Selain gemuk dan kulit kedut (hehe), benda yang Shai agak takut adalah bila minda atau daya ingatan semakin lemah tanpa disedari atau diketahui puncanya. Mana taknya, sebab hobi Shai ni gemar berfikir (berangan jugak sebenarnya), jadi kalau ada masalah berkaitan minda Shai akan cepat-cepat cari punca dan solusinya.
Dan ini antara apa yang biasa Shai amalkan tips yang telah terbukti dengan pelbagai kajian, dalam rutin harian untuk menajamkan minda, cer amalkan, dalam seminggu pun boleh nampak hasil tau. 😉
5 Tips Mudah Untuk Tajamkan Minda Anda, Bagaimana?
1. Latih mental sentiasa aktif
Minda yang aktif adalah minda yang alert dan tidak malas, dan ia juga bermaksud sel-sel otak berhubung dan menghantar maklumat dengan aktif dan laju. Kita cepat tangkap dan cepat untuk analisis situasi untuk membuat keputusan seterusnya.
Antara cara yang biasa Shai amalkan untuk bagi minda sentiasa alert:
Membaca
Membaca adalah kunci asas dalam melatih memori kita untuk tambah info baru serta topup info-info lama yang ada. Tak kisah material apa, janji kita kerap membaca utnuk stimulasi minda kita untuk berimaginasi dengan proaktif – ini berbeza dengan tengok cerita (lagi-lagi genre drama/santai) yang tak perlukan kita fikir.
Personally, Shai suka baca artikel-artikel bisnes dan komik detektif cam Hajime Kindaichi tu. Gosip-gosip adalah sket, kalau dah melalut..hehehe..
Bersenam
Seperti yang disebutkan, minda yang aktif adalah minda yang tak malas dan ia datang dari tubuh kita. Sebab selain kita gerakkan tubuh dengan gerakan tertentu secara aktif, ia juga secara tak langsung beri kesan secara psikologi – mendorong minda kita untuk aktif dan cepat tangkap sket.
Sebab tu juga, orang yang kerap bersenam ni dia inherently cerdik dan cepat nak keluarkan buah fikiran dia.
Nak bersenam tak? KLIK SINI untuk ketahui jenis senaman yang sesuai dengan tubuh anda, untuk bermula.
Bermain game minda
Terbukti dalam kajian, orang yang biasa main game berkaitan minda mengurangkan risiko untuk penyakit nyanyuk sehingga 50% gitu. Contoh yang biasa orang cadangkan adalah crosswrod puzzle, dan sudoku, dan semestinya membaca Al-Quran dengan kerap.
Ni game minda yang Shai suka buat (dan wajibkan untuk diri setiap hari). Game ini dihasilkan oleh ahli psikologi maka test-test yang dia buat proven jugalah. KLIK SINI untuk download app ini untuk android.
2. Rancang rutin/aktiviti hari
Merancang rutin harian juga akan menajamkan minda tau, kerana bila kita terima info melalui minda dan seterusnya tangan kita menulis info tersebut, kita sebenarnya memahat info tersebut dengan lebih kukuh dalam memori.
Ni juga antara pesan/tip Tun M agar sediakan satu buku nota kecil untuk mudahkan kita tulis apa-apa idea yang terlintas. Kalau tak adalah simptom2 ternganga fikir apa yang tak dapat tangkap tu. 😛
https://instagram.com/p/1W0JxGLN3O/?taken-by=shai.mommylotte
*sebab tu juga kot Shai tak boleh guna planner elektronik sepenuhnya..mesti guna pen n kertas juga. Haha
3. Tidur yang cukup
Ini antara langkah yang paling asas kerana ketika tidur adalah waktu tubuh buat proses pemulihan dan topup apa yang perlu, selain stor info-info yang telah diterima seharian untuk kegunaan esok hari.
Kekurangan tidur hanya akan buat kita hilang fokus, lemah memori, dan takda daya untuk serap memori baru.
4. Cukup nutrisi tubuh
Pelengkap kepada tidur yang cukup, minda yang menerima nutrisi yang cukup akan mudah untuk serap dan proses info-info yang diterima. Pelbagai variasi makanan yang terbukti untuk boost kapasiti minda kita dan elok diambil hari-hari.

KLIK SINI untuk baca eksperimen Shai untuk Naz guna extra DHA
5.Mental yang positif
Dalam aspek psikologi, minda ynag positif cenderung untuk mempunyai memori minda yang tinggi berbanding minda yang sentiasa murung, sedih, atau sokmo negatif.
Simply pastilah kerana apa yang kita fikir/cakap akan terpahat di minda kita juga. ^^V Stay positive kay!
3 Comments
tidur yang cukup dan bersenam tu memang penting. 😀
bab tidur yg cukup tu paling penting pada aida.
kalau x cukup, mesti ngantuk dan lesu.
minta pun tumpul!!! 🙂
Sangat betul! kita dah give up nak paksa tidur sikit,kurang-kurang kena 6 jam kalau tak slow je seharian.haha