Nampak Tak Permainan Ini?

Menulis di sini kerana penat.

Penat dengan berlengah-lengah.

Penat dengan mereka yang mentedarah.

Letih dengan penipuan.

Muka tembok takda malu masih nak pegang jawatan.

Letih.

Bila krisis berlaku yang terkena pertama sekali, yang susah.

Yang kais pagi makan pagi.

Yang hidup semata untuk survival diri.

Ada mereka-mereka ni kisah?

Memadai satu kotak bantuan sahaja, boleh tahan sampai setahun?

Nak tunjuk dia susah juga fikir masalah negara, dengan makan megi?

Jam tangan jenama apa tu di tangan kiri???

Tokenism, symbolism. Itu ja yang mereka tahu buat.

Untuk solusi proaktif, yang kekal lama, mereka buat tak tahu dan mengelat.

Apa peduli mereka yang terkesan kan, melainkan nak dekat waktu mengundi.

Masa tu lah baru nak tar jalan, nak beri bantuan, bagai menyembah lagaknya ke bumi.

Lepas tu, sambung buat bodoh pula.

Jangan terasa, bila ini yang berlaku sebenarnya.

Tak nak terasa, buatlah apa yang kami minta.

Tak nak? Atau banyak alasan, kan?

Apa-apa kena semak dengan di belakang tabir dulu. Apa-apa kena meeting dulu.

Pekena sirap dan bihun, lepaslah solusi satu dua, buat tutup mulut rakyat. 

Dan buat kenyataan kata kerajaan takda kuasa nak halang.

Baca lagi sekali ini: kerajaan. tidak. ada. kuasa. nak. halang.

Kerajaan, tak ada kuasa? Logik?

Silap besarlah bila fikir kami ni pasif macam orang dulu-dulu. Sekadar melepas batuk di tangga.

Solusi yang proaktif dan untuk kebaikan jangka panjang, itu yang kami mahu bukan untuk diri malah untuk anak sekali.

Bukan tak faham pun ayat ni kan, tapi saja buat-buat tak faham. Sebab tak kisah lagi-lagi pada yang susah.

Tahu tak bila apa-apa jadi barisan pertama yang terkesan adalah mereka yang susah? Atau kategori ni sekadar deposit kamu waktu mengundi?

Tapi apa kamu peduli dengan kami..sehingga hari nak dekat-dekat pilihanraya nanti.

Lepas tu, sambung buat bodoh pula.

Jangan terasa, bila ini yang berlaku sebenarnya.

Tak nak terasa, buatlah apa yang kami minta.

Tak nak? Atau banyak alasan, kan?

Lagi sekali; apa kamu peduli dengan kami..sehingga hari nak dekat-dekat mengundi.

Nampak tak permainan ini?

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge