Quantum Entanglement: Kifarah, Karma, What You Give You Get Back

Selalu kita biasa dengar dengan ayat ‘what you give you get back’ kan? Berkaitan juga dengan terma yang biasa orang pakai seperti karma dan/atau kifarah. Konsepnya mudah sahaja iaitu apa yang kita bagi, itulah yang kita akan dapat.

You reap what you sow.

Cuma dalam islam ini juga (ikut pembacaan) Shai percaya kalau kita buat baik, akan dibalas berganda (cam sedekah 70x, kalau solat jemaah kat masjid 27x etc), kalau yang tak berapa baik tu dibalas seadilnya dengan Tuhan tak zalimi sedikit pun.

Baiknya Dia, yang tak elok dibalas exactly, yang baik dibalas berganda-ganda kali, sebab rahmatNya lebih besar dari amarahNya.

*jangan korang fikir tu maksudnya boleh je buat jahat sebab lepas tu buat baik akan tampung/buffer yang tak baik tu. It doesn’t work that way.

Jadi sejak dulu Shai percaya dan pegang konsep ini. Sebab biasalah Shai tengok, kalau orang buat baik ada ja yang akan pijak kepala dia, sebab fikir orang buat baik ni kalau diperlakukan jahat pun dia setakat ‘redha, pasrah, tak apalah’ sahaja.

Janji Allah, Dan Konsep Ini Terbukti

Jadi konsep what you give you get back ini juga, sebagai janji Allah, dan sebagai penjaga diri (dari nak balas carelessly) yang setiap perbuatan tak kira baik atau jahat Allah akan balaskan. 🙂

Dan konsep ini terbukti kan? Macam mana orang baik dok rajin mengaji Quran, masa nak pindahkan kubur mayat dia elok ja tak reput lagi, atau yang buat baik kat mak dia yang sakit, anak dia bila meninggal kubur wangi ja, atau yang rajin bersedekah ni urusan kerja dan keluarga dia elok ja.

Begitu juga sebaliknya kan? Yang mulut dia ya rabbi menyakitkan hati, masa hidup dia susah sangat orang tak tolong dia. Atau yang kerjanya ambil hak orang, ada ja duit dan hartanya kena ambil balik for no reason, apalagi sailang rezeki orang, rezeki dia pun habis kena cantas balik.

What you give you get back, kan?

Dan buat Shai surprised juga, konsep ini juga telah dibuktikan secara nyata dalam eksperimen namanya Quantum Entanglement.

Eksperimen Quantum Entanglement

Agak terperinci nak dijelaskan eksperimen ini jadi Shai mudahkan aja penjelasannya agar kita semua faham dan jelas.

Secara asasnya, setiap benda yang kita nampak ni daripada atom kan? Dan atom2 ini atas ‘fabrik’ masa dan ruang (fabric space and time). Terma fabrik digunakan sebab senang nak nampak perkaitan antara dua (atau lebih atom).

Fabrik ni tak nampak pun, jangan pulak korang fikir ada kain rentang dekat alam ni hehe..sekadar analogi nak senang nampak.

Macam ni lah. Bumi lebih kuat graviti dari bulan, jadi fabrik dia pun lekuk tergantung dalam sikit, jadi bulan tertarik pada bumi dalam jarak optimum dengan graviti dia sekali. Sumber: asiac.ir

Jadi nak dijadikan cerita, saintis test dengan usik satu atom ni untuk eksperimen depa. Tapi yang tak disangka, ada atom lain dekat tempat lain pulak terusik sama. Sama tu dalam erti kata halaju, momentum, malah arah pusingan dia jadi sama, dalam sela masa yang dikira sebagai serta-merta.

Macam peribahasa cubit paha kanan, paha kiri sakit juga gitu

Ni video penjelasan tentang Quantum Entanglement, dalam video 2 minit dan simple ja (mudahkan korang faham :D)

Tengok minit 1:36, pernyataan jelas sifat entanglement ini.

Jadi, Apa Kaitannya Dengan ‘What You Give You Get Back’?

Ni. Paling basic.

Dan pastinya kalau kita buat amalan tu baik, dapat ni.

Sumber: surah.my

Sama kan, what you give you get back.

You reap what you sow.

Kifarah.

Karma.

Sama ja kan?

Dalam Quran Allah dah sebut, terbukti dalam dunia nyata dengan eksperimen. Full stop.

Jadi kalau buat baik, dapat sama dan berganda-ganda lagi samada di sini atau di sana.

Yang tak baik tu, cepat-cepatlah stop dengan minta ampun pada Allah kalau dosa dekat Allah (solat terbabas, puasa tak ganti etc), dan juga minta maaf dekat sapa-sapa, pada yang dah buat dosa dekat dia (konsep hablun minnAllah, hablun minannas).

Sebab in the end, Allah perhati, pegang dan decide bottom line amalan kita, dan kawal fabrik tu. Kalau kita tak buat apa-apa untuk amalan kita, that entanglement still working in motion. Jika baik, dapat baik (dan berganda ikut janjiNya), kalau tak baik, dapat balik (pun ikut janjiNya). Itu sunatullah.

Kita decide. 😉

Kesimpulan

Post ini sebagai perkongsian dari prinsip yang Shai pegang selama ni, yang sedikit sebanyak ada jugak lah ditempelak as Shai ni terlalu serius lah, poyo lah, dan tak stylo.

Buat dosa tu subconsciously trendy lah tu. Malam nanti taubat lah ye dok.

Dan itu juga prinsip yang Shai perhati dekat kisah orang lain (bersepah dekat fb n ig kot) dan betapa ia sentiasa ending yang sama pada orang yang buat baik, mahupun sebaliknya.

Ambil pengajaran ja lah. Biiznilah perkongsian ini membantu kita semua as much as it helps me. 😀

Do good, do you.

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge