Detoks Simple selepas bercuti

Detoks simple selepas bercuti yang wajib korang buat lepas balik rumah.  Sebab haruslah waktu bercuti perkataan diet tu tersimpan dekat belakang minda. Bercuti pun bukannya selalu kan – masa ni lah nak makan makanan yang special di tempat percutian – dan selalunya makanan yang kita makan tu kemungkinan besar tak sihat. Hehe..

Langkah untuk Detoks Simple selepas bercuti

Tidur yang cukup

Mulakan dengan mendapat tidur yang cukup. Waktu bercuti mungkin waktu tidur kita terabur sebab nak catch up dengan pelbagai aktiviti sewaktu bercuti maka balik je rumah korang pastikan dapat tempoh tidur yang cukup. Upload siap2 gambo bercuti dekat fb atau ig, lepas tu tutup henpon.

Dan pastikan tidur tu jenis berkualiti juga ya. Antara tip yang korang boleh amalkan agar tidur korang bagus, baca sini.

Pemakanan sihat

Selitkan satu makanan sihat pada satu waktu makan (samada sarapan, makan tengah hari, waktu minum petang) dan makan seperti biasa pada waktu lain, sebagai langkah untuk menyesuaikan dengan detoks. Kalau mengejut pun tak jadi juga dan tubuh akan memberontak (melainkan korang hati kering tu silakanlah).

Paling mudah, amalkan makanan sihat sewaktu sarapan, sekurang-kurangnya satu komponen makanan sihat korang dah dapat dah.

Contoh makanan sihat yang boleh diamalkan

  • 2 telur rebus
  • Teh hijau atau teh o tanpa gula
  • 1 keping roti gandum
  • Smoothie sayuran dan hirisan epal
  • Sandwich dengan ayam bakar, telur hancur, dan sedikit sos

Pantang nasi dan minuman manis buat sementara waktu, agar memudahkan tubuh untuk detoks tanpa lemak2 tambahan ni, dan gantikan dengan sumber protein, sayuran, buahan, dan lemak sihat.

Air masak yang cukup

Air masak sangat penting dan waktu detoks ni berganda-ganda lagi kepentingannya, lagi2 mkalau masa bercuti korang banyak makan yang berlemak, masam, atau masin (kalau banyak makan makanan masin lagi banyak air terperangkap dalam badan).

Idea tambahan, amalkan air resipi detoks ini sekali 😀

Pastikan air masak korang mencukupi dalam tempoh detoks ini.

Baca sini: tip untuk membuang lebihan berat air dalam badan.

Senaman

Dan pastinya, waktu nak detoks ini juga rutin bersenam juga harus dibuat untuk cepatkan kesan detoks, maintain metabolisme, serta optimumkan fungsi tubuh. Takdalah lepas bercuti badan lenguh banyak angin je tu. 😀

Mulakan dengan senaman yang mudah seperti berjalan(baca manfaat senaman berjalan di sini), naik tangga dsbg untuk biasakan tubuh.

Baca sini: tanda-tanda metabolisme korang dah merudum. Apa kena buat?

Sumber: 1,2,

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge