Arafah dan Gastrik

Selepas seronok capai target bulan puasa tahun ini dan tahun lepas, Shai set target baru pula nak capai untuk raya haji ni – puasa di hari arafah. Tapi petang tu gastrik -.-

Kelebihan Dan Amalan Arafah

Yelah, banyak kebaikannya untuk sambut hari raya aidiladha ni, seperti yang Shai baca ni antaranya berzikir dan berpuasa sepuluh hari terawal bulan Zhulhijjah ni. Lagi-lagi seperti hadis di bawah.

صَوْمُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ سَنَتَيْنِ مَاضِيَةً وَمُسْتَقْبَلَةً وَصَوْمُ عَاشُوْرَاَء يُكَفِّرُ سَنَةً مَاضِيَةً

Puasa hari Arafah menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dan puasa Asyura (10 Muharram) menebus dosa setahun yang telah lewat. (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abi Qotadah)

Sumber sini.

Antara amalan-amalan lain waktu hari tersebut, adalah dengan memperbanyakkan amalan sunat. Hari2 istimewa ni, Allah berikan keampunan (ada hadis mana tak ingat, Allah beritahu malaikat yang Dia ampunkan dosa-dosa kita, n lepas tu tanya lagi, apa yang hambaNya nak – green light nak minta whatever you want:as long it’s halalan toyibban) yang banyak, jadi bersungguh2 lah minta ampun dosa2 kita yang mungkin kita terlepas pandang tak sedar dll.

Zikir, tasbih, tahmid dsbg. Ingat kuasa dan sifat pemurahNya. 😀

Baca lanjut di sini tau.

Cerita Gastrik Hari Arafah

Sebab tu, Shai semangat lah nak berpuasa. Niat kalau Allah izinkan, agar kita dikejutkan untuk sahur dll. Dan nak dijadikan cerita, malam sebelumnya boleh tidur awal (workout pun agak heavy hari tu, alhamdulillah – workout betul2 boleh buat korang reset tidur awal sikit tau), bangun pun awal, dengan terdetik nak sahur. Alhamdulillah, bi iznillah.

Semangatlah nak bersahur. Tau-tau sampai pukul 5 kepala start berdenyut dan perut pedih berangin. Cet.

Mula kepala pening tu normal lah sebab tu antara simptom ketosis dan ia normal sebab hati kita cari sumber lain nak bakar untuk tenaga. Tapi melarat sampai lenguh dan berangin perut ni apa kes? Tak boleh bertahan, konfom lah simptom gastrik………

Frust sungguh.

Ketosis ni biasa dikaitkan dengan diet rendah karbohidrat, salah satunya adalah atkins. Klik sini untuk baca lanjut bagaimana ketosis itu tanda tubuh kita sedang membakar lemak

Puasa satu hal kena batal, lepas tu lama dah kita cegah gastrik sebaik mungkin (contoh penawar segera yang biasa Shai amalkan ada di sini) tapi asbab berpuasa (dan mungkin juga sebab-sebab lain) buat Shai vulnerable to gastrik pulak.

Jangan pulak korang assume Shai kata berpuasa menyebabkan gastrik pulak ye. Mungkin sahur tu gatai makan cili tumis juga, sebab kalau tak pedas Shai tak berselera sangat. Tapi tu lah, 5 pagi ko makan cili memang mendapat la. XD

Baca sini, untuk cara-cara mudah dari dapur, untuk mencegah gastrik daripada datang kembali (inshaa Allah), atau post2 lain tentang gastrik di sini.

So begitulah ceritanya. Semangat nak puasa hari arafah tidak di izinkan Allah. Adalah hikmahnya tu, kurang2 boleh zikir at least dari nothing. Dok menonong sakit perut n muntah, boleh zikir banyak kali sampai pecah rekod. Hehehe..

Mungkin Allah nak kita berzikir ja dengan Dia. Who knows? Bersangka baik saja ^^v.

Korang guano, puasa tak? 😀

Update: Take note juga, sebab biasa gastrik ini faktor dalaman iaitu pemakanan; faktor luaran seperti tekanan juga boleh menyebabkan gastrik, termasuklah yang tak pernah kena gastrik2 pun boleh sekali. Klik sini untuk baca ya.

Ebook Khusus untuk Sakit Gastrik Yang Dialami dan Penyelesaiannya

Hasil dari pengalaman konsultasi ini (termasuk juga pengalaman sendiri yang menyeksakan :P), Shai ada buatkan satu ebook yang merangkumi segala aspek berkaitan tentang gastrik dan sistem penghadaman kita.

Dalam ebook ini, ada:

  1. Penerangan yang padat dan mudah dengan gambar jelas,
  2. Tools/jadual yang membantu korang (dan juga doktor korang) untuk setelkan isu gastrik ni
  3. Memudahkan korang untuk rangka diet, rekod makanan/ubatan yang diambil, serta pelbagai senarai dan panduan makanan yang boleh dan tidak untuk gastrik, dll untuk rujukan korang.

3 ciri-ciri ebook ini yang boleh digunakan selagi mana korang alami gastrik, dengan RM10 sahaja dan info yang terkandung relevan sampai bila-bila kerana sentiasa di update dengan info baru.

Senang, korang terus buka ebook ini bila sakit gastrik datang, walaupun tengah malam sekalipun, masa klinik dah tutup. 🙂

Ya, Shai maklumkan awal-awal, ebook ini hanya RM10 (harga RM50 sekarang ni, dengan info yang lebih detail) nanti kena denda kalau kena pm-piyem nih hehe. Jika mahu, klik sini ya, korang boleh baca penerangan lanjut di page tersebut.

Ini cover ebook gastrik yang Shai maksudkan. Cantik tak? Siap dengan booklet untuk korang tulis sewaktu menguruskan isu gastrik korang.

Klik gambar ini jika korang nak dapatkan ebook gastrik ini, untuk selesaikan masalah gastrik dan inshaa Allah, ia tak datang lagi lepas ni.

Bacaan lanjut

8 Comments

  1. Allhamdulillah saya tak pernah kena lagi gastrik masa bulan puasa.
    Selalu amalkan makan kurma masa sahur dan berbuka..

    1. Masa bulan puasa sekali ja kena, itu pun 2 tahun lepas, tahun ni takda alhamdulillah. That one day only, terkena balik haha adoiyai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge