Tips Untuk Mudah Belajar Di Universiti

Ini adalah pengalaman Shai sendiri menggunakan tips untuk mudah belajar di universiti. Umumnya nak kata susah itu haruslah sebab itu cabaran kita belajar (kalau tak susah baik aku skip degree buat PhD ye dok), tapi ia tak susah sampai tak boleh nak carry paper tau. Alhamdulillah for that. Jadi Shai kongsikan tips dan pengalaman ini, inshaa Allah membantu korang (atau adik beradik korang).

Take note ya, Shai tak tahu korang sambung belajar bagaimana tapi Shai punya framework begini: course yang Shai ambil adalah salah satu bidang yang Shai minat lama dah dan ia boleh kata dari awal-awal sekolah menengah lagi Shai dah plan siap-siap.

Jadi bila dapat result matriks, kan kita daftar UPU kan, Shai daftar ikut course dan juga susunan U untuk bagi peluang tinggi masuk dan dapatkan course tersebut, biiznillah. Dan masa tu, Shai nak ambil samada dalam bidang petroleum/chemical (love organic chems), atomic/nuclear fields (minat sangat dekat astronomi dan atoms/particles tu). jadi itulah yang Shai daftar.

Dan dapat. Alhamdulillah.

I do love quantum physics, and this quote certainly resonates well dengan Shai 😀

*tak tahulah korang, tapi Shai pesen kalau tak minat, Shai takkan belajar. Kalau dah minat, Shai belajar sampai 5x ganda, sebab senang tangkap dan nampak. Yalah, lain orang lain kelebihannya, nak paksa ikut course sekian2 sebab potensi gaji, aku memang tak reti dan nanti buat sakit hati.

Anyway, Shai terus straight to the point bagaimana Shai belajar di uni/matriks, untuk memudahkan korang.

Tips Untuk Mudah Belajar Di Universiti

Dapatkan Silibus Subjek

Yang ni kira senarai asas dan juga ‘nyawa’ satu subjek, yang korang kena belajar sepanjang semester tu. Ia membantu korang untuk expect apa yang nak cover, dan juga prepare siap2 apa yang nak dibaca dengan fokus.

Kenali Cara Belajar Korang

Masa ni, sebaiknya kenalpasti cara korang belajar sebab unik tau. Kalau korang belajar ikut kawan semata dan tak kena dengan stail belajar korang, serius ia akan membazir masa, sebab susah nak masuk.

Umumnya ada 3 jenis learning styles iaitu visual, audio, kinestetik jadi korang pastikan korang salah satu atau gabungkan 3 ciri utama ini. Dan pastinya idoklah kalau korang jenis visual korang tak boleh terima/masuk kalau lecturer bertitah depan dewan kuliah tu – pandai2 lah give and take. Yang dimaksudkan di sini, adalah cara korang belajar secara intensif untuk diri korang, samada menggunakan rekod suara, nota dengan warna-warna, mahupun latihan amali sekaligus.

Yang mana satu korang punya? Cer tengok

Pastikan juga, waktu yang mana korang aktif dan lebih kreatif kerana ia potensi masa di situ untuk belajar subjek yang susah.

Contohnya Shai ni jenis visual jadi nota Shai banyak menggunakan warna dan juga mind maps. Dan waktu Shai aktif belajar tu waktu pagi dan juga malam. Jadi masa tu khusus untuk subjek berat, dan waktu petang Shai set untuk subjek yang tak berat sangat.

Indirectly ia juga bermaksud, Shai belajar dekat 12 jam sehari. 😉 sebab tu Shai kata kena minat (dan sedikit sebanyak rasa bertanggungjawab dan bersyukur lah), untuk senang masuk.

Belajar Secara Berterusan Dan Bersistem

Tak bermaksud korang kena hadap buku dan dinding sampai tak makan minum dan membuang; tapi setiap kali habis kelas, terus cepat2 belajar untuk kukuhkan ilmu dalam kelas tadi masuk dalam otak.

Samada melalui baca balik nota, buat rumusan/nota godeh2 sendiri, atau soal jawab dengan member. Anything, as long as korang tak lupa apa yang lecturer membebel dalam kelas tadi sebab korang terus straight tengok Avengers dekat MidValley.

*kat uni/matriks pakai penilaian berterusan tau. Jadi tips ini sangat2 lah penting.

Dah setel satu topik, buat satu rumusan utama (mind map ke, nota flashcards ke, audio ke apa) dan gunakan untuk dengar/tengok hari2 pada awal sampai ke seminggu sekali. Ia membantu untuk masukkan ilmu dalam otak secara subconscious.

Learn to overlearn

Your mind will grow more familiar with it dan korang boleh spout facts sekejap ja. 😀

Kesimpulan

Ini adalah antara pengalaman Shai gunakan tips untuk mudah belajar di universiti ini. Sangat membantu, sampai adalah juga dapat dekan sekali, ada sipi dekan sekali, muet pun band 5 heh heh..

Iaitu ia sebahagian dan adjust2 dari buku yang Shai beli masa tingkatan 5 ni. Serius buku ni jadi asbab dapat result best. Dan pada masa sama, sebab dah minat pun faktornya juga, Shai ingat juga apa yang belajar dari sekolah, sampai sekarang. 😀

buku nipis ja, tapi sangat2 mudah nak faham dan kenal pasti lecturer bila bagi hint untuk exam hehe. Sumber: Amazon.com

Baca juga di sini, post yang Shai amalkan untuk keberkatan ilmu dan masa, yang Shai buat juga sepanjang belajar di uni/matriks ni. Serta tips untuk berdiet ketika belajar, yang Shai sendiri amalkan (lepas tobat masuk hospital); ni dalam blog Shai yang lain, khusus untuk kesihatan ya. 😀

Korang punya style belajar ketika dekat uni macam mana? Share di komen ya. Dan juga share post ini untuk family korang yang tengah belajar juga. 😀

Bacaan lanjut

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge