Resipi: Masak Salmon Dengan Microwave

Lepas buat terus Shai tulis post ini. Sebab sedap. Serius.

Ia bermula sebab ada fillet salmon yang dibeli terbiar dalam peti sejuk. Sebab tak tahu nak masak apa. Kat rumah belum ada oven lagi (takda kesempatan nak beli, setakat ni Shai cuma follow pinterest Buzzfeed Tasty, lepas tu tangkap leleh sendiri).

Maka Shai cari solusi untuk masak, terjumpa resipi memasak salmon dengan microwave ini.

Bahan-bahannya mudah dan tersedia ada jadi Shai beranikan diri mencuba.

Mana tahu kalau sedap kan.

Memang sedap pun. XD

Resipi Salmon Dengan Microwave

Resipi salmon ini Shai ambil di blog post ini. Dan bahan-bahan yang ditulis lebih kurang sama, jadi Shai cuba, iaitu:

Dia kata lime juice, I is pakai perahan limau kasturi ja

Smoked paprika, ada serbuk paprika Tesco punya ni, boleh guna

Madu, minyak zaitun, garam semua ada. Setel.

Paprika ni boleh tambah sikit dekat resipi ayam masak merah ni untuk bagi kick dan kesan berepmah. Klik sini dan cuba buat tau

Bagaimana Buat Resipi Salmon Ini

Hanya gaulkan bahan di atas dan lumurkan pada filet salmon tersebut. Common sense itu harus, minyak zaitun dicampur dengan bahan-bahan lain biar kurang atau mencukupi sahaja.

Kalau berlebih membazir lah pula. 😀

Lepas lumur dan sapu elok-elok. Masak di microwave dengan 50% max power yang ada (Shai punya guna 450 W) dan Shai set dalam sela 3 minit. Sekejap-sekejap buka nak tengok masak ke tak.

Total memasak dalam 12 minit lah.

Rasanya Macam Mana?

Sedap. Shai letak lebih sedikit jus limau kasturi jadi ia manis-manis pedas (dengan paprika tadi). Tip Shai, potong kecil sedikit filet salmon tu agar cepat masak.

Kuah tu campuran minyak zaitun, madu, n limau kasturi. Manis

 

Dah siap tu boleh susun-susn ala gourmet cuisine.

Tapi pada Shai, masuk perut ja lah. XD

Korang try lah, inshaa Allah boleh jadi resipi rahsia kalau kalut-kalut tetamu datang. Boleh ja ganti dengan potongan ikan lain seperti tongkol, cencaru.

Jangan lah ikan bilis pulak.

Tapi pada pendapat Shai, elok lagi buat dalam oven, sebab boleh dapat kesan caramelized di luar ikan tu, rasa rangup manis sikit. 😉

Gambar last. Tu mixed herbs tabur atas tu untuk rasa tanginess

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge