Gerhana Bulan – ‘Blood Moon’ malam ni 8 Oktober 2014

eclipse_total_espanek_10-27-2004-e1358526755212

Yeah gerhana bulan datang lagi!

Sebagai seorang yang minat sangat2 dengan bidang astronomi memang ni sesuatu yang sangat menyeronokkan untuk dibuat. Yelah, benda ni bukan selalu ye dok.

Best ke kalau tengok gerhana ni? Mestilah, alam yang kita tengok ni berlaku di luar Bumi tau. Jasad2 batu/gas yang ada proses dan mekanisme sendiri yang berlaku sendiri tanpa kita usik pun.

Dia datang, dia lalu, dia buat, kita cuma cerap dan analisis prosesnya.

Saya sendiri pernah cerap gerhana bulan (sekitar 2001) menggunakan teleskop sendiri. Versi kanak2 ribena je teleskop ni, very simple dan straightforward to look through. Saya dapat sebagai hadiah dari 5A masa UPSR (dapat 5A, dapatlah 5 hadiah, heh heh..), memang dah aim nak teleskop2 nih.

50mmtelescope_3white_2_2
macam ni rupa teleskop kita dulu, cuma kanta kecik di hujung tu lurus punya instead bengkok (refracting telescope)

Walaupun simple, tapi cukup power untuk mencerap objek2 dekat, contoh obvious nya pastilah bulan. Matahari boleh, tapi make sure ada spare 2 biji mata fresh yek. 😛

taklah, boleh je kalau korang ada filter yang sesuai yang dia akan asingkan  pancaran terik matahari, dan boleh nampak dia sebijik2.

Jadi alang-alang gerhana bulan berlaku malam itu, memang konfom lah kita cerap nak tengok dengan dekat, walaupun tu bermaksud kena usung teleskop amatur tu balik kampung (masa tu ahli keluarga belah papa ada mesyuarat keluarga – meeting sokmo).

Pacak cantik2 dekat ruang tengah rumah, alas dengan buku kasi tinggi dan mudah tengok gerhana bulan.

total-lunar-eclipse-oct8-2014-visibility-640x299
expected visiblity untuk gerhana malam ni, kawasan kita boleh nampak.

Serius santik.. serupa macam kat streaming – slow-slow bulan tu lalu ke bayang-bayang bumi dan bertukar jadi warna merah (hence blood moon), walaupun begitu, kepuasan memacak teleskop, setting2, check balik jadual gerhana kat buku astronomi, dan lenguh leher tegak selama sejam++ mencerap gerhana bulan is well worth the effort – masa tu internet tak secanggih sekarang ni ye. Dulu pakai Jaring.net je.. browser pun pakai MSN, then Yahoo.

eclipse-partial-4-14-2014-fred-espenak-sq
lebih kurang macam ni nmpak. cantik kan?

Kenapa minat astronomi

Ketaksuban – sebenarnya – datang masa tengok siaran gerhana matahari kat tv3 masa tu. Saya ingat lagi tarikhnya – 24hb Oktober 1995, di Kudat, Sabah – masa tengok bulan slow2 cover matahari, memang terkedu tengok. Amazing, menakjubkan, you name it, I was astounded to see. Definitely beautiful.

Sejak tu saya mula carik2 info tentang gerhana/planet2 ni, dari tv dan majalah Rakan Sains (dah takda dah majalah ni).

lunar-eclipse-stages
fasa-fasa gerhana

Bayangkan, sampai beli 3 bola lain saiz, and demo+explain macam mana gerhana berlaku to my parents and brothers (Ammar chan, awak takda lagi masa tu. :P). Definitely they’re amused. And my dad bought me a good and basic astronomy book – complete nama2 planet, komet, bulan, dll.

(sampai hubby pun terkejut masa dia share2 gmbr bulan Zuhal, cepat je kita namakan oh..ni Enceladus.. yang ni Titan..heh heh..)

Even at one point, I don’t really mind kalau saya jadi astronot then – nauzubillah – space shuttle explode on the way down, cam shuttle challenger dulu. Filem Gravity tu near impossible yek, sgt2 kurang kebarangkalian nak propel ke ISS guna fire extinguisher je ye..

Taksub? Yes. Sebab it’s a passion. Simple and from my heart since 1995.

Sekarang ni? Impian tu bernyala lagi cuma sedikit.. mungkin takda guidance, dan saya ni rabun teruk jadi I have to let go my dreams for a moment (time tu fikir operate Lasik very9 expensive), kat sekolah saya tak ambil sains pure sebab tak berani bedah2 hamster dan katak – hanya belajar biologi ikut discovery channel dll.

Sekarang ni hanya contend dengan updates dari badan2 astronomi dan mencerap buruj2 di langit. Maybe i should join astronomi-related groups kt sini?

Dulu tanya arwah papa kalau nak work at NASA HQ kat Florida boleh tak, papa jawab tunggu kawin dulu (mungkin byk godaan kt Miami. hehe.)

Boleh baca lanjut di sini.

PS; Molek kalau kita lakukan solat gerhana bulan sekali tau, sebab fenomena ni tak selalu (tiap2 bulan gerhana syok lah).

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge