Mengajar Matematik Untuk Autisme Homeschool

mengajar matematik untuk autisme

Mengajar anak matematik ni memang memerlukan kesabaran juga ni. Sebab mata pelajaran ini memerlukan latihan berterusan, jadi masa kena diasingkan selang hari untuk latihan matematik. Dan untuk Naz sebab dia autisme, cara pengajaran pun akan lain sedikit dari aliran perdana.

Apatah lagi, sebab kami pilih untuk opt out untuk tak hadir ke sekolah selagi isu covid ni tak habis, jadi bab mengajar ni kita yang buat untuk Naz lah (takda maknanya dia boleh rilek kat rumah, lagi le aku suruh baca buku).

Anyways, subjek matematik ni antara subjek kegemaran Shai jadi okey lah, seronok sikit dan sedikit sebanyak tahu selok belok dalam mengajar Naz berbanding ikut buku teks 100%. Buku teks sekolah dibawa pulang, dan Shai gunakan sebagai asas dan rujukan silibus dalam mengajar naz, dan tambah bahan atau (mungkin) masuk topik lain yang takda dalam silibus, jika perlu.

Sebab matematik ni Shai ajar 2 tahun sebelum dia masuk sekolah juga, bermula dari pengenalan nombor sehingga 100 (bahasa melayu dan inggeris), pendedahan dalam operasi tambah tolak, duit, waktu dan sebagainya nak bagi dia lebih sikit masa untuk catch-up. Takpalah subjek ni Shai boleh ajar kalau subjek lain kita tak reti sangat jadi masa dah masuk sekolah boleh ikut macam mana cikgu ajar pulak. ๐Ÿ˜€

Apa beza dengan ajar matematik untuk yang normal dengan yang autisme? Benda nak ajar sama ja cuma cara pengajaran berbeza dan ikut tahap juga. Macam biasa juga, kalau ada kelebihan/minat dalam subjek/topik tertentu, laju lah sikit nak catch-up (macam kita lah dulu statistik laju je kalau bab pembezaan walaupun minat slow sikit).ย 

Dan secara umumnya, tips yang disenaraikan di bawah ini lebih kurang seperti apa yang Shai buat untuk naz. Mungkin untuk korang boleh membantu juga ๐Ÿ˜€

Tips Mengajar Matematik Untuk Autisme

Merancang Pembelajaran Matematik

Yang ni benda paling asas untuk dibuat sebelum memulakan pembelajaran matematik (malah subjek lain sekalipun). Persediaan dan merancang pembelajaran ni penting sebab selain nak mudahkan urusan kita, ia juga akan memudahkan anak dan proses pembelajaran dia.

Sebab kebiasaannya autisme ni tak suka dengan spontan (boleh diajar untuk lebih open minded, donโ€™t worry) jadi kalau kejap buat tu buat ni tanpa sebab dia tak suka. Alah kita pun kalau tak konsisten pun kita tak gemar jugak hehe..

Perancangan pembelajaran juga membantu anak bina kemahiran dengan berperingkat dan boleh agak apa yang kena belajar topik lepas tu.

Tip: Kalau makpak baru pertama kali buat homeschool ni, susun buku/bahan ikut apa yang nak diajar – contohnya mula buku teks, lepas tu guna buku kerja, lepas tu tugasan latihan cikgu bagi, dan boleh praktis sendiri sekejap apa yang nak dicakap dekat anak. Santai n rilek sudey. Sambil ajar anak boleh manja sekali tu hehe..

Elakkan Lambakan Stimuli

Yang depa tak suka benda spontan berkait dengan ni jugalah – lambakan stimuli – kapasiti untuk urus emosi dan sensori masih terhad jadi sebaiknya ikuti had mana anak boleh handle dalam satu topik/latihan. Macam Shai sekarang ni, compromise dengan Naz ada set masa untuk homeschool yang biasanya 10 minit, lepas tu dia bolehlah main sekejap sebelum sambung belajar semula. Kadang-kadang kalau Naz dah ralit dia nak sambung takda hal ๐Ÿ˜€

Perhatikan juga anak ada issue sensory overload dekat mana; warna ka, tekstur ka dsbg. Lain anak lain peel dia jadi kita sendiri tentukan ya.ย 

Lihat di bulatan biru, tentang sensory. Aspek ini sangat besar dan mempengaruhi anak autisme. Sumber

Maksimumkan Kemahiran Anak

Ada anak dia belajar dengan visual, ada dengan audio, ada dengan kinestetik jadi kita boleh maksimumkan pembelajaran dengan tengok kecenderungan anak belajar cara apa. Naz lebih kepada visual (macam mak dia) jadi selain kertas A4, Shai gunakan whiteboard sekali untuk ajar Naz bagi dia nampak.ย 

Boleh tengok video sini, mengajar matematik operasi tambah dua tempat untuk naz, penggunaan whiteboard untuk bagi Naz nampak. Kalau operasi tambah satu tempat ada di bawah.

Ajar Kemahiran Lain Sekali

Alang-alang ajar anak matematik, boleh sekali harung ajar kemahiran lain yang selari dengan subjek tersebut. Kemahiran motor halus ketika menulis dan mengira nombor, serta kemahiran bercakap ketika mengira secara tak langsung membantu. Alang-alang ye dok, jimat masa sekali. Contohnya seperti gambarajah di bawah:

Asalnya kita semua kena belajar skill ini, cuma untuk autisme dia ada penekanan sedikit. Sumber

Amalkan Matematik Di Luar Rumah

Ni input yang berguna dan jujurnya tak dapat nak merasa waktu di sekolah sebab tak nampak penggunaan matematik sangat (masa tu mana ada internet sangat, harap msn dengan network jaring tu ha) melainkan masa kat matriks lepas minta pensyarah jelaskan.

Masukkan aspek matematik di dunia luar, seperti minta kira objek yang ada, tambah n tolak dsbg mana yang sesuai. Ni secara tak langsung bagi anak nampak benda dia belajar pun diamalkan in real life.

Latihan Berulang Kali

Benda Shai belajar bila bab ilmu ni itโ€™s always pays to overlearn. Lagi-lagi untuk autisme – bergantung kepada kemahiran dan kecenderungan anak – dia mungkin ambil masa suatu subjek/topik untuk tangkap maka latihan banyak diperlukan. 

Sebab pada Shai, kita nak sumbat sebanyak mungkin input dalam otak selain bagi jemari biasa melalui muscle memory.ย 

Benda ni Shai buat kat Naz masa dia fasa non-verbal. Aku ajar kira nombor sampai 100 bagi dia ingat. Lepas dah beransur bercakap dia ingat nombor tu hehe..sumbat je, doa banyak2 kat supplemen minda tu inshaa Allah makbul.

Shai ada port latihan matematik yang digunakan sejak dulu. Korang klik sini dan pilih topik ikut silibus ya. Senang kerja.

Ini dia operasi tambah satu tempat. Boleh follow sini untuk belajar sama-sama ๐Ÿ˜€

Semoga membantu makpak nak ajar matematik ya ๐Ÿ˜€ Boleh baca sini sekali, tips nak mudahkan homeschool di rumah.

Sumber:ย 1

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge