Manfaat Diet Atkins Untuk Kesihatan Anda

Jika anda masih berkira-kira nak berdiet Atkins untuk mengurangkan lebihan berat badan, mungkin ini akan mengubah persepsi anda. 🙂

Diet Atkins secara ringkasnya adalah diet yang menekankan diet yang rendah karbohidrat, tinggi protein, yang juga dikenali sebagai diet ketogenik.

Term ‘ketogenik’ ini datang dari ketones, iaitu bahan yang terhasil apabila kita mengurangkan kuantiti karbohidrat dalam makanan sehingga tubuh terpaksa menggunakan lemak yang tersimpan sebagai sumber tenaga.

Manfaat-Diet-Atkins-Untuk-Kesihatan-Anda

Diet jenis ini dihasilkan oleh pengasasnya Dr. Atkins dan telah dibuktikan oleh berpuluh kajian yang mengkaji keberkesan diet ini.

Kebaikan Diet Atkins Untuk Anda

Diet Ini ‘Membunuh’ Selera Anda

Rasa lapar adalah salah satu sebab mengapa ramai orang tak sanggup untuk berdiet (atau secara khususnya, makan dengan lebih berkhasiat).

Kajian dan pakar diet bersetuju jika anda mengurangkan karbo dan sebaliknya menambahkan protein dalam diet harian, anda kurang mengambil kalori dalam jumlah harian.

Berkesan Untuk Mengurangkan Simptom Metabolisma

Simptom ini sangat berkait dengan peningkatan risiko kencing manis dan penyakit jantung dan ia sebenarnya merangkumi pelbagai simptom seperti:

– Tekanan darah tinggi,

– Gula dalam darah yang tinggi

– Lemak trigilserida yang tinggi

– Kolesterol tak bagus yang tinggi

– Kadar visceral fat yang tinggi.

Semua tinggi2 belaka kan? Yang menariknya, simptom2 ni akan kurang dengan drastik jika anda mengamalkan diet harian yang rendah karbo.

Diet Rendah Karbo Akan Lebih Membantu Untuk Kurangkan Berat Badan

Simple, lebih pantas, dan sangat berkesan berbanding diet jenis lain.

Ini kerana diet rendah karbo lebih cepat mengeluarkan lebihan air dalam tubuh, disebabkan insulin yang rendah terhasil dari pengurangan jumlah karbo. Maka buah pinggang akan mudah mengeluarkan lebihan garam – cepatlah kurus!

IMG_242059371678876
diet rendah karbo membantu anda untuk kurus

Mengurangkan Paras Gula Dalam Darah Dan Insulin

Paras gula dalam darah adalah sebenarnya toksik, maka hormon insuline diperlukan untuk bawa glukosa ke sel-sel untuk digunakan atau disimpan sebagai lemak.

Erk? Asal nak simpan pulak?

Kalau ada lebihan glukosa tubuh simpan terus buat standby. Ini fakta.

Kalau orang yang sihat dan mempunyai refleks insulin yang cepat, takpa lagi sebab insulin akan melindungi tubuh kita. Bagaimana jika insulin anda lambat pickup?

Insulin ini yang dipanggil sebagai ketahanan insulin, di mana sel-sel lambat nak react dengan insulin, maka sukar sket bagi tubuh nak bawak masuk glukosa ke sel – lambat-laun ini yang akan menjadi diabetes jenis 2.

In a way, diet rendah karbo ini sangat bagus diamalkan untuk yang telah menghidap diabetes pun – jika dilakukan dengan betul, anda tidak perlu bergantung sangat dengan ubat-ubatan yang kawal gula dalam darah/insulin tu. Mudah kan?

images
sekadar selingan 😛

Menyingkirkan Kedua-Dua Jenis Lemak Dan Trigilserida

Ada berapa jenis lemak sebenarnya nih??

Ada dua je, dibezakan mengikut kedudukan lemak tersebut. Salah satu adalah lemak yang duduk di bawah kulit manakala satu lagi ialah lemak yang menyaluti organ penting seperti jantung, hati, dan buah pinggang (visceral fat).

Visceral fat ini bahaya kerana ia boleh menyebabkan inflamasi, ketahanan insuline (menyebabkan anda kerap makan dan cenderung memilih yang manis2 sahaja).

Trigilserida pula adalah lemak yang menyempit dalam saluran darah. Pada jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan salur darah tersumbat, dan salur darah tersebut mengeras – punca sakit jantung, strok, dan darah tinggi. Baca sini cara terbaik untuk cara menyedut lemak dalam salur darah dengan cepat.

obesiti dari penyakit, atkins dan kurus
apa bila anda mengalami obesiti, ini yang risiko anda akan hadapi

Sebab tu, ada yang kurus pun boleh terkena sakit jantung. yang mengalaminya pun ada di kalangan selebriti.

Meningkatkan Kolesterol Bagus (HDL)

Ye..ada kolesterol bagus (hati kita sendiri hasilkan kolesterol, tapi yang cukup2 lah). Kolesterol bagus ni kerja nya untuk tarik lemak tak elok ke hati untuk dicernakan. Kolesterol tak bagus (LDL) sifat dia terbalik dan tinggi LDL ni akan meningkatkan risiko jantung.

Diet Yang ‘Clean’ Dan Cuci2 Badan

Bukan nak kata diet lain tu kotor ya. Tak maksud bersih di sini ialah ia berkhasiat untuk manfaat tubuh (mat saleh kata ‘clean diet’ gitu).

Kerana karbo yang berlebihan tu sebenarnya tidak perlu untuk tubuh kita, instead, protein, lemak sihat, dan sedikit karbo sahaja makronutrien yang sebenar-benarnya diperlukan.

Dengan diet clean ini, segala apa yang tak kena akan dibetulkan secara dalaman – ketahanan badan meningkat, kulit jadi clean and clear, malah ada yang sampai boleh mengandung terus sebab hormon dalaman dah dibetulkan. Best kan?

Tapi jangan tanya saya siapa tau. Saya tak boleh paste sini sebab privasi orang kot. Korang boleh terjah Kelab Diet Atkins [Malaysia] dan tanya sendiri otai2 dalam kelab.

Update terkini. Atas permintaan ramai dan feedback yang bertalu-talu; Shai sedang edit, tambah dan mantapkan lagi ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, edisi ketiga dan terakhir.

Ebook ini agak tebal, dan lengkap untuk anda merujuk, tambah pengetahuan, serta gunakan alat/tools yang diperlukan untuk untuk capai berat ideal dan kekalkannya. Shai ulang, ebook ini agak tebal, agar membantu anda di mindset yang betul sebelum bermula proses kurus, selain memastikan ebook ini berbaloi dengan apa yang anda bayar. Jangan risau, harganya dah ditetapkan sebagai berpatutan dan pelaburan sekali seumur hidup.

Edisi Final dengan cover lebih mantap

Sementara dalam pembikinan, Shai amat alu-alukan feedback dan idea dari anda. Kalau ada cadangan boleh utarakan di komen (sila letakkan email yang biasa anda guna) dan yang bagi feedback tersebut akan dapat ebook ini secara percuma saja, sebagai menghargai jasa baik anda. Komen tersebut tidak akan dipublish demi menjaga privasi maklumat anda, jadi anda boleh share apa yang anda nak sangat2 ada dalam ebook ini, demi nak kurus.

Panduan Untuk Yang Bukan Ibu Takda Ke Shai

Ada, jangan risau. 😀 Untuk panduan  samada untuk lelaki atau wanita, malah untuk yang kegunaan ketika berpuasa, disediakan oleh Shai dan team. Klik sini ya. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge