Supplemen Apa Yang Boleh Saya Ambil Ketika Atkins

Supplemen Apa Yang Boleh Saya Ambil Ketika Atkins mommylotte

Walaupun  penggunaan supplemen ketika berdiet adalah bukan sesuatu yang wajib, namun ia boleh jadi berguna untuk kebaikan tubuh kita ketika hendak menyesuaikan diri dengan cara pemakanan baru, lebih-lebih lagi yang strict macam Atkins ni.

Even pengasas diet ini Dr Atkins sangat galakkan penggunaan supplemen ketika berAtkins. Macam dia kata;

“Don’t even think of getting along without them!”

Jangan sesekali tak ambik supplemen langsung (bak kata dia).

Supplemen Apa Yang Boleh Saya Ambil Ketika Atkins mommylotte

Kenapa mesti saya ambil supplemen untuk ketika berAtkins?

Banyak kebaikannya.

  • Dengan kombinasi penggunaan supplemen yang betul dan konsisten akan membantu anda melalui tiap-tiap fasa dan menyesuaikan diri dengan cepat dalam diet Atkins.
  • Membantu anda untuk teruskan dengan diet (kuranglah sket kebarangkalian untuk cheat. Hehe) dengan konsisten
  • Mengurangkan simptom-simptom ketosis yang mungkin terlalu beban untuk anda (tanda ketosis yang mungkin anda akan alami ada di sini)
  • Membantu anda membakar lemak dengan kadar yang lebih cepat = cepat kurus!

Namun jika anda ok sewaktu berdiet (lagi-lagi sewaktu fasa 1), maka tidak apa pun jika anda tidak amalkan apa-apa supplemen. 😀

Apakah fat burner yang sesuai untuk lelaki dan wanita? KLIK SINI.

3317d098cb4e6df2b5d5970948874efa
idok le kena telan benda alah tu sebanyak ni

Supplemen yang sesuai mengikut fasa dalam Atkins

Supplemen untuk fasa 1 – induksi

Memandangkan makanan yang boleh diambil ketika fasa induksi adalah agak terhad (dan menyeksakan bagi sesetengah orang termasuk saya) maka pengambilan satu multivitamin yang seimbang adalah sangat digalakkan.

Multivitamin juga sangat bagus diambil sebab ia membekalkan semua khasiat asas dan seimbang untuk tubuh yang boleh kita dapatkan dari makanan. Cuma bezanya, kita dapatkan vitamin dan mineral sahaja. 😉

Mengambil multivitamin juga bagus untuk melindungi kita dari bibit-bibit ketosis yang akan melanda (yang mungkin berat bagi sesetengah orang). Contohnya kita pening yang amat bila tengah ketosis, terus kita fikir kena ambil karbo walhal sebenarnya apa yang diperlukan adalah zat kromium untuk bantu stabilkan gula dalam darah.

Malah untuk elakkan keletihan yang ekstrim (biasa berlaku di awal2 diet), dose extra vitamin C dan vitamin B lengkap sangat membantu.

Multivitamin yang baik juga haruslah seimbang, mengandungi mineral gak (bukan vitamin aje ye) yang mencukupi, selain mudah diserap untuk kesan tenaga yang segera dan berpanjangan – jadi boleh lah lalui induksi dengan steady je.

0

Sebagai extra, jika anda memiliki metabolisme yang slow (lambat sket nak bako lemak), Dr. Atkins mengalakkan pengambilan Co-Enzyme Q10 dan L-Carnitine untuk tingkatkan metabolisme serta cepatkan sket untuk masuk ke proses ketosis.

Supplemen untuk fasa 2 dan 3 – ongoing weight loss (OWL) dan pre-maintenance

Dalam fasa ini bererti anda dah mula tambah sket had karbo dan kepelbagaian jenis makanan dalam diet harian – jadi boleh rilek sket. Namun begitu, pengunaan supplemen yang diambil ketika fasa 1 adalah bagus untuk diteruskan supaya tubuh anda kekal steady bertenaga dalam mengurangkan berat badan.

Selepas 2 minggu dengan induksi (anda boleh pilih untuk teruskan induksi lebih dari itu dengan berpandukan syarat di sini), anda mungkin mengalami sembelit – lagi-lagi kalau kureng makan sayur. Maka untuk elakkan penderitaan dalam jamban di pagi hari, sebaiknya makanan tambahan yang tinggi fiber seperti psyllium husks, flaxseed, dan alfalfa sangat berguna sebab kandungan fiber nya yang tinggi.

Supplemen minyak ikan omega juga amat digalakkan kerana ia sangat berkesan untuk cekau lemak dalam salur darah (lagi-lagi yang dekat dengan jantung tu). Baca juga kebaikan minyak ikan omega untuk cepat kurus di sini.

FishOil
antara kebaikan minyak ikan – kurus, kesihatan janyung, kencing manis, stress, dan kulit glowing antaranya

Psst: Klik sini kalau nak tahu senarai supplemen yang saya sendiri uji, review, dan rekomenkan untuk anda. 

Kesimpulan

Seperti pendapat Dr. Atkins sendiri, pengambilan supplemen adalah sangat membantu untuk anda capai target berat dengan segera dan berkesan, dengan manfaat yang dikongsikan. Yang penting, adalah anda sendiri pastikan jika anda perlu ambil atau tidak, serta penggunaan supplemen itu tidak menganggu apa yang pantang dalam diet Atkins anda (contohnya kebanyakan protein shake tidak sesuai dalam fasa 1, da 2).

Untuk senarai penuh supplemen dalam atkins yang Shai kongsikan, klik sini.

Semoga membantu!

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir.

Update lagi terkini: Ebook ni dah siap. yeay!

Ebook ini agak tebal, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup.

Klik sini untuk baca dulu dan tentukan, samada ebook ini sesuai dan boleh membantu anda.

Panduan Untuk Yang Bukan Ibu Takda Ke Shai

Ada, jangan risau. 😀 Untuk panduan  samada untuk lelaki atau wanita, malah untuk yang kegunaan ketika berpuasa, disediakan oleh Shai dan team. Klik sini ya. 😀

Bacaan lanjut

2 Comments

  1. Supplement shaklee boleh diambil semasa atkins x? Cth lecitin, alfalfa,untuk fasa induksi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge