Senarai Resipi Perapan Ayam Bakar Air Fryer

Dalam post ni Shai kumpulkan terus resipi ayam bakar air fryer ni. Serius, air fryer ni sangat memudahkan, malah lebih mudah dari menggunakan oven pada pandangan kita – sebab senang nak membasuhnya. Okeh, kita straight to the point senarai resipi perapan ayam menggunakan air fryer yang kita biasa buat.

Nota: suhu dan tempoh ni kita gunakan berdasarkan beberapa kali test resipi dan juga model air fryer sendiri. Kita punya air fryer jenama

Ayam pula dipotong saiz macam kepak ayam tu untuk cepat n sekata masaknya. Kalau nak gunakan ayam ¼ tu haruslah kena tambah masa sedikit atau buat hirisan di ayam untuk masak sekata sampai ke dalam.

Nak lagi garing: 140C tambah lagi 10 minit di atas suhu dan tempoh yang disebutkan ini.

Gambar pula Shai tambah bila ada buat resipi ayam ni ya. Dulu2 bakar mana lah nak ambil gambar dah masuk perut dulu XD

Senarai Resipi Perapan Ayam Bakar Air Fryer

Ayam Goreng Kunyit

Gaulkan serbuk kunyit n garam secukupnya (nak bagi kick letak sedikit serbuk paprika dalam 1:4 nisbah dengan serbuk kunyit). Dah gaul rata, salut dengan lapisan minyak masak dengan nipis (macam letak minyak dekat tapak tangan, ratakan pada permukaan ketulan ayam tu) untuk bagi tekstur garing crispy sedikit.

Suhu 120C untuk 20 minit (2x), 140C untuk 10 minit

Ayam Bakar Rendang

Macam pelik je bunyinya tapi bakar ayam ni kita gunakan serbuk rendang segera Adabi tu. Gaulkan dulu ayam dengan sos tiram n minyak biar salut secukupnya, tabur serbuk rendang tu biar dia salut elok, dan bakar. Resipi ni sesuai untuk makan biasa, atau padankan dengan nasi Arab. 

Suhu 120C untuk 20 minit (2x), 140C untuk 10 minit

delicious roasted chicken with vegetables in glass form
Photo by Tim Douglas on Pexels.com

Ayam Bakar Kicap

Yang ni kegemaran yakmat sebab sedap n senang sangat nak buat. Resipi ni boleh dimakan dengan nasi putih atau gabungkan dengan nasi ayam sekali.

Gaulkan dengan sos tiram dan kicap pekat secukupnya sampai salut setiap inci ketulan ayam dan masuk dalam air fryer. Tak perlu garam dah sebab dah ada dari sos tiram dan kicap pekat tu.

Suhu 120C untuk 20 minit (2x), 140C untuk 10 minit

Ayam Bakar Italian

Ni Italian-twist recipe yang kita gunakan bila nak rasa lain mat saleh sikit, tapi makan jugak dengan nasi, kicap n budu jugaaa XD

Gaulkan ketulan ayam dengan sos tiram dan minyak secukupnya (maksudnya kalau dah salut elok cukuplah tu). Tabur serbuk Italian Seasoning (Tesco punya pun ok sangat. Nak fancy2 McCormick tu ha) biar bersalut elok di permukaan ketulan ayam. 

Tip: gabungkan dengan sayuran seperti potongan tomato, lobak merah, bawang, brokoli, lada benggala, cendawan butang untuk perisa ala-ala Italian. Senang kerja jugak sebab ada lauk sayur sekali.

Suhu 120C untuk 20 minit (2x), 140C untuk 10 minit

Klik gambar untuk resipi lauk-pauk yang mudah yang biasa kita buat.

Ayam Bakar Mixed Herbs

Resipi dan langkah yang sama seperti Ayam Bakar Italian cuma gunakan serbuk Mixed Herbs (juga kita gunakan jenama Tesco). Sayuran yang padan digabungkan contohnya kentang, bawang, asparagus, dan lobak merah.

Suhu 120C untuk 20 minit (2x), 140C untuk 10 minit

Kesimpulan

Ini je yang kita buat resipi dengan perapan ayam bakar air fryer nni. Kalau ada idea perapan yang korang buat, boleh di share di komen ya. Malah kita boleh buatkan n bagi review sekali 😀

Untuk resipi lain yang memudahkan, korang boleh tengok di kategori Resipi ini ya.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge