Sakit Gastrik? 5 Makanan Yang Perlu Diambil Untuk Elak Anda Sakit Lagi

Sakit gastrik bukan boleh dibuat main-main tau sebab sangat lah, sakit. Dan jika anda berpotensi mengalaminya (lebih-lebih bila nak puasa ni kan) elok jika anda jadikan senarai makanan ini dalam kehidupan seharian dan makanan-makanan ini tidaklah setawar yang anda sangka!

Kerana sakit gastrik ini berada di perut, adalah wajar bagi anda untuk memastikan makanan yang diambil tidak akan menyebabkan perut terganggu lebih dari sepatutnya (perut orang gastrik ini agak sensitif sket), di mana ia disebabkan oleh kandungan asid hidroklorik dalam perut.

Oleh itu, makanan yang sesuai adalah yang jenis wholesome gitu, bersifat alkali dan bagus untuk kurangkan sket keasidan dalam perut.

Asid perut orang gastrik ni special betul!

5 Jenis Makanan Untuk Sakit Gastrik

Karbohidrat

Karbohidrat diperlukan untuk tubuh kerana ia membekalkan tenaga segera (cuma masalahnya, kita ambil terlebih-lebih ni ha..seperti yang dibuktikan dalam diet Atkins). Namun untuk sakit gastrik, sangat elok untuk mengamalkan makanan berkarbo yang bersifat kompleks (roti gandum, beras perang..) kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan, dan tidak memberi kesan kepada insulin anda (dalam jangka panjang)

Protein

Sumber protein sangat bagus untuk diamalkan (malah nisbahnya elok melebihi sumber karbo jika anda mengambil sumber karbo simple yang banyak cam nasi putih, roti putih..hehe) kerana ia buat anda kenyang lama, dan khusus untuk gastrik, protein ini akan sedikit sebanyak mengurangkan  kesan gastrik nanti.

 Kupasan lanjut tentang aspek ini, Shai ada terangkan lebih terperinci mengapa dalam ebook gastrik. Baca di akhir post ini ya.

Protein yang bagus adalah yang bersumberkan tumbuhan yang lebih mudah dihadam, diserap, dan tidak akan menyebabkan simptom gastrik anda bertambah teruk.

Protein yang bersumberkan ikan juga bagus kerana selain protein yang lembut untuk gastrik, ia juga bersifat anti-inflammasi, membantu untuk redakan kesakitan gastrik itu.

Khas bagi yang mengalami gastrik, eloklah elakkan terus sumber protein daripada susu/produk tenusu kerana ia dikhuatiri menyebabkan gastrik lagi teruk (azab gastrik ni wehh). Melainkan perut korang boleh tahan, sebab susu/produk tenusu jenis berasid.

Sayuran Dan Buah-Buahan

Ini wajib kot, kerana sayuran dan buahan ni bersifat alkali dan penuh dengan vitamin dan mineral. Pastikan jangan ambil yang peberet je – pelbagaikan untuk cukupkan spektrum nutrisi vitamin dan mineral. Kalau tak, kena cari alternatif lain dengan supplemen yang dibuat dari tumbuhan lah.

Air

Air ni haruslah kan dan anda perlu dapatkan jumlah air yang cukup (1 liter untuk setiap 25kg) supaya dapat buang toksin, cuci darah, serta memperkemaskan aliran tubuh.

Untuk sakit gastrik ni, air kelapa pula sangat membantu untuk redakan sakitnya.

  • Mengandungi elektrolit untuk keperluan aliran dalam tubuh
  • Meneutralkan inflamasi tubuh
  • Mengurangkan rasa sakit gastrik nih

Sebab air kelapa ini disenaraikan sebagai penawar segera dalam meredakan serangan gastrik. Baca sini ya. Pada masa sama, air masak kena cukup jugak tau.

Probiotik

Biasanya orang yang sakit gastrik ni, disebabkan bakteria H.pylori jadi amalkan makanan yang mengandungi probiotik cam supplemen probiotik, tempe, yogurt, dan kimchi untuk neutralkan bakteria tersebut dari menganggu perut anda

Ni kumannya. Kerjanya buat bocor dekat lapisan perut korang, dan menyebabkan gastrik. Kupasan tentang bakteria ini ada Shai jelaskan lebih terperinci, dalam ebook gastrik yang Shai tulis. Kredit: fermented-foods.com

Ada supplemen probiotik yang dijual di pasaran, dan salah satu jenama yang Shai percaya adalah daripada 21st Century (digunakan turun temurun oleh mama. La ni Shai tambah dengan jenama Shaklee sekali).

Ada 8 CFU dalam setiap kapsul. Kira bagus kerana cadangan memilih supplemen probiotik haruslah dalam julat 5-10 CFU.

Makanan Yang Elok Dielakkan Untuk Sakit Gastrik

Secara ringkas, apa-apa makanan yang memberikan kesan inflamasi (kecederaan) pada dinding perut tu elakkanlah – ia termasuk:

  • Makanan yang bersifat asid
  • Minuman yang mengandungi kafein dan bergas
  • Makanan yang diproses, fast food tu sangat no-no

Contoh mudah, ikuti senarai makanan di bawah.

Contoh makanan yang bagus untuk gastrik, GERD, dan heartburn (pedih ulu hati). Sumber: http://cloudmind.info/

Tabiat Bagus Untuk Sakit Gastrik

Orang sakit gastrik ni ada sedikit songehnya dalam makanan harian, maka elok langkah-langkah ni diamalkan agar perut tak mudah nak meragam je.

gastrik

Pengalaman Shai Sendiri Kena Gastrik

Saya pening dan tak fahamlah Shai. Banyak saya baca tentang gastrik ni sampai keliru mana yang boleh makan atau tidak. Sakit ni pun tak hilang2. Shai ada tak apa-apa cadangan untuk selesaikan gastrik saya?

Boleh ja, sebab Shai sendiri pernah alami isu ini (paling latest di boleh baca di sini, itu pun mujur tak sampai sehari) dan pernah lihat sendiri depan mata bagaimana ayah Shai dapat rawatan sebab gastrik dia, sampai kena jahit usus.

Duit berhabis untuk rawatan hospital tu tak payah cakaplah, belum kira lagi makan kena sorok2 sikit sebab nak jaga hati yang sakit gastrik.

Pergh..penangan makan samyang pedas punya sampai terpaksa habiskan rm10k sebab ada isu dah dekat usus. Akak ni kena, kita yang makan tak betul dan teratur pun sama ja risikonya[/caption]

Jadi Shai tahu sangat lah bagaimana seksanya kalau kena gastrik ni. Kalau korang whatsapp Shai kata sakit dan seksa. Ye, Shai faham korang sakit tu.

Percayalah, sekali anda terkena gastrik, anda mungkin akan mengalaminya sehingga bertahun-tahun, disebabkan lining usus di perut yang dah tercedera akibat asid dan bakteria penyebab gastrik. Shai pernah terkena masa kecil dan sungguh tak nak laluinya lagi.

Untuk itu, Shai sediakan untuk korang satu panduan mudah, untuk korang ikuti dalam selesaikan isu gastrik korang. Dalam panduan ini, Shai tekankan prinsip untuk target gastrik dari puncanya iaitu pemakanan dan amalan-amalan melawan gastrik, serta menguatkan sistem penghadaman dalam tubuh kita ni.

Chup: Ia bukan untuk ganti ubatan doktor. Malah ubatan doktor tu juga membantu merawat simptom2 gastrik yang korang alami. Apa yang panduan ini tekankan, adalah ia boleh diamalkan sekali dengan ubatan korang dapat tu.

Dan take note juga, sebab ini faktor dalaman iaitu pemakanan; faktor luaran seperti tekanan juga boleh menyebabkan gastrik, termasuklah yang tak pernah kena gastrik2 pun boleh sekali. Klik sini untuk baca ya.

Bagaimana Hasilnya Shai, Sekarang Gastrik Lagi Tak?

Hasilnya, kali terakhir Shai gastrik teruk masa 2,3 tahun lepas, dengan paling2 last pun masa nak puasa hari Arafah tu (gatai ratah cili tumis begitu saja masa waktu sahur, memang mendapatlaXD) haha.

Dan sehingga hari ini, tiada simptom2 gastrik dialami dah, dan alhamdulillah Shai boleh ja makan yang biasanya menjadi pantang dalam gastrik iaitu kopi, makanan yang pedas/berempah  dll. Alhamdulillah.

Nak ceritanya, lepas ni kalau korang dapat makan sekalipun tanpa fobia lagi. Apatah lagi terliur je tengok member makan hehehe.

Member makan nasi goreng ayam. Korang makan bubur ayam je ye dok. Ish..tak nak lah macam tu *gesekan biola sedih

Jadi korang macam mana? Nak biarkan je sakit gastrik korang datang (macam gambar bawah ni) atau nak start kuatkan balik perut tu? 

Sakit pedih ulu hati macam ni lah yang buat kita nak cari rawatan gastrik secara segera

Kalau korang nak ikhtiar dengan panduan ini, serta Shai guide sekali korang ikut panduan tersebut dan sediakan konsultasi khas untuk korang, klik dekat sini.

Cuma tahan sabarlah ya sebab kalau Shai buat konsultasi ni akan berjela-jela punya cerita untuk bantu korang dapat info yang penuh (selain tak reti nak adjust2 info, asal berkait semua aku cerita, macam testimoni ini).

Untuk senarai testimoni terkini hasil konsultasi dengan Shai, klik aja di sini. Atau baca post2 gastrik ig @panduangastrik

Perbincangan simptom dan langkah pencegahan gastrik. Banyak lagi whatsaap chat gini, panjang berjela semuanya 😛

Okeh, tak perlu cerita panjang. Panduan yang dimaksudkan adalah di gambar ini, klik jika serius untuk setelkan habis masalah gastrik korang

Panduan dibekalkan dalam bentuk 1)ebook, 2) booklet buku fizikal, dan 3)konsultasi/follow up

Bacaan lanjut

86 Comments

  1. Sy dh smmgu kena gastric..LG pn sy tgh pregnant. Sy keliru ape yg blh d mkn n ape X blh d mkn..nk mkn pn rase takut ni…dkt 4 jam mengharungi derita dh muntah pn msh sakit jg..nk ddk baring buat itu ini serba x kena Jew…biase la kn..time pregnant ni,semua nk msk je sbb lapar ..so dh 36 weeks ni..kena la slow sikit mkn..x blh lbh2..

  2. Lengkap infonya. Bagus untuk geng-geng gastrik yang selalunya tak sedar diri asyik nak makan yang sedap-sedap tapi dalam tak sedar memudaratkan. Mohon share posting ni sis. Terima kasih.

  3. Oatsmeal boleh ka dimakan ..saya gastric loya2 perut pedih bila kosong

  4. Alhamdulillah.sy 3minggu lepas start kene gastrik pertama kali.skg ni elok la xde kne ape2 serangan ke ap ke.puase pun elok hr ke3 dh ni.sy ni jenis boleh perut lapar.jd sy nk tanya btul ke sy ni kne gastrik? Umum mngetahui gastrik xbleh blapar.sedangkan sy elok je.sebab sy tau kne gastrik sebab 3minggu lps sy sakit perut.senak mcm kne penumbuk.mcm kne penendang.spnjang mlm.???.huh berpoloh2 jgk mnahannye.kihkihkih.semenjak 3minggu ni sy mcm dah lifeless yela smue bnde xboleh mkn.??.sedih air teh xboleh minum.teh o xbolh.minum air masak kosong je.tp yg eloknye hikmahnye.kite dah xminum manis.minum air kosong je?.hmmm bulan puase ni sy punye favourit bubur kanji(org perak panggil bubur lambuk)kanji daging ke pun sedap.tp takut pny hal.tahan je la.tp ap yg pasti sy xboleh mkn berangin2 klau x perut masuk angin.senak mcm kne penumbuk.hrtu sy mkn msak lmk labu.mk sy pun xingat labu tu MEGA ANGINNYE.??.mujur serangan penumbuk tu kejap je dlm sjm.jd sy nk tnye btul ke sy ni kne gastrik? Sedangkan perut sy berlapar elok je?? alhamdulilah syukur pd allah dpt mnjlani ibdh puase.ataupun sebab alasannye sy msih baru.atau mcm mne ni sis?

    1. Simptom2 gastrik ni atas individu juga, tak boleh standard dalam kelompok tetap n sama dekat semua orang tapi tu lah, isu yang cikpuan alami ni menunjukkan tanda2 gastrik, sebab datang angin/sebu tu, walaupun berlapar tiada masalah gastrik. Yang pasti, bila gastrik ni, makan kena sangat9 berjaga

  5. Sis.sy takut skg ni.sy dah xnak rasa senak perut bpnjangan.sgt mnyeksakan.syukur alhamdulillah dah 3 hr sy ok.tp takut dia dtg blik.sy nk tnya produk agp alkalising green plus ok x?sy ingat nak order la.smnjk kne gastrik ni sy bpntg dh xnk makn mknn sgra.xnak makan lemak2 minyak2.minum air masak je.pastu kdg2 buat jgk air milo tanpe gule.sy mnyesal sngguh2 sbb xdgr ckp mak spye bhnti minum air rendaman asam keping.seeeddiiih.setiap minggu skali sy mesti minum.jd ni mesti punca sy kene gastrik.yela asam keping kan mega masamnye.jd soalan sy ok ke produk agp tu?ingat nak order skotak.

    1. Ada rupa gastrik kronik tu. Dan pada masa sama, saya tak dapat nak rekomen secara total penggunaan alkalizing green plus, sebab saya tak pernah cuba (ada nak bagi saya sample? XD). Jadi sebaiknya tuan boleh dapatkan nasihat penggunaan direct daripada seller tersebut 😀

    2. Shai tak dapat nak suggest kesesuaian produk tersebut utk sis ni, sebab Shai belum pernah guna (ada nak sponsor sekotak utk Shai review? hehe). Jadi yang boleh Shai suggestkan adalah dengan ikuti tips2 yang Shai kongsikan di blog ini ya

  6. Sy da hmpir 2 minggu alami gastrik.. pedih perut tu xde sgt.. cuma lps mkn akan mual, perut kembung, mlm2 je rasa berangin smpai ke kepala n pedih ulu hati.. ambil ubat kapur br lega sikit.. tp klu silap mkn sikit.. terus cirit birit. penah smpi 5pg.. probiotic mmg ambil setiap pg dlm 2 mggu ni.. mcm mne nk atur pemakanan ye. rasa da pntang mcm2 da.. 🙁

    1. Baru pertama kali atau dah lama ya alami gastrik 2 minggu tu ya sis. betul tu, masa gastrik tengah datang, silap makan sikit memang dia terus datang. Selain daripada makanan2 yang disenaraikan dalam post ini, mungkin sis boleh amalkan penawar2 ini utk penyelesaian, sebaik sahaja gastrik tu datang. sis klik sini ya. Atau nak lagi mudah, sis boleh cuba dengan gunakan panduan gastrik, dalam tu Shai dah sediakan siap dengan senarai makanan/minuman yang boleh diambil waktu gastrik, senang tak pening2 dah 😀

  7. Sy baru 3 hr lepas start kene gastrik.senak perut berpanjangan spnjang mlm.kesokan hr sy terus gi hspital takut pnye pasal.saya nk tanya betul ke air kelapa elok diminum? Saya nak tanya yogurt jenama ap yg elok dimakan? Air milo boleh minum kan?

    1. Umumnya air kelapa bersifat memulih, tiada masalah utk diambil. Begitu juga dengan yogurt n air milo. Lain orang, lain pantangnya dalam gastrik ni.

      Paling2 penting, sumber karbohidrat /gula kena jaga sebab ia makanan kepada kuman gastrik ??refer kepada senarai makanan karbohidrat kompleks, itu yang dicadangkan berbanding karbohidrat biasa?

  8. Sy pesakit gestrik teruk agak brapa tahun sudah..smpikn berat trun mendadak selama 3tahun ni….68kg sehingga skrg 49kg…sangat sensitive kalau sy slh mkn.mknan bminyak,ais bges…sejuk.lansung xsentuh.mkn sikit sikit setiap 3jam…skrg cuba minum susu sbb bdan lesu dan cpt letih……mula mula ok je minum susu.tp sejak seminggu ni….sy sering muntah masam.amalkn.susu bru setgh bln….mula tru ensure…lps tu tkr….perlukh sy stop.minum.susu?

    1. Jika dah lama dan berterusan alami gastrik Shai assume dah serius dan sensitif, iaitu silap sikit memang gastrik datang. Ya, jika susu menjadi isu kepada tuan/puan maka susu tu jugalah kena dielakkan. Tuan/puan perlu maintain berpantang makan dan elakkan apa sahaja yang boleh trigger gastrik tu datang

      1. Salam..sy skg ni tgh kne gastrik..rasanya gastrik angin.sy x lh nk muntah ..kdng2 skit kt dada..yg jadi masalah sekarang ni perut kembung..sampi sesak nafas ..x blh nk tdo…ubat gastrik yg doc bg dh hbs.mkn..apa cadangan tuk sy kurangkan angin dan sesak nafas

        1. Wassalam wbt cikpuan. simptom angin ini adalah antara isu terawal yang dialami dalam gastrik, kalau dah sampai sesak nafas (Shai assume juga ada isu jantung berdebar?) dah kira kronik juga gastrik ni. Adakah hari2 cikpuan alami simptom ini? Sebagai cadangan, mungkin panduan gastrik (klik sini)boleh membantu cikpuan. Sebab Shai juga pernah konsultasi yang alami isu sama dengan cikpuan juga 😀

      2. Susu xboleh utk gastric
        Saya pun baru tau kna gastric dah dkt 2 minggu mual2 ..perut pedih rasa berasid bila kosong…hari2 loya ..oatmeals bagus kan utk gastric..itu je yg cepat ready utk dimakan

        1. Betul tu, kalau simptom gastrik datang akan loya. Malah sebu n pening disebabkan gas n asid berlebihan disebabkan kuman gastrik. Oatmeal salah satu makanan karbohidrat kompleks ia bagus untuk diamalkan

      1. Susu umumnya tak sesuai/perlu berjaga2 sebab sifat asid nya. Namun, susu bergantung kepada individu juga tuan, ada orang perutnya ok, ada yang tak boleh langsung

    1. Wassalam wbt ksk su. 😀 Fb Shai ada dekat icon fb atas tu. Cuma Shai tak berapa aktif dlm fb, fokus dekat instagram dan twitter skrg ni hehe.. Kak su nak tahu lebih lanjut tentang isu gastrik yang dialami ya? Kak su boleh contact Shai di whatsapp, link ke whatsapp ada di page ini. Klik sini ya kak su:

    1. Maaf ya tuan/cikpuan. Ilmu dan info yang Shai sediakan untuk membantu mereka yang mengalami sakit gastrik ni memang benar ilmu dari Allah. Dan kita boleh cari ilmu berkaitan melalui kajian buku2 dan artikel kesihatan berkaitan sakit ini.

      Cuma tu lah, banyak masa perlu dihabiskan dan tambahan masa diperlukan untuk kenalpasti mana satu cara yang sesuai untuk diri. Dan panduan gastrik yang Shai sediakan ini pastinya menjimatkan masa kerana semuanya telah tersedia untuk dibaca dan diamalkan, hanya dengan harga RM30 sahaja sebagai mahar. Harga pun hanya bayar sekali, tetap dapat edisi yang paling terkini (ada saja ilmu terbaru, Shai terus update dekat ebook yang sama sahaja). Siap dengan konsultasi dengan Shai, secara percuma.

      Dan harga ni pun tetap ja Shai sendiri decide nak set bagi murah2, sekadar mahar panduan ni ja, berbanding dekat klinik nak jumpa doktor pun lebih dari harga tersebut (belum kira lagi ubatan, apatah lagi kos nak operate). Apalah sangat harga ni, kalau dikira dengan testimoni penggunaan panduan gastrik seperti di sini. Klik kink di bawah ini ya. Semoga penjelasan ini membantu tuan/cikpuan :D.

      http://shairyan.com/2018/03/19/update-2018-testimoni-terkini-ebook-gastrik/

  9. Sy skg tgh pregnant 4m…n skg gastric makin teruk…bila muntah mmg tramat masam wlupn sy amik mknan manis..sy nk tny probiotic ni ssuai x untuk org mngandung mcm saya…

    1. Probiotik tiada masalah cikpuan. Samada dalam bentuk supplemen ataupun makanan

  10. Sis Knp Kalau kita kena gastrik Lepas makan nasi n ubat kapur tu asyik muntah je, badan pon rasa lesu sesangat. N Soalan terakhir Buah yang MCM mana pesakit gastrik Boleh makan&boleh tak Minum air sejuk Dalam peti sejuk?

    1. Betul tu, asyik muntah pastinya buat badan lesu sangat…adakah sis telah lama alami gastrik, sebab dinyatakan lepas makan nasi n ambil ubat kapur. Dah lama ambil ubat kapur ni ya?

  11. Sya bru kali ni kene gastrik yg teruk..makan cukup n banyak..tp cepat lapar sis..tp pedih perut xhilang..mkn ubt pn ttp je kene..dh pantang mkn..runsing..

    1. Adakah ini pertama kali tuan mengalami gastrik, dan telah mendapatkan nasihat doktor? Jika masih berlanjutan, mungkin panduan gastrik yang saya sediakan boleh membantu tuan juga sebagaimana ia telah membantu yang lain. ? *Update: Whatsapp hanya untuk yang mendapatkan panduan gastrik untuk konsultasi menyeluruh, di sini ya

  12. Minggu leaps days mana gastrik for first-time sesak nafas dan rasa pening semasa junpa doc dia cakap angin di badan berlebihan bagaimana cara nak buang angin dalam badan saya xdpt makan apa2 makan saja perut rasa berat dan susah nak nafas adakah ini condition serious apakah yg saya patut lakukan.

    1. Ya benar tuan. Ia adalah salah satu simptom gastrik yang terawal. Untuk itu, tuan boleh mula amalkan teh halia panas, serta minum air suam setiap kali minum (elakkan yang berais sementara waktu)

    2. Asmlkom dah dua bulan saya kene gastrik nie,kali ni yg palingketarq skit sampai angin/asid penuh 1badan sampaikan skunk ni pun hidong susah nk bernafas sekali sekala,adakalanya kerap jugak susah nak lepaskan bila nak bernafas.sampaikan doctor shorkan saya tuk buat ECG permeriksaan jantong,hasilnya jantong normal tidak sumbat,bila saya ajukan soalan pd tuan doctor knp susah nak brnafas.jwab tuan doktor angin trlalu byk dlm badan dan asid itu yg sebab susah nak nafas sekali sekala.bila saya letak kan sapukan aikit #vicksvaporub baru la lega senang brnafas. Jdi apa yg dpt sist bantu serba sedikit dlm case saya nie

    3. Dalam seminggu ini saya mengalami gastrik sehingga mengalami sakit dada, harap boleh bagi panduan.

      Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang berguna.

      Norris

  13. Selalu mkn je dh muntah dan angin masuk je kalau mkn sayur pun mcm itu je salalu mkn ubat gastrik dan ubat angin je.. nk gi krj pun x blh..minun air halia pun same je

    1. Cikpuan/tuan berapa lama gastrik ya. Shai nak offer penyelesaian pun, memerlukan info penuh daripada cikpuan/tuan. Jika tidak keberatan boleh whatsapp Shai dan inshaa Allah boleh Shai carikan penyelesaian yang terbaik, berpandukan panduan gastrik dan juga konsultasi sepenuhnya 😀

  14. Kalau angin datang memang selalu dok diam tgk blog, sambil tu pasang mp3 ayat ruqyah ke apa apa ayat syifa,saya ada ambil shaklee, tapi bila makan yang padas perh rasa tak sedap perut,soalan pisang boleh makan ke kalau gastrik?

      1. Assalam Shai. Saya hafiz. Mcm saya mmg ada gastrik dan gas dlm badan. Sy slu mnum susu tepung nespray full cream. Sbrnya, mmg x elok ke minum susu tepung? Satu lg, blh ke saya minum Horlicks? Sb sy dgr org kata mnum susu baik utk gastrik. Mnta pencerahan plz.. sb sakit kepala smpai atas kepala. Bl buat CT Scan Brain, otak sy ok ja.

  15. Saya dah dekat sbulan ,setiap hari mkn pantang ke tak ke tetap perut kembung, susah sendawa , nak drive susah , pening nak pitam. Mmg mcm ni ke gastrik? Dia hari2 kacau?

  16. Jazakillah.. atas perkongsiaan ilmu yg sgt membantu.. semoga Allah mudahkan urusan sis ye..

    1. Bergantung kepada diri juga sis. Ada orang sakit gastrik susu apa pun tak boleh minum. Ada yang boleh, cuma kena berpada-pada. Keserasian makanan ini, perlu ditentukan sendiri dengan kaedah cubajaya ya. 😀

  17. Assalamualaikum sy nk tanya kalau gastrik sebenarnya boleh ke x minum susu sbb ada yg kata boleh ada yg kata x boleh..macam mana ye

    1. Wassalam wbt sis. Gastrik by right tak berapa sesuai minum susu kerana ia sendiri bersifat asid. Namun jika boleh dan serasi tiada masalah. 🙂

  18. Salam puan admin. Sy sedang berdiet atkins seminggu da. Dari smlm sy perut sy rasa kurang selesa. Ulu hati pedih. Mlm tadi sy muntah sampai da tak ada apa dlm perut sy. Kepala pening mcm nk pitam. Sy mmg ada gastrik. Pagi ni rasa kurang sakitnya. Patut ke sy teruskn diet sy tu?

    1. Atkins tak sepatutnya menyebabkan puan gastrik, kerana daripada dua faktor:1) tak boleh berlapar, makan ja asalkan yang lulus ikut fasa; 2) pengambilan sayur, lebih2 lagi sewaktu induksi, fasa 1. Jika puan memang ada gastrik, tidak mengapa teruskan diet atkins jika mahu, hanya adjust mana yang perlu.

  19. Salam kak Shai. Sebenarnya kalau org yg gastrik ni dia elok x makan maggi? Sbb kwn saya ni dia suka mkn maggi. Kemudian tidak menjaga cara pemakanan yang sepatutnya mengikut masa. Jadi bile kena gastrik tu dia jadi teruk. Mcm mana ya nak nasihat dia?

    1. Bakar stok megi dia. XD Atas diri sendiri yunk. Kita tegur sekali dengan baik dan berhemah, dia belum mahu terima biarkan ja. Doa dalam diam semoga dia sedar. Kalau nak berkias2 boleh juga. Ada orang dah kena sekali gastrik dia tobat dah nak makan tak berjaga, ada orang kena berkali2, sampai ke tahap tak boleh patah balik baru nak baiki cara pemakanan yang betul, ada yang takda kesempatan langsung, untuk ada peluang nak perbaiki semula. lumrah hidup gitu 😀

  20. assalamualaikum, baru 3 hari yg lepas saya kena sakit yg sangat kuat… mulanya lepas makan bahagian Ulu hati rasa x selesa, makin lama makin kuat, sampai saya Betul Betul dah x tahan, tiba tiba jantung terus berdebar sgt laju dan susah nak bernafas… adakah kerana gastrik…?

    1. Jantung berdebar laju (palpitations) ada juga kaitannya puan. Simptom2 lain yang puan tuliskan juga menjurus kepada gastrik. Puan baru pertama kali kena ya? Sebaiknya puan dapatkan nasihat doktor dahulu kerana ada simptom jantung degup laju.

  21. Salam, nak tnya skit.. Slh stu simptom y paling btkan sy x slsa ialah muntah dan mual.. Dsbbkan kentut x lalu, angin prgi ke bhgian dadah dan rsa ingin muntah dan mual shja.. Mmg skit gestrek ada simptom2 bgtu ke?

  22. Saya Sakit Dada sebelah kiri mencucuk2 ingatkan sakit jantung. Last2 gastrik.. Sakit sampai tak lalu nak makan duduk bdiri semua tak kena. Boleh tlong syorkan mana2 ubat tak? Prgi jumpa dokter bagi ubat yg sama dh tak bkesan. Tolong info sikit ubat terkini.trima kasih..

    1. Mohon cikpuan pm di fb atau whatsapp saya terus?Saya perlu tahu lebih lanjut juga simptom yang dialami, ubatan yang diambil dan pelbagai aspek untuk cadangkan ikhtiar yang sesuai 😀 *Update: Whatsapp hanya untuk yang mendapatkan panduan gastrik untuk konsultasi menyeluruh, di sini ya

      1. Sy tgh pregnant…36 weeks..tp dh 1 week kena gastric…nk thu ape yg blh d mkn n ape yg X blh d mkn..arini saje dh 4 jam mengharungi derita…blh tlg sy

        1. Maaf cikpuan kerana lambat membalas ya, komen cikpuan tak naik dalam comment section di sini. Cikpuan boleh klik di link di akhir blog ini, n skrg mesti dah bersalin kan jadi pemakanan untuk berpantang sedikit sebanyak boleh juga membantu untuk gastrik ^.^

  23. Saya dh 5thn ada penyakit nii…mkn ubt mcm2 still x baik…so sabar je bila penyakit tu nk maii…

  24. Saya dh 5 thn dpt gastrik…n smpi skrg masih ada…mcm2 ubt mkn still xbaik…sakitnya x terucap dgn kata2….

      1. Uish 2 hari? tuan/puan ada pergi klinik untuk pastikan dahulu? Teruk bunyinya ni

  25. Sis..saya ada gastrik..masuk kpj mula2 kena susah nk bernafas.. ingat jantung problem..buat engiogram doc kata jantung normal..so dada masih lg rasa sakit sebelah kiri..kadang naik sampai ke kepala…saya bingung sampai bila gastrik ni ada reda..adakah pesakit gastrik yg lain rasa seperti saya? Kongsikan

    1. Ada yang tidak dapat sembuh, sekadar mencegah, ada juga yang boleh sembuh sepenuhnya – bergantung kepada kondisi gastrik kita melarat sampai mana, dan kadar bakteria penyebab gastrik itu juga tuan. Solusi terbaik, ialah melalui nasihat doktor, jika perlu ubatan, serta amalkan cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik, secara tak langsung akan mencegah daripada sakit berulang lagi, maka sel2 yang cedera akibat gastrik dapat dipulihkan, inshaa Allah. Untuk ikhtiar, boleh lihat di post ini http://shairyan.com/2015/07/17/penawar-segera-untuk-sakit-gastrik-teruk/. semoga membantu!

  26. assalam..sy bru menjadi ahli gastrik sejak 3 bln lps ?..mlm tadi pergi hospital sebab dh 3 hari rasa angin bermain di dada..setelah ujian darah dan ECG dibuat alhamdulillah bukan masalah jantung atau sebagainya..cuma angin gastrik..doc bagi ubat syrup apa nama ntah mcm kapur tu..alhamdulillah ada rasa kurang angin gastrik tu..adoiiii Allah saje yg tau penghidap gastrik ni..mcm2 dlm kepala otak berfikir apa punca penyakit dan mcm mna nj mengatasi..trm ksh dgn info MOMMYLOTIE..mudah2an dpt membantu utk sy

    1. Sadisnya panggil ahli gastrik. :_D. Benar tuan, ubat kapur biasa saya dengar. Kerana ia bersifat base, untuk neutralkan asid yang terlebih dihasilkan. Sama-sama tuan, semoga info sedikit sebanyak di post ini membantu orang lain seperti mana membantu tuan, agar tidak terganggu dengan masalah gastrik lagi. (sebab ramai sangat pm kat fb n whatsapp saya pasal gastrik ni).

    2. Hehe…sama la kita.ahli baru..Ingat jantung juga rupanya angin gastrik..selamat berpantang bro…

  27. dah 4-5 hari saya rasa sakit di bahagian perut saya memang ada gastrik tpi yang ni paling teruk i wake up every morning ambik breakfast semua tapi perut msih rasa sakit tambah lagi bdan saya rasa sakit semua dan tak boleh tdur boleh jelaskan knapa bnda tu terjadi?

    1. dikhuatiri gastrik tuan dah melarat ke bahagian lain? Kerana tuan dah lama mengalami sakit gastrik ya. Saya nasihatkan tuan untuk mendapat nasihat dengan doktor untuk rawatan dahulu sebelum langkah mencegah

  28. sya nie sakit perut dh 3 hari dari 3/3/2017…pastu perut mcm mengembung sedikit….dan terasa sakit..kadang² menggaggu tidur sya…. apakah sya nie kena gistrik?? dan apakah langkah yg perlu sya ikuti untuk saya atasi sakit perut nie…..

    1. Macam simptom bloating juga ni. Mungkin banyak makan yang tinggi asid/pelbagai jenis makanan bercampur2 pada satu masa? Makan berserat dahulu (roti gandum, oat) untuk detoks usus dahulu sebaiknya

  29. Petua dr Guru yg mengajar sy…
    Amalkan minum air rebus “bunga betik jantan” setiap hari… InsyaAlloh…

  30. Saya ada gastrikk jgk. Berat badan dari60kg now dh 53kg . Makn apa pun muntah sangatlh perit. Jrang merasa kepuaasan mkan skrang ni. Buah pissag amat membantu saya bila lapar. Buah yg beerasid xsesuai ntuk saya. Mcm lemon atau oren. Mkann berminyak atau pedas lagi xboleh mkn. Mcm mana saya nk pulihkn gastriik? Ianya boleh kena cancer ke? Tak berbhaya ke kalau ngadung

    1. Maaf atas kelewatan membalas komen sis ya. Hati2 tau, gastrik berulang kali boleh berisiko untuk cancer (stomach cancer biasanya). Setahu saya, kalau yang keturunan biasa kena, hanya perlu pantang makan tertentu dan berhati2 agar tak terkena gastrik. nak pulih 100% tu saya tak pasti, sebaiknya minta doktor tengokkan. Mana tahu, ada peluang sembuh sepenuhnya. insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge