Resipi yang saya kopi dari web ini tapi serius ia sangat memudahkan untuk ibu. Ala-ala granola dalam bentuk bola gitu. Dan Energy Balls ni tak wajib dibakar pun, hanya cukupkan bahan (boleh ubahsuai ikut kesukaan) dan gunakan peti ais bahagian sejuk beku untuk ‘set’ kan Energy Balls ni.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Energy Balls
Nota: bahan-bahan adalah cadangan dan boleh aja ditukar ikut kesukaan, contohnya nak gantikan peanut butter dengan Nutella boleh, ekstrak vanila dengan oren ka, oats gantikan dengan muesli, ataupun cip coklat digantikan dengan kismis atau aprikot kering.
Terpulang pada cita rasa masing-masing. Hihi..
Cara membuat Energy Balls
Hanya perlu masukkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sehingga sekata. Ni tip dari chef Ina Garten – bahan-bahan sebegini elok dikau gabungkan dengan tangan kerana ia akan memberikan hasil yang lebih sebati dan rasa yang sekata.
Tip 1: kalau campuran tu agak cair, tambahkan bahan-bahan kering seperti oat atau jika campuran tu agak kering, tambahkan bahan basah supaya bahan-bahan kering melekat dengan lebih mudah.
Masukkan bahan yang telah dikacau tersbeut ke dalam peti ais dalam 20 minit gitu, untuk bagi mixture tu keras-keras sedikit. Nanti senanglah nak bulat-bulatkan jadi bebola (atau leperkan cam bentuk energy bar, ikut suka).
Tip 2 : kalau nak bakar pun boleh juga, bakar pada suhu tinggi dalam 5 minit, sekadar nak bg ‘glazed’ effect pada Energy Balls ni.
Tip 3 : sbeelum makan, boleh sprinkle sedikit minyak ikan pekat untuk rendahkan lagi nilai Glisemik pada bebola granola ni. 😀
Tip makan Energy Balls
Selain dimakan begitu sahaja (cam lagu Gardenia) untuk sarapan, pencuci mulut atau dibuat cam jajan, boleh juga digunakan sebagai bahan tambahan untuk salad, protein shake.

Cam senang je kan? Nanti korang buatlah, mana tau, boleh jimat masa lagi2 kalau asyik kalut pagi-pagi nak sarapan. Hehe..
2 Comments
Wah.. Menarik… Blh cuba juga ni…
tgk gambar dah nampak sedap:) resepi pon simple dan senang:)