Kebaikan Mengamalkan Detoks Secara Berkala

Biasa kita dengar tentang detoks ni kan? Dan terbukti, mengamalkan detoks secara berkala mampu membantu tubuh kita untuk kekal optimum fungsinya dalam hidup seharian. Yelah, realitinya, tak ramai antara kita boleh komited untuk makan yang sihat, minum air masak sahaja, dan sentiasa aktif – kadang-kadang hidup kita memang ada tanggungjawab dan kekangan yang tak sesuai.

Kebaikan Mengamalkan Detoks Secara Berkala, minuman detoks

Jadi sekurangnya, amalan detoks ni membantu untuk kita recharge balik orang kata.

Jadi detoks ni bukan untuk dibuat selalu tau. Keyword recharge tu bermaksud jika ada tanda-tanda yang memerlukan anda detoks, masa tu lah kena set masa untuk buat amalan ni, untuk bertenaga balik.

Tanda-Tanda Tubuh Anda Memerlukan Detoks Dengan Segera

Tanda-tanda untuk anda perlu buat detoks ni tak pelik mana; ia biasa berlaku yang kita sendiri tak ambil endah, anggap ia perkara kecil. Namun, jika dibiarkan lama-lama boleh membahayakan tubuh sebenarnya, lagi-lagi jika isu detoks ni melibatkan organ hati.

Penyakit hati (cirrhosis dan kanser) digelar sebagai pembunuh senyap tau. Tak ramai yang sedar mereka ada penyakit ni, melainkan bila dah tahap akhir. Chup, bukan nak takutkan ke apa, tapi nak illustrate, bagaimana kita perlu sentiasa alert dengan tubuh kita dan ambil tindakan segera dengan keluarkan bahan kotoran (dari makanan, udara, pencuci, dll) ini agar ia tak ganggu sistem tubuh kita. Sebab itulah, disebut detoks.

Antara tanda-tanda yang perlu kita perhatikan:

Kepala pening memanjang, dan juga keletihan walaupun tidur yang cukup. Lenguh-lenguh merata badan, serta isu dalam sistem penghadaman seperti angin, perut yang membuncit, sembelit, dan kentut.

Mengidam makanan, khususnya yang jenis masam, manis, atau nasi pun tanda-tanda tubuh dipenuhi toksin.

Kebaikan Mengamalkan Detoks Secara Berkala

Jika dibuat dengan betul amalan ini, anda akan dapati tubuh anda lebih segar dan bertenaga daripada biasa (lebih ceria gitu) dan juga lebih aktif, sentiasa nak bergerak.

Anda juga kurang kebarangkalian untuk terkena demam ke apa. Jadi takdalah MC memanjang ye dok hehe..

Organ tubuh anda juga dapat bekerja dengan penuh cekap, dan takda nak terganggu dengan bahan kotor yang menyempit tempat diorang. Khususnya hati, bila terlalu banyak toksin yang dia kena cuci lama-lama letih jugak jadinya.

Secara tak langsung, anda juga kehilangan beberapa gram berat kerana toksin yang terperangkap dalam lemak akan dibuang sama; dan pada masa sama juga hati yang dah cekap, dia akan cernakan lemak dengan lebih cepat dan optimum.

Organ yang sihat, bererti aliran dalam darah juga bersih2 ja, dan ia akan memberi kesan kepada luaran juga: kulit yang bersih, berseri, takda jerawat dan juga cepat sembuh kalau ada luka, rambut yang kuat bersinar (macam iklan syampu lah kot), dan mata pun bercahaya.

Yang aliran darah ni juga, bermaksud fungsi dan kecekapan otak akan meningkat. Yelah, sel-sel otak berhubung tanpa gangguan bahan kotor melekat, cerdik lah sikit hehe.. fokus kita meningkat, cepat dapat idea, dan ketahanan mental juga lebih lama dan kuat. Takdalah pukul 3 ja kepala pening badan lembik dah.

Post selanjutnya, Shai akan kupas berkaitan amalan minuman detoks ini. Stay tuned! Dan info tambahan, perkataan ‘detox’ dan juga ‘cleanse’ tak sama walaupun terma ni biasa digunakan sama-sama. yang kita cerita ni detoks sahaja, namun manfaatnya pun ada lebih kurang sama seperti cleanse juga. 😀

Untuk senarai minuman detoks yang korang boleh cuba, klik sini ya.

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge