Review Vakum Philips Power Cyclone 5

Lepas beberapa ketika, review Philips Power Cyclone 5 ni tersedia dan dalam kesimpulan mudahnya Shai suka dengan vakum ni kerana beberapa faktor.

Cerita asalnya, sebab sebelum ni vakum ada tapi dah rosak lepas Naz dok main – 3 tahun lepas. Haha..punya lama takda vakum lepas tu sebab dalam taknak Naz rosakkan vakum lain, setakat ni boleh lagi nak menyapu lap habuk sendiri secara manual. Alang-alang boleh  rehatkan mata dari bekerja menghadap komputer, rutin lap menyapu sampah ni pun boleh dijadikan sebagai rutin workout.

Cuma tulah, keadaan kerja yang sekarang ni dah memaksa kita bertukar beranjak mengemas cara auto, iaitu menggunakan vakum.

Dan sebab dah lama tak membeli vakum ni juga agak cuak walaupun jenuh research dekat shopee baca iklan dan review vakum yang ada di pasaran.

Haruslah, kita pun teruja tengok yang cordless (tapi bukan macam dalam gif atas ni la). Dengan lampu lip-lapnya dan butiran produk yang canggih manggih kita pun terliur nak membeli juga.

Cuma satu isu – mahal. Harga dia dibandingkan dengan vakum cara lama (tak kisah samada bagless atau ada bag) mahal per spesifikasi dan walaupun boleh spare lebih sikit untuk vakum Shai keberatan juga sebab brand tak dikenali (walaupun review dia bukan main menyakinkan).

Jadi balik-balik, kita kembali ke jenama yang boleh kita percayai, iaitu Philips.

Jenama Philips Juga Pilihan Hati

Dekat rumah ni memang brand ni lah yang dicari tiap kali nak ganti appliance baru. Sebab dulu terbiasa dah dengan jenama lama macam Panasonic, Toshiba (Technician ada yang ingat tak? XD), kemudian Electrolux, Elba, Samsung dan Philips, pusing-pusing memang dekat brand ni ja lah, lagi-lagi untuk benda besar macam vakum ni (harga bukan takat water heater oiii).

Contoh kat rumah ni ha, ada pengering rambut basic Philips tahan lagi 3 tahun guna, air purifier, malah steamer basic Philips juga  yang korang boleh baca review di sini.

*Ok Philips, sekarang boleh contact saya untuk sponsor appliance ya. Air fryer ke hehe.. XD

Jadi, ambil faktor kuasa, jenama, dan harga, Shai kira Philips Power Cyclone 5 ni pilihan terbaik buat vakum nak pakai lama di rumah.

Review Vakum Philips Power Cyclone 5 – Sekilas Pandang

Nama dia Cyclone pun rasa macam gah dah. Belum kira lagi dengan rekaan vakum ni nampak kukuh dan tahan lama. Lineup vakum ni ada Power Cyclone 3, 5, 7, 8 yang Shai kira ikut kuasa dia sedut habuk (dah macam BMW series pulak) jadi haruslah harganya naik seiring dengan naiknya nombor Cyclone tu.

Kerana itu juga, Shai ambil jalan tengah dengan pilih yang 5 – boleh merasa kuasa sedutan habuk yang up sikit dari 3, tanpa berhabis banyak tanpa keperluan untuk tahap 7 dan 8 (nak vakum rumah ja, bukan dewan pun XD).

Dalam pakej vakum ini selain bahagian utama vakum tu, alatan yag diberikan adalah kepala utama (macam mana nak panggil benda alah ni eh) untuk vakum lantai, vakum tirus untuk celah/ruang kecil, dan vakum berus. Ada batang utama tu yang boleh dipanjangkan sehingga 1 meter lebih gitu. 

Kelebihan Vakum Philips Power Cyclone 5

Harga

Ni faktor pertama yang Shai ambil kira sebelum beli vakum dan harga dalam julat RM200-RM400 pun sangat ok kalau nak pakai dekat rumah. haruslah, beli waktu sale dan guna sebanyak kupon yang ada akan turunkan harga tu untuk jimat lebih banyak.

Bahan Buatan

Shai jangka vakum ni memanglah plastik dan yang bagusnya, ia jenis plastik yang kukuh dan berkualiti, sesuai untuk kegunaan nak pakai lama di rumah, dan ini termasuk dengan bahan lain yang digunakan untuk berus.

Suprisingly, batang utama tu dibuat dai aluminum/besi yang memang kukuh, dan buat kita rasa berbaloi sangat bila membeli (belum kira lagi batang tu boleh jadi alat keselamatan kan, alang2 tu). 

Saiz Dan Berat

Saiz vakum ni jenis yang kompak yang sesuai untuk penyimpanan dan kegunaan, malah vakum ni boleh bagi dia duduk tegak waktu disimpan. Dan secara tak langsung, saiz yang jenis kompak ni juga bermaksud beratnya sedang-sedang ja, mudah lah nak guna waktu nak membersih.  

Penapis Vakum

Vakum ini menggunakan dua jenis penapis iaitu penapis habuk (yang boleh dibasuh) dan penapis HEPA untuk tapis habuk micro, pollen dsbg yang boleh buatkan kita alergi tu.

Kedua-dua penapis perlu diganti kalau dia dah tak tapi sebaik macam baru (biasanya dalam 2,3 bulan gitu, kalau guna dengan kekerapan biasa) namun kurang-kurang penapis ni tak lah mahal sangat. Dekat Shopee pun ada yang versi copy juga cuma yang tu Shai tak pasti keberkesanannya. 

Rekabentuk Vakum

Keseluruhan vakum jenis bagless ni lebih kurang sama seperti kebanyakan vakum lain – ada bahagian utama dengan aksesori untuk attach dekat vakum tu.

Canggih juga sebab nak pasang kepala vakum dengan batang dsbg guna mekanisme lock untuk pegang betul-betul setiap bahagian (takdalah tercabut terpelanting ke apa yang boleh rosakkan vakum tu), siap kepala vakum tirus tu boleh simpan dekat batang utama berbanding letak di tempat simpanan yang memudahkan nak tukar vacuum mode waktu kerja membersih, dekat situ jugak.

Pasal vacuum mode ni juga, ada beberapa tahap di vakum ini untuk kita pilih ikut kegunaan vakum.

Contohnya dekat kepala vakum tu ada laras nak pilih samada vakum permukaan karpet atau lantai kayu (parquet) yang dia keluarkan wiper biru tu terus.

Dekat pemegang vakum juga, boleh laras samada nak vakum sofa atau permukaan berkayu – dia juga akan laraskan kuasa sedut tu – dengan vakum fabrik/sofa lebih padu dari permukaan berkayu.

Takdalah sedut pukul rata semata, senang sikit kerja hehe..

Kekurangan Vakum Philips Power Cyclone 5

Takda kekurangan utama yang Shai boleh komen, melainkan bahagian berus tu ha sayang dia memang fixed dekat pemegang vakum berbanding boleh dicabut dan dipasang kat tempat kepala vakum tu. Yelah nak vakum siling atau rak tinggi kan menggunakan kepala berus tu memadai dah dari guna kepala utama tu.

Satu lagi adalah rekabentuk yang tak efisien dekat butang suis dan butang untuk tarik kabel vakum (dia retractable).

Simbolnya nampak tapi tak boleh beza warna yang boleh jadi potensi bahaya kalau salah tekan (nak tutup vakum tapi tertekan yang retractable tu naya ja). Jadi solusinya Shai letakkan sedikit washi tape untuk bezakan. Elok kalau Philips perbaiki part ini dengan butang yang berbeza warna sedikit untuk mudahkan pengecaman. Tengok balik gambar keseluruhan alatan vakum, suis power dan untuk tarik wayar tak nampak kan?

Yang lain, takda. Semua ok, semua perfect. Shai harap tahanlah vakum ni sampai 4-5 tahun kalau waranti dia bagi pun 2 tahun. Tak perlu pening2 nak beli model lain ke apa dah. Ni vakum ja, bukan ipong pun.

Vakum ni agak power untuk apartment yang Shai rasa kuasa dia sesuai untuk rumah teres/2 tingkat tu.

Alternatifnya, kalau nak kurang power sikit Shai kira yang Power Cyclone 3 pun memadai, dengan review rata-rata kata saiz kecik jo tapi masa sedut tu memang puas hati. Model ni yang Shai consider dulu sebab faktor harga, tapi dah beli masa sale bolehlah nak up sikit dan beli Power Cyclone 5 hehehe..

Kesimpulan

Untuk vakum ni dalam kelasnya, Shai bagi rating 9/10. Kalau redesign berus tu agar boleh dipasang di tempat kepala utama pun dah kira perfect all-around household vacuum dah. Untuk bacaan review lain, korang boleh klik sini, atau youtube di bawah ni. Sama ja.

Semoga review ni membantu korang buat pilihan vakum di rumah ya.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge