Sworkit For Kids: App Senaman Sesuai Untuk Anak Aktif

Kali ini kita khususkan kepada budak-budak pula, lagi-lagi untuk anak aktif ni (macam Shai punya lah, lelah maknya) dengan app senaman yang direka khas untuk kanak-kanak. Tak sangka ada juga app sebegini kan?

sworkit for kids, app untuk kanak-kanak

Sworkit

Shai dah lama menggunakan app Sworkit ini kerana cara, sistem, dan interface yang digunakan sangat mudah dan streamlined elok ja.

Mata pun tak sakit sebab guna 2,3 warna gitu ja, dan yang paling penting, rutin senaman dirangka untuk setiap bahagian badan, dengan gerakan yang random yang bagi Shai amat berguna untuk bagi minda kita sentiasa alert (dan secara tak langsung elakkan daripada kesan plateau).

Malah app ini juga dipilih sebagai cadangan utama dalam siri Weightloss Workbook yang disediakan dalam blog kesihatan ini. 😀

Review Sworkit For Kids

Jadi dengan app yang khusus depa reka untuk budak2 ni, rasa curious juga nak tahu bagaimana ia dilakukan.

Adakah Takda Beza Dengan App Yang Asal, Yang Gunakan Orang Dewasa?

Tak juga. Kerana gerakan yang ada dalam app ini menggunakan budak2 juga, dengan pelbagai gerakan yang Shai kira lebih seronok dari hat dewasa punya. -.-

Ia dibahagikan kepada 3 komponen (berbanding bahagian tubuh dalam app dewasa tu) iaitu Strength, Agility (ketangkasan), dan juga Flexibility. Seperti app untuk dewasa juga, kita boleh set nak berapa lama nak workout, dan juga siap ada reminder untuk ingatkan (anak) kita bersenam.

Interface dalam app Sworkit for Kids. Sumber: https://www.activekids.com/

Pendapat Shai Menggunakan Sworkit For Kids Ni

Simply bagus.

Sebab anak lelaki sorang ni ya rabbi aktif (actually lagi baik berbanding sebelum ini) jadi sebahagian hari yang tak dapat nak lepaskan tenaga dia, Shai gunakan app ini. Sukalah juga sebab app ni menggunakan budak2, jadi sedikit sebanyak yang menggunakan pun akan ikut sama.

Set selama 5 minit secara berterusan, pun cukup buat anak Shai berpeluh. Nanti boleh sambung lagi.

Interface yang sangat mudah dan tak serabut digunakan. Sumber: https://lifehacker.com/

Kesimpulan

Dan pastinya pada Shai sendiri, untuk kegunaan jangka panjang sangat membantu untuk latih tubuh mereka lebih lentur dan tinggi stamina nya. Boleh dijadikan sebagai alternatif kepada mereka yang takda (atau terhad) ruang taman permainan, malah dijadikan sebagai rutin senaman dengan mak ayah sekali. 😀

Korang boleh download app nya di website rasmi dia, ada dalam apps store dan play store sekali. 😉

Korang pula, ada apa lain yang sesuai untuk mereka? Share di komen ya 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge