Bagaimana Senaman Membantu Untuk Gastrik


Betulkah senaman membantu untuk gastrik yang saya alami? Bergantung kepada jenis senaman yang dilakukan, mengamalkan rutin senaman secara konsisten boleh membantu untuk mengurangkan isu dan simptom gastrik yang dialami. Sungguh. Sebab min sendiri pun amalkan juga. 😀

gastrik, gerd, heartburn, pedih ulu hati, senaman membantu gastrik

Bercerita tentang gastrik ni takda lain selain sakit. Mana taknya, makan itu tak kena, makan ni pun salah, lepas tu pedih dan sebu memanjang sampai pening kepala ja. Terganggu kerja tu satu hal, belum kira lagi sakit tu dekat background menganggu kita ja. Hehe..

Min tahulah sebab min pun kena. Boleh baca post personal di blog personal min tentang gastrik, di sini.

Jadi untuk isu gastrik yang korang alami ini, bukan sahaja pemakanan dan ubatan doktor kena diambil, malah senaman juga boleh membantu untuk mengurus dan mengurangkan sakit gastrik yang dialami.

Ia juga termasuk dalam salah satu cadangan doktor tau. Jika faktor berat menjadi punca gastrik korang, memang kena disuruh bersenam sekali termasuk tukar cara pemakanan. 😀

Take note ya: sedikit sebanyak, jika korang alami GERD, acid reflux, heartburn (pedih ulu hati) dsbg, tips dalam artikel ini juga membantu sebab sakit2 yang disebutkan ini dalam himpunan sakit yang lebih kurang sama.

Pada masa sama juga, mengambil kira rutin senaman yang sesuai ketika tengah gastrik pun kena diambil kira juga, bukan boleh main taram ja. Sebab masa gastrik ni asid berlebihan masih ada dalam perut tu; ko pergi penyek perut tu nanti karang asid naik ke saluran tekak lagi pedih tekak tu karang.

Kebaikan Senaman Untuk Mengurankan Gastrik

Apakah kebaikan mengamalkan senaman untuk kurangkan isu gastrik yang dialami?

  • Membakar lemak yang tersimpan (lagi-lagi kalau korang ada lemak yang salut organ iaitu visceral fat) yang seterusnya mengurangkan tekanan di bahagian perut dan sistem penghadaman lain
  • Membuang angin yang terperangkap dalam perut, dimana angin tu yang buatkan simptom gastrik berlaku
  • Otot bahagian abdomen yang dilatih ketika bersenam membantu untuk kelancaran sistem penghadaman korang. 😀

Ambil kira juga sebab korang tengah gastrik ni, bukan semua jenis rutin senaman korang boleh balun ja; memandangkan jika gastrik yang masih ada asid berlebihan dalam perut, akan menyebabkan simptom gastrik korang bertambah teruk.

Tak nak lah macam tu kan.

Umumnya, apa sahaja senaman yang memerlukan korang kena bengkokkan badan dan/atau jenis impak tinggi, elakkan buat sementara waktu.

Contoh senaman seperti sit ups, bridge, atau jenis impak tinggi seperti HIIT, lari pecut, angkat berat (yang over2 tu), gimnastik dsbg. Stop untuk sementara waktu sebab ia akan memberikan tekanan berlebihan dekat abdomen.

Baca sini post di blog personal min, bagaimana tekanan yang dikatakan tu boleh buat gastrik bertambah teruk/datang balik.

Jadi, Apakah Senaman Yang Sesuai Dilakukan Ketika Gastrik?

Umumnya, apa sahaja yang jenis impak rendah adalah yang terbaik untuk sementara waktu.

Contoh senaman impak rendah

Contoh senaman impak rendah (tanpa alatan), macam dalam video ini:

Amalkan senaman ini, untuk membantu korang menguruskan gastrik yang dialami dengan jayanya. 😀 Min sendiri amalkan juga (workout kettlebell 10 minit setiap hari) sebagai langkah nak urus dan cegah gastrik dari datang, selain mengamalkan pemakanan yang sihat.

Testi min sendiri. Jadi amalkan lah juga untuk kesihatan korang, perut korang akan berterima kasih 😉

Senaman untuk abdomen/perut tanpa memerlukan untuk bengkok badan over sangat 😀

Jangan risau, dalam seminggu gitu ka apabila tubuh dah gagah sikit, boleh dah nak buat senaman yang kena tangguh tu. Waktu tu otot2 dalam telah kuat dan awet muda, dan pastinya waktu tu juga disertai dengan pemakanan yang betul untuk gastrik, simptom gastrik dapat dikurangkan dengan jayanya.

Untuk yang nak tahu bagaimana nak berdiet untuk kurus walaupun ada gastrik, min ada tulis tentang diet rendah karbo ikut Atkins, untuk diamalkan ketika gastrik (kalau korang nak), atau panduan ringkas dan padat untuk apa yang perlu dibuat, sebaik sahaja gastrik.

Share post ini kalau ada tau sapa-sapa yang alami gastrik/GERD ya. 😀

Sumber:1,2, pengalaman sendiri

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge