Tempoh hari sebelum cuti sekolah bermula Shai kena pergi sekolah Naz untuk perjumpaan ibu bapa yang ambil report kad tu, untuk tahu perkembangan pada semester dua lah kiranya ni. Jadi untuk yang semester satu, ada di sini.
Okeh, ini untuk recap apa yang cikgu kelas Naz telah kongsikan (yang sebenarnya Shai sendiri terkejut sampai bergenang air mata kot). 😀
Perkembangan Selepas Setahun Di Sekolah PPKI
Perkembangan Dari Segi Menulis
Part ni cikgu kata kena tekankan sebab tulisan Naz masih tak cantik lagi, dalam erti kata untuk menulis huruf besa dan kecil mengikut saiz dan mudah dibaca (idok le nak tulisan cursive tu maknya pun tak reti hahahah). jadi kesimpulannya jari jemari Naz tak kuat seperti target, tapi dibandingkan dari semester pertama, nampak perkembangannya.

Jadi apa kena buat, praktislah dekat rumah macam biasa. Eee budak ni.
Perkembangan Dari Segi Membaca
Dari segi membaca Naz menunjukkan perkembangan yang ketara dekat bahasa Inggeris dan bahasa Melayu tak kuat sangat.
Yang ni I can guess lah sebab dia tengok kartun Inggeris pun ada sari kata BI juga di bawah jadi dia boleh kaitkan perkataan yang dia dengar dengan yang dia tengok pada masa sama, serta sesuaikan ikut konteks – ini kira faktor yang membantu Naz cepat bercakap lah ni.
Ehem..kat rumah guna BI dengan fasih slang American sekalipun, waktu bahasa Melayu guna bahasa standard dengan loghat utagha dan kelate yee. Ada sikit melaka dan nogori heh heh.
Untuk bahasa Melayu lambat sebab kureng bahasa Melayu baku dan materialnya takda. Bagi Naz tengok Upin Ipin pun sayang sebab dia dengar tapi tak dapat kaitkan penggunaan perkataan dengan konteks (untuk membaca dan bercakap).
Mujur kat Netflix ada Upin Ipin dan boleh pilih sari kata BM sekali senang. Tahniah dekat Les Copaque jugak ya 😀
Tip: korang nak belajar bahasa baru pun ni salah satu caranya jugak tau. Tengok cerita bahasa tu, dengan subtitle bahasa tu jugak jadi lebih cepat tangkap sebab sekaligus sensori bergabung nak faham. #shortcutlearning kekdahnya
Perkembangan Dari Segi Mengira
Dari kemahiran mengira ni alhamdulillah takda hal sebab sebelum sekolah lagi Shai dah latih Naz dengan math drills (bahan nya kat sini. Free je dan berlambak kot).
Jadi campur tolak Naz faham dan otaknya memang leaning kepada matematik dan sains pun (cakap berkias berpantun kat dia ternganga lah Naz nanti XD).
Aspek sini ok ja. Yang penting praktis macam biasa. 😀

Perkembangan Dari Segi Kemahiran Sosial
Ini aspek yang Shai perhatikan juga dan pada Shai ia perlu diambil kira perkembangan untuk kebaikan Naz jugak. Yelah, sampai bila anak nak berkepit bawah ketiak mak nya kan.
So far alhamdulillah so good. Ada ja keadaan Naz macam particular sangat dan mengamuk kalau berlari rutin tapi kekerapannya sangat kurang dibandingkan dulu.
Naz pandai ambil hati (ni cikgu dia maklumkan sebelum ni) macam tolong ambilkan beg kawan, tolong pujuk kawan menangis, cikgu suruh dia ikut, dan yang kelakar sekali kaki report dekat cikgu. Adoilaaa..
Kat rumah awak mengelat ye..berbuih suruh pinggan dia letak dekat sinki pun dia buat derk je. Budak bertuah.
Perkembangan Dari Segi Kemahiran Bercakap
Yang ni pun signifikan juga. Iaitu Naz punya kosa kata makin bertambah dengan sangat banyak sekarang ni. Idea cikgu untuk letak banner perkataan yang biasa digunakan dalam BI tu Naz gunakan and in fact more than expected berbanding di rumah (awatlah awak banyak mengelat kat rumah ni….).
Tu lah yang kita terkejut sampai bergenang air mata.
Kat sekolah boleh je follow ustazah baca surah pendek dengan pelatnya tapi kat rumah dia mengelat yang kita ingat dia tak pandai. Dia tahu ja tapi malas. Ceh.
Kesimpulan
Cikgu puas hati dengan perkembangan Naz, dan maknanya apa yang dibuat selama ini (di sekolah dan di rumah) adalah betul dan hanya teruskan saja. Ni time cuti sekolah ni pun ada ja rutin homeschool yang Shai buat di rumah jadi takdalah dengan tablet ja.
Tablet pun main game apa? Sonic, mario, tetris, game2 tahun 80-an tu. Adoiyai…
Kuncinya di sini, adalah latihan berterusan di rumah dan juga di sekolah PPKI.
Ni yang akan latih otak hasilkan neuron untuk kemahiran/info tersebut dan baru dia tahu dan buat apa yang patut mengikut konteks. Budak2 ni wiring ja lain masa lahir tapi kitalah yang bertanggungjawab hasilkan wiring tu dekat otak dia. 😀
Bacaan lanjut:
- Post-post berkaitan homeschool
- Post pertama Naz sekolah di PPKI
- Youtube channel Naz; Shai letak video homeschool di situ
Semoga membantu ya! Ada apa pertanyaan tentang sekolah PPKI ni, tanya ja di komen 😀

P/S: rasa lega yakmat sebab Shai latih Naz sebelum sekolah dari rumah ja. Nak ke tadika takda rezeki. Semua buat sendiri yo