Asas Capsule Wardrobe: Baju Sikit Pun Tetap Lawa

Sebelum Shai jumpa konsep capsule wardrobe ni, baju-baju yang ada Shai kadang kala ditukar ganti sangat (mujur elok). Takda masa satu hal, Shai pula kalau pilih sekali Shai nak pakai lama dan tidak perlu termenung panjang nak pilih baju – sehingga sekaranglah, hehe..  Apa itu capsule wardrobe?

capsule wardrobe

Apa Itu Capsule Wardrobe?

Konsep capsule wardrobe bermaksud hanya beberapa pakaian yang terpilih dan dijadikan sebagai satu set yang boleh disuai padan untuk pelbagai stail dan fesyen. Ia diasaskan oleh Caroline Rector dalam website nya Unfancy.

Mungkin kerana sekarang ni kita nak berjimat berbelanja untuk yang perlu sahaja, konsep ini diterima pakai dengan baik, dan haruslah tidak bermaksud anda kena selekeh! XD

Kenapa Orang Buat Capsule Wardrobe?

Banyak sebab juga, dengan faktor utama adalah duit, selain kita sekarang ni amat pentingkan kualiti dan pastikan apa yang kita beli berbaloi dengan apa yang kita bayar (alah membeli, menang memakai gitu).

Lagi-lagi sekarang ni hidup yang agak rushing, nak habiskan masa merenung baju-baju yang tersidai untuk pilih nak pakai yang mana memang tidak praktikal dan tidak menjimatkan masa. Baru pilih satu baju, belum kira nak padan dengan tudungnya (shawl? Pashmina? Instant?), seluarnya (jeans? Palazzo?) Melainkan setiap minggu kita dah plan siap-siap sebagaimana kita plan menu makanan harian.

Bukti jimat masa. Heh heh

Secara tak langsung mengurangkan kesan kepada kita minda kita untuk buat keputusan (decision fatigue orang kata). Ia mungkin nampak renyah tapi serius, ia adalah satu cara untuk tidak membebankan minda kita dengan benda yang tidak berapa perlu.

Basically, tengok sekali imbas almari tu, capai dan pakai. Konfom sepadan, cantik, dan semestinya jimat masa nak bersiap. ?

*Nota: capsule wardrobe ini untuk pakaian harian dan jalan-jalan tau. Kalau yang set untuk kerja (pakaian yang agak berbeza sedikit dan lebih formal), kena asingkan set tersebut, juga dengan kaedah sama seperti di bawah ini.

Bagaimana Saya Nak Buat Capsule Wardrobe?

Longgokan Baju Yang Ada

Untuk permulaan, Shai longgokkan semua pakaian dan aksesori yang ada dalam satu tempat, kosongkan almari tersebut.

Asingkan baju-baju tersebut mengikut tiga kategori

  1. Yang anda suka sangat pakai
  2. Yang mungkin anda pakai (untuk situasi kot-kot selalunya)
  3. Sedekah baju yang memang tak berguna dalam hidup anda dan citarasa anda sekarang ini
  4. Buang yang memang dah terang2 rosak (atau kalau nak buat DIY ke apa)

Ketika pengasingan ini, sebaiknya tidak belek baju-baju ini sangat (apa lagi nak bernostalgia), sebaliknya ikuti reaksi pertama anda. Nombor tiga dan empat anda simpan dalam kotak/plastik dan labelkan untuk dibawa keluar dari rumah.

Untuk longgokkan kedua, anda tentukan jika ada kebarangkalian tinggi untuk pakai pakaian tersebut. Jika tidak masukkannya dalam longgokan ketiga.

Tentukan Citarasa Dan Warna Anda

Berdasarkan longgokan pertama, tentukan citarasa anda dalam memakai, walaupun sekadar kasual. Perincikan jika perlu. Contoh Shai punya taste preppy, chic, ala French, dan minimalist.

Citarasa ini akan tentukan warna-warna yang akan jadi sebahagian besar dalam koleksi capsule wardrobe anda untuk mudah disuai padan nanti. ?

Jadi pada Shai, warna hitam, putih, krim, serta navy blue adalah tiga warna utama. Yang ada ekstra warna hanya t shirt merah gelap, pashmina merah dan warna paddle pop (tak tau nak kata warna apa), serta bawal satin coklat.

Perasan kan warna-warna ini senang nak matching? ?

Pemilihan color palette mengikut carta ini. Shai punya deep winter, sebagai panduan untuk bermula

Pada Shai, pemilihan color palette ini penting untuk pastikan setiap pakaian yang kita beli boleh disuai padan dengan mudah dan segera. Untuk permulaan, pilih satu/dua warna yang boleh padan bersama, sekali dengan warna hitam dan putih. Tu yang Shai ada warna hitam, putih, biru, dan kemudian merah. hehe..

Memilih Pakaian Untuk Capsule Wardrobe

Pilih item-item yang paling asas (core items). Contohnya untuk pakaian:

  • Blaus
  • Seluar
  • Jeans
  • Kemeja t
  • Kemeja
  • Kardigan
  • Tudung

Aksesori

  • Cermin mata
  • Gelang

Kasut

  • Kasut tumit tinggi
  • Kasut harian
  • Kasut sukan
  • Selipar
antara senarai yang Shai guna sekarang ni

Ini adalah senarai umum yang asas dan mungkin sedikit berbeza mengikut situasi anda, dan seterusnya tambah item-item yang perlu sebagai pelengkap. Tambah mana yang perlu, namun pastikan ia tidak melebihi 30 item yang ada (rule yang lain 33, ada juga 20; pilih bilangan minimum yang sesuai). Jangan risau, boleh cuba jaya sehingga jumpa senarai yang perfect untuk anda. Shai dah. Hehe..

*pakaian dalam, pakaian untuk bersenam (ke gym), atau baju tidur tak dikira ya.

capsule wardrobe
pemilihan baju untuk capsule wardrobe dengan mudah

Rujukan Tambahan Untuk Capsule Wardrobe

Anda boleh lihat senarai link yang ada ini untuk anda create your own capsule wardrobe. Nanti next post Shai akan kongsikan Shai punya capsule wardrobe. Jangan tiru bulat-bulat style kita lah tau. ?

http://theblissfulmind.com/2015/08/17/capsule-wardrobe-basics/

https://bemorewithless.com/how-to-build-a-capsule-wardrobe/

http://theeverygirl.com/how-to-create-a-capsule-wardrobe

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge