Teknik Konmari. Kemas Rumah Macam Orang Jepun

Simpan dan guna barang yang buat kita happy je. Macam tak biasa dengar kan? Itulah teknik KonMari. teknik pengurusan rumah yang diperkenalkan oleh Marie Kondo, dan sekarang satu dunia (mak-mak, selalunya) minat dan taksub dengan sistem ini. Shai pun dah cuba, memang mudah! Gini caranya.

Apa itu Teknik KonMari?

Secara asasnya, teknik pengurusan rumah ini adalah bukan sahaja untuk susun barang, tetapi untuk simpan dan guna barang yang perlu sahaja (dalam KonMari, apa sahaja yang buat kita happy). Kira macam minimalist lah. Janji guna, simpan saja. Yang kita dah lama tak guna, kita keluarkan dari rumah.

Teknik susunan juga memainkan peranan dan Shai sendiri follow beberapa teknik dalam KonMari ni. Antaranya lipat baju dengan cara menegak.

konmari simpan barang susun baju

Cara Menyimpan Barang Dengan Teknik Konmari

Gunakan langkah ini ketika mengemas rumah. Iaitu dengan;

  1. Kemas semua barang sekaligus dalam satu masa
  2. Set target bagaimana hasil akhir yang anda nak. Ada orang nak hias rumah dengan beberapa elemen kemewahan, ada yang mahu gaya tradisional, ada juga nak kosong macam dalam klinik hehe.. tentukan gaya deko anda dan hasil akhir yang anda nak.
  3. Simpan dan susun barang mengikut jenis dan bukan lokasi. Jika nak detoks baju, buat untuk semua baju yang ada di rumah. Dan mengikut urutan jika boleh iaitu baju, buku, kertas, dan item-item lain. Pada Shai, tentulah termasuk di dapur sekali ye dok.
  4. Pilih dan simpan setiap item yang anda suka dan buat anda happy. Kalau kena dengan vibe anda, simpan. Jika tidak boleh keluarkan (dan boleh beri kepada yang lebih memerlukan), secara tak langsung buang scarcity mindset dan latih minda dengan abundance mindset.

Shai Gunakan Teknik KonMari ni?

Shai sendiri, mula curious nak tahu juga teknik apa ni (apa sahaja teknik organizing mesti Shai study, just to improve myself). Didapati teknik ini amat mudah kerana kita hanya simpan apa yang kita betul2 guna. Takdalah menyimpan sebab “kalau”, yang secara tak langsung buat kita menyimpan lebih dari sepatutnya.Dan yang pasti, masa sangat2 jimat sebab hanya capai dan guna saja.

takdalah nak terkejar-kejar melakukan pelbagai perkara ye dok

Untuk bahan2 memori pula, normal lah tu. Hanya simpan dalam satu kotak utama dan ketepikan di stor. 😀

Adakah teknik KonMari ini boleh bagi idea pada korang untuk kemas rumah? Kalau korang kemas macam mana pula

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge