Tip-tip yang adalah dalam post ini adalah yang Shai sendiri gunakan untuk uruskan pelbagai aspek di rumah. Mana tak nya, selain uruskan budak kici sorang ni (dengan homeschool nya on top of makan minum, bergusti, dll), Shai juga ada buat freelance menulis artikel, urus 3 bisnes yang agak berbeza niche, selain dahulukan masa untuk Boss Besar, dan masa kita tidak ketepi pun, tapi kita multitasking sendiri. Cemana tuh?
Kalau ada anak? Memang kena uruskan dia dulu, sebab manalah anak nak faham yang ibu perlu ada “me time” kan. Belum kira jika ada yang bekerja (samada di rumah atau di pejabat), masa kita sendiri amat-amat terhad.
Tip Menguruskan Rumahtangga, Bermula dengan Boss Besar
Dan pada masa sama selalu juga ingatkan diri: dahulukan masa untuk Boss Besar, nanti Boss tolong kita lah nanti untuk aspek lain, insya Allah mudah dan lancar, dan masa berkat je handle semua.

Dan pada Shai, masa berkat ni lah yang di tunggu-tunggu. Best giler weh.
Tips yang disenaraikan di sini adalah yang Shai buat sendiri tau (tidak mengikut kronologi sangat). Kalau korang ada idea berguna komen lah di post ni, Shai akan kreditkan kalau korang nak. ๐
Tip Menguruskan Rumahtangga Dalam Masa Singkat
- gunakan timer untuk track masa dan tempoh memasak < item wajib untuk keep track.
- kemas rumah dalam sela 10 minit (simpan mainan anak, lap habuk, sapu sampah), guna timer ini juga
- gunakan prinsip parallel processing iaitu sejenis multitasking juga. contohnya ketika anda goreng ayam, kemas rumah atau lipat baju sementara waktu dengan menggunakan timer itu tadi untuk elak lauk hangus.
Gunakan Apps productivity seperti Forest untuk keep track waktu bekerja kita. Klik sini untuk reviewย dari Shai.
- sediakan list belian barang dapur di app. yang dah beli dia swipe hilang tapi rekod masih ada. jadi tekan balik semula. elak dari terlupa (ada di reminder for iphone, atau guna colornote for android)
- tetapkan satu hari seminggu untuk penyediaan lauk n menuย < WAJIB bagi Shai

- sediakan bahan tumisan, jika bersesuaian dengan menu (contoh kisar bawang besar dan putih shai guna untuk ayam masak kicap, gulai, kurma, masak merah, sayur campur, sup, mee goreng sekali) nak resipi tak? tapi simple giler lah. kalau nak komen ya. sebab malu lah cikai sangat :P. Update, resipi simple cikai boleh dibaca di sini. Atau nak mudah, semua resipi Shai pernah buat di sini.

- satu hari dalam sebulan kemas overhaul satu rumah. Minta anak dan suami tolong sekali. Boleh guna teknik orang jepun yang buat.
- satu hari untuk detoks rumah. simpan apa yang tidak perlu. selepas 6 bulan tak guna, sedekah kepada sesiapa. Gunakan juga teknik KonMari. (nanti Shai link)
- lauk tidak habis cepat2 simpan dalam peti, boleh dipanaskan semula bila perlu (dalam portion yang diperlukan sahaja). habiskan leftover tersebut sebelum masak lauk baru. Shai pantang lah lauk basi. tak suka
- buat satu senarai baju yang dilaminate. boleh digunakan semula. Shai guna juga untuk alat homeschool naz. Tak kuasa aku nak lukis tiap kali. ๐

- bahagikan kerja mengemas rumah ikut anak dan suami. biar tumpu di situ sahaja. untuk anak, boleh rotate2 untuk mahirkan pelbagai skill urus rumahtangga. Klik sini untuk ketahui tugas kemas rumah yang sesuai mengikut umur anak.

Bagaimana Shai Menguruskan Rumahtangga Pula?
- realistik (instead perfectionist seperti dulu), ini harus kerana rumah akan bersepah jika ada anak. biar sepah mainan takpa. jangan sepah benda kotor. sepah mainan anak pun Shai buat pada setempat sahaja. Jika nak sempurna sepanjang masa memang akan frust memanjanglah kita.
- tak perlu letak standard tinggi. Jangan risau. Bukan agong nak mai rumah. lagi2 yang bekerja. Sekadar bersih sedap mata memandang pun sangat power. Orang yang terima anda moleknya menerima anda seadanya bila mereka datang rumah. tahu anda juga sibuk;)
Semoga membantu! Ada lagi tips Shai akan tambah di post ini. Jadi share di fb korang untuk elak terlepas tau.
3 Comments
Thanks
Sukaaaaaaaaaa sangat dengan sharing ni…mcm kena pulak dengan apa yang saya stress fikir seminggu dua ni….Nanti Shai share eh resipi ;)..
Thanks!
Wah..glad to help. ๐ okie lah ada satu vote kira on lah nak share resipi simple giler tu. hehe..insya Allah dalam masa terdekat ni, sebab boleh guna untuk lauk sahur/berbuka sekali.
*tak kuasa nak masak pagi2 buta untuk sahur -.-