Hanya 3 Jenis Beg Yang Diperlukan Wanita

jenis beg yang diperlukan, handbag, beg yang sesuai, memilih beg, memilih beg tangan

Idea mencari beg ini sejak beberapa hari, yang Shai datang mood mencari beg baru (biasalah, nafsu nak bershopping datang) dan pada masa sama, being a practical dan penjimat I am, Shai fikir dulu samada perlu ke untuk beg satu lagi, sedangkan dah ada sebelum ini? Sebab Shai tak nak bazir duit for no reason (pantang sebenarnya) jadi Shai research betul2, berapa beg yang kita perlukan sebenarnya. Jadi terhasil lah artikel ni.Β 

Sedikit Backstory

Real reason, Shai terjatuh cinta dengan bucket bag Mansur Gavriel ni (jangan tanya kenapa nama dia Mansur; nama keluarga pereka tu memang gitu). Dari material yang digunakan, style dia buat hasilkan satu konsep minimal dan still, depending on the inner color you choose, boleh nampak seksi (in the right way la), cute, atau preppy chic.

Tengok bucket bag ni, dia ada sense of casual and structure, and looks sexy dengan hint of red (or professional preppy kalau dalam tu warna krim). Drool sungguh XD

Dan Shai berkenan dengan beg ini sebab ia boleh digunakan pada waktu biasa, ada urusan, malah untuk pakaian di tempat kerja (yang gunakan prinsip casual formal) sekalipun!

Tu yang Shai suka, sebab 1 beg boleh pakai banyak tempat. Jimat duit di situ kan? Dan ia buat Shai terus kaji dan tulis artikel ini, untuk kita tahu berapa banyak beg kita perlukan sebenarnya. πŸ˜€

*yang lelaki sila shuh. Walaupun sikit je yang perempuan perlukan tapi kalau ada pilihan untuk banyak warna dan banyak jenama, why not kan? XD

*take note: Shai menulis dari perspektif seorang ibu dengan anak umur 6 tahun, seorang WAHM, dan seorang yang eventually akan ada office sendiri (<pakat2 komentar amin ya), jadi ambil panduan ini, mana-mana yang sesuai dan adjust ikut diri. πŸ˜€

Tips Untuk Memilih Jenis Beg Yang Diperlukan,Β Sesuai Dengan Diri

Senaraikan Aktiviti Yang Kerap Dibuat

Tujuan membeli beg ini adalah sebagai tempat nak letak barang dalam urusan harian yang kita buat kan? Melainkan kalau korang suka kehulu-hilir pegang smartphone, walet, botol susu, tisu basah, lipstick, bedak, malah pad sekalipun dekat tangan. XD

Jadi, untuk permulaan adalah pastinya dengan menentukan urusan harian yang korang biasa dan kerap buat. Ya, even hanya takat ke tesco setiap minggu pun, pemilihan beg yang kena dengan tujuan (dan pilih gaya yang sesuai dengan taste dan saiz/rangka tubuh) akan memudahkan kerja korang nanti.

Takda yang lebih frust mengecewakan bila urusan korang terbantut sebab beg yang tak praktikal walau lawa macam mana sekalipun.

Sebab tu ada beg celine yang trending 2 tahun lepas sekejap ja lepas tu tenggelam, sebab leceh nak buka flap nak ambil barang.

Related image
Flap tengah tu, agak leceh nak buka, lagi2 untuk kecemasan

Maka aktiviti korang buat dalam seminggu senaraikan, dan barang apa yang biasa dibawa; dari situ korang boleh agak saiz beg yang diperlukan, khusus untuk aktiviti harian. πŸ˜€

Contoh macam Shai, ada urusan harian, kerja, hal anak, malah jalan-jalan juga seimbang; hari-hari ada ja kerja nak buat dan pada masa sama, Shai suka sumbat extra barang (apatah lagi air masak wajibul ghunnah kot), jadi tote bag yang ada beberapa compartment jadi pilihan, yang saiznya sepadan dengan rangka tubuh, serta material daripada kulit untuk tahan lama.

Atau bucket bag macam mansur gavriel tu huuu..

Tentukan Style Beg Tersebut

Ada Tali Strap Atau Suka Pegang Ja?

Menentukan style beg tersebut termasuklah rupa beg, jenis beg, cara korang, malah material yang digunakan. Contohnya korang suka tangan tak pegang apa2 sangat, beg yang ada strap adalah sesuai berbanding jenis clutch untuk simpan benda penting seperti handphone dan walet, dan satu dua lipstick/lipbalm korang.

Saiz Beg Dan Material Yang Digunakan

Kalau suka bawa air masak dan planner ke hulu hilir macam Shai, haruslah beg tersebut besar sedikit dan kukuh bahannya cukup untuk tampung benda2 tersebut. Nak2 kalau fasa anak takda beg sendiri, beg maknya jugalah disumbat roti dan air kotak untuk anak tu -.-.

Tentukan Saiz Beg Yang Sesuai Ikut Badan Dan Keperluan

Yang ni pun perlu diambil kira sekali. Umumnya saiz beg yang ada di pasaran sesuai untuk body frame orang Asia. Sebab secara tak langsung, beg yang terlalu besar tak pada dengan saiz badan tu, akan buat kita tak larat nak bawa – biasa perempuan ni ada ruang kosong dalam beg selagi tu lah dia akan sumbat kan? XD

Ikuti video di bawah ni, pemilihan jenis beg ikut saiz dan bentuk tubuh. Dari situ, sesuaikan ikut keperluan korang ya.

Pilih Style Dan Warna

Pemilihan style dan warna beg ini pastinya ikut citarasa sendiri. Ada yang suka lip lap, ada yang suka minimal. Ikut korang kerana handbag hobo, berbeza citarasa dengan handbag satchel betul tak?

Hobo bag yang strukturnya lebih relxed dan slouchy. Biasa orang yang laid back rilek2 suka handbag gini πŸ˜€
Bag satchel ini ada strukturnya, yang menunjukkan gaya stylish, professional, on-the-go gitu. Biasanya yang jenis Type A suka style gini (saya lah tu…)

Pastinya, style yang paling versatile adalah tote bag, yang senang sumbat macam2, minimal dan ada strukturnya tanpa nampak formal, dan sesuai dalam waktu biasa dan formal di tempat kerja.

Haruslah, warna paling versatil adalah warna-warna neutral seperti hitam, putih, warna-warna coklat seperti krim, beige, maroon. Lepas tu tekstur kemasan beg tu akan tentukan kesesuaiannya untuk situasi yang berbeza.

Yelah, pakai beg patent leather hitam over nampak macam mencapap tak kena tempat pulak. -.-

Backpack; Beg Yang Wajib Ada Untuk Semua

Beg galas ni pada pendapat shai adalah satu kewajipan, sebab boleh pakai sampai ke tahap balik kampung punya, atau untuk aktiviti berat seperti berkelah dan bercamping, mahupun misi mencari baju raya di masjid india.

By right korang boleh dapatkan jenis backpack yang direka khusus untuk aktiviti berat tersebut, atau nak ada stylo mylo sikit, cari yang saiz sederhana dan rekabentuk yang polished sikit. Contoh seperti gambar ini.

Perbandingan umum jenis backpack yang ada di pasaran. Lihat yang contoh tengah2, nampak jenis yang boleh dibawa berkhemah dan pada masa sama stylo juga dipakai ketika jalan-jalan di shopping mall. Gitulah, nak cari yang boleh balance antara ketahanan dan style beg tersebut

Beg Khas Untuk Bergaya

Beg yang dimaksudkan adalah beg yang khusus untuk korang nampak stylish tanpa saiz beg yang besar. Pemilihan beg tersebut juga ikuti tips di atas, cuma untuk skala lebih kecil. Contohnya item paling penting korang kena bawa ialah hp, walet, lipstick dan bedak, serta tisu.

Jadi samada beg tersebut adalah jenis clutch, mahupun small crossbody bag, seperti dalam gambar ini.

Mcm style gini, small crossbody yang letakkan barang2 penting sahaja, dan Shai assume bag tersebut talinya boleh dicabut, digunakan sebagai clutch jika mahu. Win-win!

Tips Nak Gabungkan Fungsi Beg Yang Diperlukan

Tips ekstra untuk korang sekiranya membantu, sebab Shai suka satu benda boleh pakai banyak tempat hehe..jadi cara Shai buat adalah beg tersebut boleh dipakai untuk urusan harian, jalan-jalan dan formal sekaligus.

Maka beg tote dan/atau satchel dengan strap (saiz sederhana-besar) adalah pilihan. Korang boleh sumbat banyak benda, boleh pakai dimana-mana. Tinggal nak pilih warna dan kemasan ja ikut taste korang (dan juga ikut capsule wardrobe, jika korang pakai sistem baju ini).

Setel! πŸ˜€

Untuk tambah sedikit ilmu, rujuk infografik ini dan bandingkan dengan panduan di atas ya.

Kesimpulan

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu korang yang takda idea nak memilih beg yang sesuai. To be honest, banyak2 beg bukan satu kewajipan pun, yang penting beg tu sebagai alat untuk memudahkan urusan harian korang, dan still nampak stylo.

Dan pastinya, membeli beg tak perlu wajib yang mahal2 pun; asalkan kena dengan belanja dan keperluan pun cukup. Satu hal juga bawa beg mahal risau kena curik, dengan dalam tu ada hp, walet IC bagai.

(on other side of opinion, pastinya beli yang mahal sikit biasanya bermaksud tahan lama, sampai boleh waris ke cucu; baru berbaloi membeli). πŸ˜‰

*untuk korang yang nak tahu tentang sistem baju yang Shai pakai, klik sini ya. Baju Shai tak banyak mana, tapi boleh suai padan sampai 50-70 style yang ada. πŸ˜‰ jimatss di situ.

Sumber:1, 2, pengalaman sendiri

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. sejak ada anak ramai, suka jenis backpack sebab senang nak bergerak… lupakan dulu la beli handbag untuk bergaya buat masa ni… hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge