5 Perkara Pertama Perlu Dibuat Jika Terkena Gastrik

Pernah terfikir tak, apa perkara pertama perlu dibuat jika terkena gastrik? Banyak post yang membicangkan tanda-tanda serta makanan yang perlu diambil jika terkena gastrik, dan tak banyak pula post yang berikan serba sedikit panduan bila detik pertama terkena gastrik.

Sebab itu lah yang biasa Shai dapati melalui mesej, piyem, malah komen pertanyaan, seperti dalam blog post ini haha.. :_) jadi ini dia, Shai tuliskan terus apa korang kena buat bila terkena gastrik, tak kiralah baru pertama kali kena, dah tiba-tiba terkena balik lepas beberapa lama, mahupun yang kerap melalui perut pedih disebabkan gastrik ini.

Perkara Pertama Dibuat Jika Terkena Gastrik

Baring terus dengan bahagian pusat ke atas diangkat sedikit

Posisi ini membantu asid dalam perut duduk diam2 dalam perut ja berbanding dia naik ke atas dan melukakan saluran esofagus sehingga menyebabkan korang rasa tekak perit (ada yang Shai konsultasi kata dia rasa macam kena cekik aiyoo). Kalau larat duduk pun boleh.

Baring macam ni supaya asid perut duduk dalam perut sahaja. Sendal dengan sebanyak mungkin bantal, atau nak beli bantal macam ni pun boleh. Sumber gambar: medcline.com

Minum segelas air suam lepas terkena sakit gastrik tersebut

Teruskan minum air suam untuk cukupkan kuantiti air dalam sehari untuk mencairkan lebihan asid dalam perut, serta melegakan saluran darah untuk lebih relaks sementara waktu. Air WAJIB cukup, dan dalam bentuk air suam sementara waktu ni

Ambil penawar segera gastrik

Kalau ada gaviscon, telanlah untuk penawar segera. Kalau takda dekat rumah, boleh larut 1 mug air suam dengan 1 sudu besar soda bikarbonat untuk kesan yang sama (dalam gaviscon pun ada soda bikarbonat jugak).

Sumber: http://www.bakingsodavinegar.com/

Untuk penawar segera gastrik lain yang mungkin membantu korang, baca sini ya. Psst..korang kena dapatkan soda bikarbonat sebab satu rumah dan hujung rambut ke hujung kaki korang boleh guna. Shai guna sampai ke tahap taksub produk ni haha..baca sini okeh.

Minuman teh

Bila dah lega sikit rasa sebu dan/atau pedih perut korang, minum 1 mug the o kelat dengan hirisan halia. Gula jangan letak langsung sebab gula ni lah makanan kuman gastrik (don’t take any chances). kalau rasa sebu satu badan, sapu lah minyak angin dan urut2 sampai sendawa (tak kira lah dekat mulut ke atau dekat punggung tu) secukupnya.

Catat makanan/minuman yang diambil menyebabkan gastrik tersebut datang

Duduk diam2 sampai hilang pedih perut tu. Sementara tu ingati balik apa yang korang biasa makan, apa yang korang makan 3 hari sebelumnya, dan makanan yang pedas/berempah atau minuman manis/bergas yang korang minum.

Lebih elok catat terus untuk tunjukkan pada doktor sekiranya pedih dan sebu perut tak hilang lagi lepas sehari dua, dan gunakan senarai tu untuk korang rasa menyesal dengan rasa tobat dan makan lebih sihat dan elok selepas ini wakaka XD.. Shai camtu lah jugak dulu, mana boleh tinggal makan pedas beb.

Selingan: atas permintaan pengguna panduan gastrik, Shai buat satu ig khas untuk tips dan panduan untuk gastrik, di sini

Kesimpulan

Bila rasa gastrik ini berlaku, kemungkinan tinggi ia bermaksud gastrik itu akan datang kembali lagi. Bila, bagaimana, dan tahap kesakitannya bergantung kepada individu juga.

Jadi untuk lebih selamat, pakat-pakat lah ‘ubah gaya hidup’ dengan mengamalkan makanan yang lebih sihat dan ‘gastric-friendly’ agar sistem penghadaman lebih kuat dan kalau gastrik tu datang sekalipun, tak lah sesakit macam sebelum ni ye dok.

Antara jenis makanan yang membantu untuk isu asid berlebihan dan gastrik korang

Lain orang lain pemakanan gastrik yang sesuai. Macam Shai ada gastrik ni sekarang pun masih berjaga-jaga lagi (dulu minum pepsi coke seminggu 4 kali balik dari sekolah, la ni setahun 2x pun cukuplah, itupun takat sesedut lepas gian), namun disesuaikan agar tetap boleh makan lauk2 pedas lagi hehe..

Take note juga, sebab ini faktor dalaman iaitu pemakanan; faktor luaran seperti tekanan juga boleh menyebabkan gastrik, termasuklah yang tak pernah kena gastrik2 pun boleh sekali. Klik sini untuk baca ya.

Untuk panduan umum, korang boleh baca post makanan yang membantu sakit gastrik, atau boleh dapatkan panduan gastrik yang Shai sediakan, siap dengan konsultasi dengan Shai secara percuma di sini.

Rujukan: 1

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge