
Rupanya line dah expired, serupa mcm my digi number dulu2. Dem…
Alang2 esok somi keluar nak jumpa orang kt KL, kita follow sekali lah to fix the number, possibly using the same one (jenuh nak notify balik kt bank dan macam2 urusan yang menggunakan no henpon ni kot).
Tanya pakcik Google tentang nombor expired, kata nombor boleh kalau nak kekalkan, TAPI kena tukar jadi postpaid. Aduh..
![]() |
ni yang kita menggelabah masa google (klik untuk besarkan) |
Terpaksa kena infom ramai siap2 just in case kena betul2 tukar nombor kan – apa2 hal ke mama and mentor kita dulu..
![]() |
Maxis Centre di Low Yat |
Selesai sudah urusan pergi ke Maxis Centre Times Square di first floor. Tanya2 di kaunter minta check no expired, dia kata kena tukar postpaid (aduh…) then minta kita ke Maxis Centre di Low Yat. Nasib baik sebelah2 je bangunan tu, menapak sekejap ke Low Yat dan carik Maxis Centre kt situ.
Jumpa Maxis Centre kt Low Yat terus serbu, lepas datang giliran terus tanya macam mana nak buat. Staff Maxis bagi borang kecil untuk diisi (nama, IC, no tepon expired tu, and last contact number) dan dia setelkan data apa yang patut. Dalam 10 minit siap – nombor henpon boleh aktifkan, tapi ambil masa 5 hari bekerja.
Syukur alhamdulillah….
47 Comments
Sis sy nak bertanya. Nombor hotlink sy baru je exp 12/02/2021,saya dah pergi centre utk aktifkan balik sim tu tapi staff situ cakap kena tukar ke postpaid baru dapat aktifkan balik…saya taknak postpaid,saya nak prepaid…boleh ke?
Tak pasti saya pula, ikut pengetahuan biasanya prepaid susah nak dapat nombor balik
nombor expired 08/01/2021…bila pg centre diorang kena request untuk available nombor tu dulu br dpt guna untuk pospaid …nak tunggu available dah dekat seminggu ?
Kalau dah seminggu cer follow up balik ya, maklumkan dah call sebelum ni (depa akan check) 😀
Sis, kalau saya nak dapatkan no saya balik lepas luput boleh ke? Saya taknak postpaid saya nak prepaid
Polisi baru ka maxis tu..Kena ke center juga untuk kepastian
Sis maaf bertanya. Saya baru je dah tarikh luput. Jadinya saya nak activekan semula no. tp centre cakap kene tukar postpaid. Kalau saya taknak postpaid nak prepaid boleh ke?
Sis kiranya awk dptkan nombor ni still jd prepaid ?
Salam sis, nak tanya.. kita punya no Hotlink jgk. No dah expired bru perasan, klau kita pegi maxis centre 2 hari selepas expired boleh lgi ke nk renew ? Syg sngat ngan nombor tu sbb dah lama guna, sejak pkp nk jarang kuar jdi xsempat nk beli topup sume tu.. bole lgi ke sis nk renew no selepas 2 hari expired ?
Kita pernah kena lebih kurang mcm ni juga. Mmg kena call n pergi ke center dia
tolong aku
maxis ku pun expired
sebelum April lagi.nak renew kena time PKP lagi.dah call pusat Maxis,tapi kena suruh p Maxis Center juga.macam mana ni,nak gerak payah sekarang.dan aku dimaklumkan nak no balik tu terpaksa postpaid jadinya.aku tak kisah,yg aku kisah PKP ni..susah nak gerak..pls help me.Semua contak bank,apa2 penting semua guna no ni.VIP triple no ..lihat d Shoppie price dia sampai be Kk
Kena call bantuan center juga tu. Sbb pkp skrg ni mcm mana kan. Harap mudah urusan ya, sbb kalau sayang nombor tu tak nak lah lepas?
Hai sis… Nak tnya.. Sblum ni expired them aktifkan balik dgn cara postpaid… Tapi lpas postpaid sy lupa byr bil then batik no service plak… Mcm mna tu.. Blh aktif balik x
Kalau postpaid lambat sikit dia nak hilang nombor tu. Cuba call service center Untuk pastikan ?
Assalamualaikum sis….kalau nom yg sudah expired….if kita dah renew adakah to4 kita still ada dalam itu ????
Ada dalam komen sebelum ini, mohon semak ya?
Thank you for the info. Saya pun tak perasan nombor dah expired. Adoila. Sayang sebab dah bertahun2 pakai sejak zaman youth club. Harap masih boleh dapatkan semula nombor ni. Thanks untuk blog post ni (y)
Betul tu tuan. nombor yang dah sinonim dan guna dengan lama oleh kita tiba-tiba expired, boleh frust juga jadinya 😀
assalamualaikum, nak tanya. dia mmg akan minta ic yg berdaftar kat no telefon tu ke? kalau org lain daftarkan, maksudnya orang tu kene pergi maxis centre lah ye?
wassalam, saya rasa itu polisi terkini maxis (tak silap ikut pembacaan). Boleh ja dua orang pergi sekali untuk urusan nombor telefon tersebut
Assalam. Number saya baru bulan lepas expired, tpi bila sya pergi centre maxis, dia suruh buat postpaid. Tpi dia x bgi plk borang kecik
Nombor tu masih valid lah ya? Cuma dia nak tuan upgrade supaya nombor tak hilang kot?. Sekadar pendapat
assalamualaikum sis, awk punya aktifkan semula nombor kena prepaid atai postpaid?
Wassalam wbt. masa tu prepaid sis.:D
sorry nak tnya, kalau no tu disekat semalam, so rini saya baru perasan. masihkah saya boleh ke maxis centre utk aktifkan no saya semula??
Boleh lagi rasanya, sebab baru sehari block ni 😀
Maaf bertanya. Awak dh renew balik ke sim kad yg luput tu LILO?
Sbb saya pnya sim pn dh luput. Masa call tu diorg ckp klau nk renew kena ke postpaid. Tp ingat nk pergi centre je klau blh.
Tu lah nyanyok.
Terima kasih perkongsian info ni.
Maxis sy dh Expried kali ke 2.. Agk2 sy boleh dpt balik tak no tu? Sbb sy byk gunakan no….
kalau baru expired, dalam 45 hari tak silap boleh dapat balik rasanya. Cer pastikan di maxis. sebab masa saya kena tu lama dah
Hi sis,
suami sy bru 10 hari expired. Boleh dpt blik x? Credit yg sedia ada akan dpt blik tak?
Hehe tak pasti lah saya dear. Mungkin sempat lagi boleh dapatkan semula kredit
Bertukar lah kepada onexox puan reza
hi sis mmg kalau dekat fon signal mmg kosong tu sim mmg dah expired lah ?
Boleh kata juga sis. atau kalau henset problem. restart dulu lah. 😀
Saya ada nombor dah expired 5tahun dan saya ingin kembali nombor tersebut. Nombor prepaid.. tak kisah kalo jd postpaid pon janji blh dapat semula nombor tu tp simkad lama dah tiada jadi saya perlukan simkad baru tapi nombor lama .. bagaimana???
Aiyo cikpuan..5 tahun juga tu. Kalau nak nombor tu balik, kena tanya terus kat diorg lah. Kot2 ada rezeki nombor tu masih available.
hai sis. saya ada renew sim . then staff maxis tu ckp kena tunggu 10 hari masa bekerja . harini dah masuk hari yg ke 10 . kenapa tak jadi apa2 pun ?
tak pasti pula kita..biasa kalau gitu kita cabut sim, off hp, then masuk sim balik dan on semula. 😀
Hai Sis. Saya nak tanya, kalau tak ingat bila last kita topap tu macam mana ya? ?
Hai cikpuan Syafiqah, saya masa tu pun tak ingat bila last topup. Haha.. Yang saya tahu, masa tak dapat guna internet mobile tu cepat2 lah saya g menara maxis nak dapatkan balik nombor tu. :_)
Kena bayar tak?
Maaf atas kelewatan membalas komen sis ya. Tak bayar apa rasanya, kena pergi dan bagitau dengan muka merah malu. hehe
Assalamualaikum sis ..dalam masa 5hari yang diaorang bgy ..aktif blik x num sis ..??sebab saya skarang ni baru 4hari ..mula2 kluar panggilan kecemasan saja ..skrang ni dah tida perkhidmatan ..sama x dengan sis punya
Assalamualaikum sis ..dalam masa 5hari yang diaorang bgy ..aktif blik x num sis ..??sebab saya skarang ni baru 4hari ..mula2 kluar panggilan kecemasan saja ..skrang ni dah tida perkhidmatan ..sama x dengan sis punya
Saya punya cepat juga. dalam 3 hari bekerja. masa nombor maxis expired buat kali ketiganya hehhe