7 Cara Detoks Jimat Dan Murah

Badan lesu dan letih? Anda mungkin perlukan detoks tau. Detoks adalah salah satu cara untuk kita keluarkan segala apa yang kotor dari tubuh. Dan boleh dilakukan dengan murah dan jimat. Walaupun organ kita sedia ada bersifat untuk mencuci, kadang-kadang kita perlu tune up sedikit dengan bagi seidkit boost agar organ kita boleh berfungsi sebaik mungkin. Mana satu cara detoks yang sesuai dengan anda?

Kenapa Mesti Kita Detoks?

Detoks ini dah jadi sebahagian rutin yang perlu, kerana makin hari tubuh kita terlalu banyak menampung bahan kotor berbanding dulu. Yelah, makan pun kebanyakannya jenis segera kan? Belum kira makanan dan minuman yang manis, masin, dan masam dll lagi yang lama kelamaan badan kita makin slow nak detoks bahan-bahan yang tidak perlu ini keluar.

Macam mesin lah, lama-lama dah berminyak berkerak kena servis kan? Badan kita macam tu lah juga. ?

Untuk itu, dengan rutin detoks ini, sedikit sebanyak membantu untuk organ kita kurang bebanan sebentar, dan memudahkan untuk keluar bahan kotor ini dengan lebih efisien. Dan yang best, ada je cara detoks jimat dan murah yang boleh kita buat.

Pilih aja mana yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan keperluan kita. Sambil detoks pun boleh hilang seinci dua ye dok?

Siapa nak ada kerak usus gini? eww

Cara Detoks Jimat Dan Murah

Senarai ini, Shai senaraikan mengikut yang mudah dan Shai personally dah buat tau. Korang pilihlah yang mana kena di hati

  • Berpuasa: memberikan sistem penghadaman berehat sebentar untuk proses pencernaan, dan tumpu hanya untuk detoks dan keluarkan bahan kotor daripada tubuh
  • Buat diet jus: sayur dan buahan pilihan anda blend dan tapis hingga tinggal airnya sahaja, untuk diminum. Tak boleh makan dahulu agar usus boleh rehat sementara waktu. Lakukan selama 3-7 hari
  • Minum cuka epal. untuk  detoks usus
Contoh air detoks. Lemon dan cayenne pepper. Beyonce gunakan detoks ni juga tau
  • Apple detox: makan epal yang organik selama 3 hari berturut-turut, dengan air masak yang mencukupi
  • Air suam dengan perahan lemon/limau. Shai selalu buat, untuk boost kecekapan hati untuk detoks
  • Minum air masak lebih dari biasa
Minum air yang cukup juga salah satu cara untuk kurus dengan mudah tau. Klik gambar ini untuk tahu caranya
  • Supplemen yang sesuai: antaranya vitamin C dan multivitamin, lebih dos dari biasa (boleh whatsapp Shai terus untuk konsultasi di 017-915 3260. Heh..iklan sekejap)
  • Workout untuk total body dan abs: regang dan tegang otot berkaitan akan stimulate tubuh untuk detoks. Selalunya esok membuang lah tu. Klik sini untuk workout yang boleh buat dalam 7 minit sahaja.

Aspek detoks ini banyak Shai tekankan dalam proses kurus, agar ia teratur, berkesan, dengan hasil yang cepat. Untuk baca lanjut bagaimana Shai gunakan detoks ini dalam mendapatkan berat badan ideal, baca sini ya, panduan yang Shai sediakan ini, untuk memudahkan anda. 😀

Kesimpulan

Senarai detoks ini adalah mengikut kesesuaian diri tau, seperti faktor kesihatan, keperluan, malah jenis diet yang diambil (info lanjut untuk tahu mana yang sesuai ikut diet, ada Shai kongsikan dengan detail di ebook ini). Untuk bermula sendiri, cuba jaya adalah terbaik untuk tahu mana yang serasi, dengan mana-mana detoks jimat dan murah ni. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge