Shai Punya Capsule Wardrobe-Bagaimana Ia Membantu

Seperti yang dikongsikan dalam post asas mengenai capsule wardrobe ini, dalam post pula Shai kongsikan capsule wardrobe yang Shai buat sendiri, hasil daripada kajian dan pembacaan sampai lah jumpa senarai yang perfect dengan Shai.Prinsip yang sama seperti dalam post ini yang Shai kongsikan, di mana Shai buang baju yang tak perlu dan lama dah tak pakai, dan simpan yang memang Shai betul2 suka pakai. Nak2 lagi rumah studio, haruslah pilih barang yang betul-betul perlu ja – rule ni tak terpakai pada mainan anak. Huhu..

capsule wardrobe
Post asas mengenai capsule wardrobe: cara3 dan manfaatnya. Klik sini ya

Kebaikan Yang Shai Dapat Melalui Capsule Wardrobe Ini

Sungguh, lepas beberapa ketika follow rule capsule wardrobe ni, lagi banyak kebaikan walaupun stok baju yang ada agak terhad.

Dengan senarai yang dah ada, mana-mana baju yang shot Shai boleh tahu mana yang kurang/warna yang takda, dan dijadikan sebagai target item bila nak window shopping bila masa sale atau jumpa yang berkenan di online – dan senarai itu tak berapa banyak pun, membolehkan untuk kita belanja lebih sikit untuk satu item yang lebih berkualiti – dan selalunya ia bermasud tahan lama.

Dengan senarai itu juga Shai tak akan berbelanja lebih dari perlu, walaupun kadang-kadang tenung tengok lama-lama. Nak2 lagi bawal satin warna pastel adoiyai..menggoda nafsu betul.

Tak apa, boleh save gambar item yang kita berkenan dalam vision board kita, bi iznillah boleh dapat. Sebab sebelum ini ada ja beberapa benda kita dapat dengan asbab vision board ni hihi.

Ni antara item yang Shai dah target. Ada beberapa item yang memang betul2 rezeki yang tak dijangka. Alhamdulillah. Klik sini untuk baca ya

Senarai Dalam Capsule Wardrobe Shai

Senarai yang ada setakat ini, dan ia tidak termasuk 3 set baju tidur (yang boleh jadi pakaian harian dan pakaian workout jugak. Malas nak salin. Hehe), baju raya tahun lepas, dan juga 3 pasang kain batik.

Baju Seluar Tudung
  • Kemeja hitam lengan panjang 1
  • Kemeja t berjalur hitam putih lengan panjang 2
  • Kemeja t berjalur hitam putih lengan pendek 1
  • Kemeja t biasa biru 1, hitam 1, kelabu gelap 2
  • Kemeja t (stail bomber) merah dan navy blue
  • Kemeja t lengan panjang biru dan hitam
  • Blaus putih 1
  • Skater dress sleeveless hitam dan putih
  • Jeans biru 1, hitam 1
  • Seluar cotton hitam 1
  • Pashmina 4 (paddle pop, kelabu hitam, cream gold, biru+merah)
  • Bawal satin 4 (turquoise, pink, hijau, coklat)
Outerwear Kasut Aksesori
  • Kardigan hitam 1, putih 1, navy blue 1
  • Blazer hitam 1
  • Trench coat khaki 1
  • Crocs rio coklat
  • Loafer hitam putih
  • Fitbit
  • Beg galas kelabu
  • Beg silang 2 merah, dan hitam putih
  • Beg tangan 2 warna krim dan putih hitam coklat.


Takda Makeup Ke Shai?

Dan kalau dalam mood dressy sikit, Shai guna revlon softnude ja

Takda lagi buat masa sekarang ni (walaupun jiwaku meronta-ronta nak beli, dan berpuluh makeup tutorial aku simpan) kerana kekangan masa, selain Shai pakai spek guano.  ._.

Tunggulah dah buat lasik nanti Shai beli naked palette tu. doakan ya agar Shai boleh buat lasik secepat mungkin.

Sekarang ni Shai hanya pakai samada tinted lipbalm yang dibuat sendiri. Beli lipstick satu untuk dipatahkan dan dicampur dalam lipbalm DIY Shai. Lagi elok sebenarnya sebab Shai masukkan cocoa butter, minyak zaitun dan kelapa. Lagi terjaga bibir. 😉

 

Kalau nak tahu bagaimana Shai buat lipbalm tinted DIY itu, mohon komen ya. Jika ada berminat Shai akan kongsikan resipi nya. Guna dapur/microwave ja. ^^v

Itu saja. Semoga membantu korang untuk mulakan senarai capsule wardrobe sendiri ya.

 

 

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge