11 Tips Ibu Bapa Yang Awesome

Apakah tips ibu bapa yang terbaik sebenarnya? Nak jadi ibu bapa yang awesome, yang terbaik ni tak senang woo.. lain ibu bapa lain anaknya, belum kira lagi faktor anak ke berapa, suasana, dan pelbagai elemen lagi yang jadi faktor kepada perkembangan anak, apalagi untuk ibu bapa nak buat tanggungjawab mereka pada amanah yang ada.

Yang penting, effort that counts kan? Dari effort tu insha Allah kita dapat hasilnya; anak dan cucu membesar elok terjaga terjamin masa depannya.

Untuk itu, nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak diorang (bukan anak orang lain), banyak benda nak kena ingat kot. Tapi sedikit sebanyak, senarai ini boleh bantu ingatkan balik apa kita boleh buat untuk diri n anak kita. Atau boleh dapat inspirasi untuk anak-anak supaya diorang happy.

Tips Ibu Bapa Yang Awesome

1) Hidup dalam masa sekarang. Live in the present moment orang kata. Tak perlu pressure nak jadi ibu bapa yang perfect sebab yang perfect tu tak semestinya sesuai untuk keluarga dan anak, apalagi diri sendiri. Perfect dalam erti kata rumah mesti lip lap berkilat setiap masa walhal realitinya anak akan sentiasa sepahkan rumah akan buat kita lebih tertekan.

Kemas yang sepatutnya dan yang penting (macam habuk, lauk tertumpah dsbg) dan hadkan kemas overhaul sebulan sekali dan/atau tetamu yang datang.

2)Berkata tidak, untuk apa saja yang tak bagus untuk anak (jangka pendek mahupun panjang), dan ia tak buatkan kita ibu bapa yang teruk – sekadar ibu bapa yang tegas.

3)Dapatkan sistem sokongan – samada keluarga terdekat atau kawan-kawan – untuk bantu bila ada kecemasan, mahupun untuk rapatkan hubungan dan tolong jagakan sekejap sementara mak ayah pergi berdating hehehe

Kredit: http://www.whowhatwear.co.uk/

4)Ibu bapa contoh segera untuk anak. Biasanya anak ikut apa kita buat, bukan apa kita suruh (termasuklah cara kita interaksi dengan orang lain walaupun ahli keluarga sendiri, etika hidup kita, dsbg)

5)Percaya dengan naluri kita – khususnya ibu yang tajam 6thsense dia; kalau ada sesuatu yang berlaku, ibu akan tahu.

6)Tak perlu untuk bersihkan sepah anak setiap masa dengan didik anak untuk kemas barangnya sendiri (ikut umur dia). Malah tetapkan dan ikuti peraturan rumah. Secara tak langsung mendidik anak (tak kira lelaki atau perempuan) untuk bertimbang rasa, bertanggungjawab dan tak entitled.

 

7)Minta maaf dengan anak jika ada buat salah kerana ia akan buatkan anak lebih hormat dan mereka sendiri ikut mengaku salah

8)Tak salah untuk cari ruang untuk ibu dan bapa sementara tengah panas dengan anak, apalagi rasa macam overwhelmed nak ambil angin sekejap dari tugas hakiki ibu bapa. 24/7 hadap anak pun penat

9)‘Angau’ dengan anak dengan tunjukkan betapa kita happy dan sayang sangat2 dengan dia. Secara tak langsung buat anak makin melekat dan rapat dengan rumah/keluarga

10)Kenali anak-anak dari peel dia, kekuatan/kelemahan dia dan adjust respon/layanan/didikan ikut anak tersebut. Dan juga memudahkan kita untuk sediakan kemahiran (urus duit, urus rumah dsbg) untuk anak lebih pandai berdikari nanti

11)Biasakan rutin membaca dengan anak, walaupun sekadar komik. Ia akan buatkan anak lebih rapat, selain ada minat membaca; dan kemahiran/minat ini sangat2 asas dalam kehidupan

Kesimpulan

Tips dan idea yang disenaraikan ini Shai ambil dari pelbagai sumber dan disesuaikan ikut tempat kita. Zaman la ni kena alert setiap masa agar anak tak ketinggalan, dan dari tips ini pun dah jadi permulaan yang baik untuk mereka.

Terfikir gak ”untunglah koranggg..aku kena dulu libas dengan paip n rotan kot” Haha..Zaman la ni dugaan lain, nak didik pun kena lain 😛

Sumber: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge