[REVIEW] Susu Tepung Fernleaf Protein+

time lapse photography of strawberry falling on milk

Nak mencari susu tepung untuk diet ni dah lama juga cuma kita fikir dua,tiga kali juga sebelum nak membeli sebab harga yang agak tinggi. Bila ja dapat tahu tentang Susu Tepung Fernleaf Protein+ni dah ada dan ada sale, apa lagi ‘add to cart’ lah kita untuk mencuba.

Tambahan pula dengan keadaan kita yang agak sibuk ni maka elok ambil satu, dua benda yang boleh membantu kita kenyang lebih lama sikit. Dah cuba dengan lebihkan telur rebus setiap kali makan, tapi tu lah kadang-kadang boleh jemu juga XD. Jadi ada susu protein ni bolehlah buat tukar2 rasa, selain membantu kurangkan rasa lapar n asyik nak makan je memanjang.

Okeh, cukup backstory, kita review susu tepung ni pulak. Dan review ni bukan sponsored ye, beli pun sebab memang mencari untuk nak diet sikit n kebetulan sale pulok rejekii XD

jadi inshaa Allah, review ni jujur gitew

Review Susu Tepung Protein+ Fernleaf

Dari bungkusan susu ini jelas dia tumpukan ‘protein’ sebagai ciri utama dalam susu formula ini, dan jelas dilihat dari isi kandungannya, seperti dalam gambar dan kita akan cerita lebih detail dalam post ini. 

Gambar senarai nutrisi Susu Tepung Protein+ Fernleaf

Soalan cepu emas, bagaimana rasa Susu Tepung Fernleaf Protein+ni?

Sebab soya juga termasuk dalam formula susu tepung ini maka boleh rasa perisa soya (yang Shai kira natural sebab peratusan kandungannya yang signifikan dalam formula ini) tapi taklah sekuat mana dibandingkan dengan ESP Shaklee, mahupun susu soya air kotak atau yang dekat bazar Ramadan. Tolak tepi kandungan gula sekalipun, rasa soya taklah kuat mana pun, sedang-sedang aja gitew.

Boleh kot tambah sikit serbuk Milo bagi takda rasa soya, untuk yang tak suka. 

Adakah Susu Tepung Fernleaf Protein+Ini Sesuai Untuk Diet?

Dengan kandungan protein yang signifikan berbanding dengan susu penuh krim yang biasa, pada pendapat Shai ia sesuai untuk yang nak berdiet cuma kena hati-hati sebab di label jelas tertera ada gula dalam formulasi susu ini (17g setiap hidangan iaitu 3 sudu besar) jadi untuk korang yang betul-betul jaga atau amalkan diet strict seperti Atkins fasa 1 memang idokle boleh

Untuk Shai yang amalkan serba sedikit Atkins fasa 4 dengan intermittent fasting (IF) takda hal lah kot, sebab selain minum susu ni setiap petang (selepas bersenam/buat kerja berat) sebelum mula IF, Shai memang amalkan lebihkan sumber protein lain seperti telur rebus, makan roti gandum yang gardenia purple wheat susah kunyah tu, selain kurangkan nasi n lebihkan sayur. Sekali minum susu ja tu tahan lapar juga dalam 3,4 jam. Setelllll….

Baca sini tentang intermittent fasting yang pada kita cara paling effortless untuk berdiet (asalkan ko tak melantak je XD)

Adakah Susu Tepung Fernleaf Protein+Untuk Bina Otot?

Bila susu ini dilihat sebagai sumber protein yang membantu untuk diet, sedikit sebanyak ia juga berkait manfaatnya dalam pembinaan otot.

Nutrisi protein dalam susu sesuai untuk bina otot adalah:

Isoleucine, leucine, dan valine iaitu BCAA – komponen asid amino yang kalau dalam circle fitness mesti (wajib kot!) biasa dengan terma ini. Branch chain amino acids ini adalah sejenis kelompok protein yang sangat berguna dalam pembinaan otot dan membantu untuk kita ada tenaga tambahan sewaktu bersenam (sebab itu digalakkan ambil sumber BCAA ini sebelum dan selepas bersenam).

Dan asid amino ini penting kerana tak seperti asid yang lain, tubuh kita tak boleh buat protein ni jadi kita kena ambil dari sumber luar seperti telur, daging, ayam, ikan, tempe, keju, dan pastinyaaa…..susu XD

Asid amino lain seperti lysine, trytophan, casein, whey di mana casein dan whey ni bahan yang popular dalam pembinaan otot (tu yang produk protein powders tu apa banyak dekat pasaran). 

Dan ini perbandingan amino acid gambar untuk lihat kategorinya di mana:

Perbandingan Susu Tepung Fernleaf Protein+ Dengan Tepung Protein Whey

Sebab banyaknya protein powders dengan macam-macam jenisnya di pasaran nak pukul rata dan review sekaligus tak boleh juga sebab lain orang lain keperluannya dalam pemilihan sumber tepung protein yang sesuai; ada yang nak bulky ada yang nak sedang-sedang aja jadi kat situ pun dah jadi faktor untuk memilih tepung protein yang sesuai dengan nisbah kandungan protein yang tertentu. 

Nohhh kira keperluan protein korang di sini.

Tapi kita ambil perbandingan secara umumnya, sebab Shai juga gunakan susu ni sebahagian dalam rutin bersenam dan setakat seminggu amalkan rutin ini secara spesifik, ia sedikit sebanyak membantu dalam tambah ‘endurance’ dalam waktu senaman, selain membantu untuk tambah sikit otot yang perlu DAN turunkan berat badan. Dia jadi multiple factors gitew. 

Jadi dari pandangan seorang WAHM, yang jenis bersenam pun takat Pilates ja, ambil susu Susu Tepung Fernleaf Protein+ ni pun dah satu permulaan yang baik, malah lagi baik dari susu penuh krim biasa (yang kira paling2 basic boleh ambik untuk health goals kita).

Korang boleh baca lanjut di sini untuk tahu bagaimana nak memilih tepung protein yang sesuai ikut keperluan.

Kesimpulan

Haruslah post ini tak bermaksud untuk kita jadikan tepung protein ini sebagai sumber nutrisi yang utama sebab apa2 pun, sumber dari makanan itu yang terbaik. Namun tak dinafikan tepung protein ini sebagai solusi segera untuk kita lagi2 kalau yang sibuk dan kalut, atau yang mahukan sumber protein cepat dicernakan yang sangat membantu bila korang bersenam betul-betul. Karang nak bawak 7,8 biji telur rebus lepas tu mengunyah dekat gym macam nak berkelah gamaknya XD

Noh tengok kita godek2 susu ni dalam video, nutrition facts dia ada. 

Setelah baca review ni korang rasa nak ke beli Susu Tepung Fernleaf Protein+ ni, atau korang ada benda nak tanya dulu sebelum beli? Tanya je dekat komen nanti kita reply 😀

Bacaan lanjut

1 Comment

  1. “Your blog has become my favorite online destination for discovering new ideas and gaining a fresh perspective. The way you effortlessly blend creativity, intellect, and authenticity in your writing is truly inspiring. Keep up the excellent work, and I’ll be eagerly awaiting your next thought-provoking post!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge