Mencuba jadi Freelance Pelukis Komik

Dari dulu lagi, tabiat melukis sukar dipisahkan. Dari kecil (darjah dua secara spesifiknya) bila doodle2 je tengok comey pulak karakter Doraemon yang dilukis. Terus try buat Nobita, Shizuka, dengan Suneo (Giant anti sket) dan tak sangka menjadi.. kawan-kawan pun kagum tengok. Terus tak pandang belakang. Cewahhhh…

Sejak tu tangan asyik nak melukis je. Bermula dengan melukis karakter Sailormoon, perlahan-lahan improve stroke dan gaya lukisan tersendiri sehingga memang ada rupa lukisan yang nampak cam anime. Hihi..

Dan percaya tak, kita lukis pun tak guna panduan ke apa, yang biasa dilatih dalam silibus lukisan tu – semuanya belajar dari kosong dan dengan konsisten – dari anatomi, keseimbangan karakter, shading dan efek cahaya, dan of course lah, style anime tersendiri.

Kerana minat, sanggup nak stay up (sampai pukul 11pm je, tapi dah dikira lewat untuk budak kecik oke) semata-mata nak siapkan lukisan.

Yang kelakarnya, ketika dalam nak mengasah kemahiran melukis tu, dengan kawan yang impressed tengok, kita start jual komik lukisan sendiri. Plagiarize lah sket, adaptasi dari pelbagai komik dan basically kita fokus pada karakter ala-ala Sailormoon tu. Haha..

Beli buku tulis kosong dekat cikgu RM0.60 sekeping, lukis seminggu sampai penuh buku tu, then jual kat kawan RM1. Berbaloi tak? XD

timmy time

Akibat tabiat melukis menjadi-jadi tu, kena grounded juga dengan arwah papa untuk stop masa darjah 6, sebab nak ambil UPSR. Pressure woo jadi anak sulung, sebab first ambil exam, everything kena perfect. :__)

Takpa, lepas UPSR dapat 5A, apa lagi, sambung melukis bagai nak gila je.

Pernah juga hantar lukisan ke beberapa peraduan tapi tak menang apa pun.. mungkin kita lukis tak umph lagi kot.

Sekarang ni masih melukis?

Dan tabiat melukis ni sehingga hari ni. Walaupun sekarang tak fokus sangat pada karakter, lebih kepada painting lukisan pemandangan ja..untuk decorate dinding (serabut tengok kosong je takda hiasan).

Di samping adik bongsu pun minat melukis anime (ambil engineering) jadi lukis2 kat tablet dia, kita tunjuk ajar sket dalam improve lukisan/karakter dari segi anatomi, shading cahaya dll.

Untunglaa.. adikku lukis pakai tablet, kalau silap boleh CTRL-Z je. -.-“ Kita silap lukis habis relai pemadam kesayangan.

ctrl z

Ni antara contoh painting yang kita buat sekarang ni, saja-saja sebagai hobi dan untuk decorate rumah ni. J

carrot painting
Taken from my IG, klik sini ya. 😀

Jangan tanya mana pergi komik yang dilukis..dah jual kat orang dah ha.. XD

Nak kita publish tak sketches kita? Kalau ada permintaan, boleh ja..sudi-sudi komen ya. malulah..hihi

Bacaan lanjut

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge