Pengalaman Vaksin COVID-19 di MITEC


Post ini ditulis selepas shai dah dapat vaksin dos pertama, jadi untuk yang belum dapat mungkin perkongsian ni sedikit sebanyak membantu. Ni kira sejarah kot dapat vaksin untuk wabak yang sedang berlaku ni. 

Daftar Vaksin

Asalnya Shai tak ambil port dengan vaksin, dalam erti kata tunggu dan lihat kekdahnya. Fasa 1 pun untuk yang tua, yang frontliners, yang VIP jadi kita tunggu ja lah dulu. Bukan ke mana sangat pun sebab sejak PKP 1.0 lagi kami memang duduk rumah, keluar bila perlu dan sekaligus setelkan urusan, dan Naz pun tak ke sekolah kami ajar di rumah.

Boleh baca post sini yang berkaitan, seperti homeschool sewaktu PKP.

Jadi nak buat apa lagi, kita tunggu sambil tambah ilmu tentang vaksin dan Covid-19 ni.

Pada tarikh yang untuk tempah slot vaksin AZ Mac 2021 tu, memang doa selawat banyak-banyak untuk dapat slot (masa ni ada sedikit kerisauan sebab ada mutasi baru virus). Habih aku buka website dekat komputer, dekat hp, minta tolong adik dsbg pun macam tak lepas. 

Ginilah gigih nak menekan butang nak daftar slot vaksin tu

Yang kita tekan butang negeri banyak kali macam takda apa pun. Doa satu, menyumpah satu lagi sebab benda server overload pun tak boleh nak fikir (peruntukan RM70j kot, shopee lagi boleh handle order berjuta). Sudahnya website tutup permohonan slot, tak tau apa cerita.

Dapat Notifikasi Vaksin

Masa dapat notifikasi vaksin melalui SMS macam tak percaya pun ada (yelah 2 bulan lepas tu kot, dengan orang lain dah dapat), teruja tengok lepas pastikan melalui website. Tapi di app MySejahtera tak keluar pula. Jadi waktu frontliner call kita untuk confirm boleh datang ke tak, kita kata confirm ja tapi dekat app tak boleh tengok bahagian Vaccination for confirmation. Dia kata tak apa, bawa je IC n app tu buka masa datang. Okay lah kita turutkan ja.

Hari Mendapatkan Vaksin

Hari vaksin tu gerak awal sedikit sebab sebaiknya kena tepat waktunya tiba di dewan nak cucuk tu. Salah parking sebab jalan ke pintu masuk dia tutup, menapaklah seminit dua kita.

Di pintu masuk, kena beratur untuk petugas RELA check profil kita di app. Dia nak profil kita yang selewatnya 2 hari sebelumnya (kena kemaskini 2 hari sekali dia kata) baru boleh masuk. Petugas suruh kemaskini n dia nak check, tapi tak jadi pula. Malah petugas tu tolong buatkan pun tak jadi – app buggy le tu.

Nak dijadikan cerita, kan tadi kita tulis takda tab Vaccination di app kan (tak boleh tekan), sudahnya ada staf tolong buat macam-macam sampai kena delete app n reinstall balik. Kita login semula baruuu jadi kemaskini profil 

Kalau ni berlaku dekat korang, tangkap layar siap-siap senarai check-in tu dan delete app dan install semula (update ja tak jadi) sebab lepas install baru check-in kita sebelumnya akan hilang (apoo…).

Okeh, baru jadi kemaskini, kita tunjukkan ke petugas RELA, dapat masuk, kita check-in seperti biasa dan kemudian berlari ke dewan yang ditetapkan. Sebab kita di HCO-C, nun jauh di hujung dewan kau. XD

Proses Vaksinasi

Okeh, bermula proses vaksinasi di sini. Daftar di kaunter yang disediakan dan isi borang yang diberikan (ada dua salinan, isi dua-dua). Dah siap isi masuk ke dewan dan petugas akan berikan nombor giliran untuk ke kaunter berikutnya.

Pergi ke kaunter ikut nombor giliran kita dan berikan IC untuk dia semak n rekod. Dalam seminit gitu ja jadi kita masuk ke bahagian dalam untuk konsultasi doktor. Di konsultasi tersebut doktor akan bagi penerangan ringkas, dan tanya sorang-sorang kalau ada ubatan, alergi, tengah menyusu/mengandung. Part ni penting sebab nak berjaga-jaga dari apa-apa kontrakdisi < nak senang kerja taip ubatan yang diambil, senarai penyakit dan alergi bagi kat doktor untuk dia baca. Mudahkan kerja dia juga 😀

Kemudian kita ke bahagian seterusnya untuk vaksinasi dan duduk ikut giliran. Dah setel bahagian depan, belah belakang pula ke depan. Yang ni bagi kita bijak dan efisien sungguh sebab kita akan sentiasa bergerak dan tak tunggu lama. Mungkin ni kot salah satu faktor kadar vaksinasi kita sampai 300,000 sehari. Tahniah kat frontliners semua 😀

Okeh, waktu nak cucuk vaksin kita akan duduk dan diberi penerangan doktor – dapat vaksin apa, dos pertama berapa ml. Dan doktor siap tunjuk botol vaksin n jarum tu sekali nak kita pastikan. Kita tangan belah kanan, jadi cucuk belah kiri lah sebab berjaga-jaga side effect ke apa kan, tak kacau kerja ke apa. 

Sakit sikit je. Macam kena cucuk jarum benang tu.

1 minit, dah setel. Kita diminta scan QR code resit vaksinasi kita. Sebab app lambat loading n dalam dewan tu line Digi takda langsung, kita ambil gambar ja lah – sebab yang penting nombor kod vaksin kita kena jelas untuk direkodkan di stesen seterusnya.

Di kaunter terakhir, petugas akan rekodkan nombor vaksin tersebut, dan berikan kad yang ditulis tarikh untuk dos kedua pula (di app tunggu 1,2 minggu apoo). Bijak juga untuk dos kedua masa dan tempat sama ja. Selesai rekod, kita diminta tunggu 15 minit sebagai langkah berjaga-jaga dari kesan sampingan. 

Lepas tu, balik! 😀

Kesan Sampingan Vaksin

Untuk kesan sampingan kita punya dalam 3 hari juga. Dimana balik tu ada rasa sakit macam ada bisul/lebam tu dan tak boleh angkat tangan tinggi (sebab otot tempat kena cucuk bergerak-gerak kan) jadi nak gerak tangan kiri pun dekat siku je lah. Hari kedua tu baru terasa sakit bisul tu macam ada sejemput dekat tempat cucuk tu haha..Tak membantu betul dengan Naz ganas sangat terkena kat tangan kiri sakitnya wooo…

Hari ketiga mula surut dah, hari keempat hilang terus alhamdulillah. Sebelum vaksin dan selepasnya memang banyak2 doa jangan la demam berselubung ke apa sebab banyak kerja bertangguh macam tu (n nak main game lagi hehehe). 

Mungkin ni membantu korang kalau boleh 2,3 minggu sebelum tu makanlah sihat sikit, topup multivitamin, vitamin C, atau sekadar habatussauda dengan air masak cukup. Bersenam serba sedikit pun boleh membantu untuk bagi stamina/ketahanan badan kuat sikit. Tak tau lah sebab ni amalan temurun mak yang kat peti rumah dulu penuh supplemen macam farmasi XD

Beli je yang jenama 21st century. Mur-mur dan kurang-kurangnya adalah juga nutrisi tambahan serba sedikit untuk tubuh.

Untuk dos kedua vaksin pula, akan ditulis di sini bila dah dapat ya. Ni tik tok kita tunjukkan setiap langkah untuk vaksin. Semoga membantu! 😀

Update: Vaksin kedua telah diterima, prosesnya lebih cepat dari yang pertama. Penjelasan lebih terperinci di tik tok di sini ya.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge