Berjemur Dan Grounding Untuk Kesihatan

grounding untuk kesihatan

Baru-baru ni ada juga terbaca isu tentang amalan berjemur bawah cahaya matahari (atau bahasa mudahnya sunning) dan sedikit sebanyak kita lihat ada juga percanggahan pendapat. Jadi dalam post ni, Shai kumpulkan apa yang jumpa dari hasil kajian

Mana taknya, setelah sekian lama kita dibiasakan dengan pancaran matahari adalah tak bagus untuk kulit (spesifiknya, sinaran UV dan kesannya kepada kulit), sekarang pula dah ramai yang amalkan sunning ini pasti kita rasa betul ke tak caranya dan manfaatnya untuk kulit.

Dan dari pemerhatian Shai, manfaatnya ada serba sedikit berlaku pada kita dan Naz.

Manfaat grounding untuk kesihatan

Grounding yang dimaksudkan ini adalah secara mudahnya adalah duduk setempat dengan alam (bersatu dengan alam macam mistik pula bunyinya), di mana kaki kita – tanpa kasut atau stokin – pijak permukaan bumi tak kiralah tanah, pasir, mahupun aliran sungai. Amalan ini dikatakan teraputik dan sangat membantu untuk kesihatan fizikal dan mental, bila cas dalam tubuh kita dibetulkan dan align semula dengan bumi.

Cas yang dimaksudkan itu adalah cas elektrik lah, dan memang tubuh kita ada cas tersebut cuma tak banyak (tu yang kadang-kadang ada keadaan terkena statik, atau berisiko kena kejutan elektrik, apalagi risiko terkena panahan petir). Tubuh kita bersifat konduktif pada elektrik dari cas-cas ini, dan apa yang kita sentuh akan mempengaruhi keseluruhan cas dalam tubuh kita; jika tak stabil, itu yang akan bawa kepada fikiran serabut, pening kepala, lenguh dan sebagainya.

Contoh nyata kesan grounding ni kita rasa seronok dan tenang bila dapat duduk tepi pantai, berjalan di taman, mahupun main air terjun kan, berbanding bila seharian menghadap komputer dan henpon mata kita lambat-lun pedih dan kepala sakit? Macam tu lah.

Walaupun topik ni masih kurang dalam kajian saintifik, manfaatnya tidak dapat dinafikan untuk kesihatan kita. Ini jurnal yang Shai dapat cari, korang klik sini ya. Effects of grounding on inflammation; Earthing:Health implications.

Bagaimana grounding ini berfungsi?

Asasnya, bumi ni sentiasa dicas oleh sinaran matahari dan diserap ke bumi. Tubuh kita pula menyerap cas negatif ini, akan neutralkan atom yang cas positif dan molekul radikal bebas (macam antioksidan) yang menganggu kesihatan kita – free radicals ni kerja dia buat inflamasi pada sel yang jika terlalu banyak terlalu lama, bukan sahaja boleh buat demam, kulit kedut, atau sakit-sakit badan, malah sampai ke tahap penyakit yang lebih teruk seperti kencing manis dan sakit jantung. Baca kesan free radicals di sini.

Tips untuk grounding

Nak bermula amalan grounding ni tak susah pun; hanya buka kasut, pijak tanah dan duduk sekejap ja. Walaupun kajian cadangkan untuk amal 20-40 minit sehari, kalau kita sibuk sekalipun memadai 10 minit sehari ja, cukup untuk sedikit me-time sambil zikir atau meditasi. Alang-alang sekali, anak pun boleh dapat manfaat grounding ni untuk kesihatan mereka, sambil mereka duduk diam sekejap grounding with nature.

Apatah lagi, manfaat grounding ini juga dilihat dekat Naz yang mild autism ni.

Manfaat grounding untuk kanak-kanak dan autism

Tak tahu lah ni sebab Naz suka main dengan tanah atau mandi di pantai/kolam (mengikut mak dia hehehe), memang perasan kalau Naz unusually tantrum (masa dulu-dulu dia tak pandai nak ekspresi emosi dia sangat), kalau bawa dia ke taman, air terjun memang dia diam dan seronok nak main, dan beberapa hari lepas tu mudah juga serba sedikit nak melayan dia. Perbezaan ketara kelihatan sampai kita buat rutin sekali seminggu mesti pergi taman yang besar-besar atau kalau dan ke air terjun sekali.

Baca trip kami ke Sg.Chiling, yang Shai rekomen tempat sesuai untuk budak-budak.

Beza tahap hormon stress cortisol sebelum dan selepas grounding ni. Perasan tak kita macam rilek je lepas berkelah kat air terjun/pantai? 😀 Sumber

Kesimpulan

Agaknya pada Shai ni yang dikatakan balik ke fitrah punya fenomena, di mana kita amalkan grounding ni membantu untuk kesihatan. Yelah, manfaat dekat diri kita satu, manfaat pun anak ada, malah untuk yang ada autisme sekali pun boleh dapat manfaat dari amalan grounding ni.

Namun, sebab amalan ni masih baru (walaupun sebenarnya dah sejak azali kita buat grounding pun, cuma takda terma dan kajian khusus), Shai akan cari lebih banyak kajian untuk perkongsian ini. Dan sedikit sebanyak, post ini juga akan kontra dengan tulisan Shai berkaitan sunscreen yang akan ditambah poin nya bila berkesempatan.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge