu.

Tengok sini, panduan ringkas jangka hayat setiap alat mekap, supaya boleh standby nak restock baru lepas tu.

jangka hayat mekap anda

Lebih-lebih maskara tu agak sensitif bila bercampur dengan udara, sebab tu jangka hayat dia sangat lah pendek berbanding produk mekap lain.

Tip 1: Kalau nak maskara korang tahan cukup-cukup tiga bulan, jangan dipam-pam batang maskara tu (yang tolak masuk berkali-kali tu) sebab ia akan menyebabkan udara terperangkap dalam botol jadi isi kandungannya bergumpal lepas bercampur dengan udara.

Tip 2: lepas beli, tandakan mekap korang dengan marker untuk alert bila dia expired. Produk expired ni bahaya ya, sekali termasuk mata/mulut keracunan kan.

Tip 3: Klik sini, untuk tahu cara terbaik, gunakan mekap dengan sikit, tapi masih nampak flawless dan gebu mulus je.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge