Dalam Merawat: Aurat Atau Darurat?

Isu ini dah lama dah dalam socmed kita dan yang pasti yang jelas kita perasan there’s always a two sides of story untuk ceritakan situasi mereka dari perspektif sendiri. Nak berbalah mulut tu tak usahlah kita mula, sebab yang tu hanya larikan mata fokus kita ke hujah pokok. Yang kita concern kan di sini; bila situasi darurat terpakai dalam cerita hidup kita, apabila kita nak minta doktor untuk merawat.

Isu Aurat Dalam Rawatan

Isu pemulanya, pastilah berkaitan dengan doktor dan/atau staf perubatan yang nak bantu bila kita nak bersalin tu. Haruslah, isu aurat ni mudah kita faham dan telah diajar mak pak cikgu kita dari kecil: lelaki dan perempuan ada batas aurat dia (dari kulit body tu, sampai lah ke suara pun ambil kira tau; nak jaga batas punya pasal).

Perspektif yang biasa keluar tiap kali isu nak bersalin berbidankan jantina lain ni (lelaki le..ke ada lelaki – maksudnya pure lelaki – yang boleh beranak wei?) ialah penggunaan hujah aurat, dan lepas tu hujah darurat.

Terpaksa. Dah terdesak. Nak buat macam mana.

Jadi bila waktu sesuai bila sesuatu yang dikatakan darurat itu dikira?

Bila Darurat Dipakai Dalam Situasi Kita?

Maksud darurat dalam hukum ialah ni bila keadaan yang mendesak dalam kita nak buat pilihan sampai diharuskan yang haram tu menjadi halal sementara, sebab kalau tak buat, kita dalam bahaya (selalunya, mati lah, sehingga bahaya tu hilang.

Contohnya (nauzubillah minzalik, mintak simpang la) kalau ada kita tersesat dekat gurun, nampak bangkai biawak. Usaha cari makanan lain pun takda, cuma bangkai tu ja. Jadi dikira boleh lah kita makan sebab dah darurat.

Itu pun, makan sekadar perlu, bukan dibuat grill dengan honey glaze siap burp lepas habis makan hehe. XD

Macam mencuri juga. Ada yang mencuri sebab dah terdesak urgent anak menangis 2 hari tak dapat bf, maknya meninggal ka dan takda yang sudi/takda langsung nak jadi ibu susuan budak tu, sampai pak nya kena mencuri satu tin formula untuk anak dia kenyang sat sementara ayah dia ada sedikit margin masa untuk mencari kerja.

Sumber gambar: http://greenboc.blogspot.com/

Kalau curi susu pun ada niat tak nak brand Dugro tapi nak terus skip brand S-26 sebab ada kelas amboih ko over ye. XD

*Isu yang nak ditunjukkan bagaimana darurat tu terpakai. Yang part mencuri ni rakyat kena melampau2 tapi yang vvip tak kena seberat macam marhaen, isu zakat kena hukuman tu isu lain boleh cerita.

Gitu yang Shai faham dalam darurat. Malah dalam post rujukan ini juga kupas tentang penggunaan hukum darurat yang khusus untuk isu keperluan manusia, bukan kena libatkan sekali apa-apa kemewahan dunia. Korang baca ya.

Isu Menggunakan Perkataan Darurat Dalam Situasi

Isu yang menggunakan hukum darurat ni lah yang jadi orang berbalah mulut for no reason walhal hukumnya terang jelas bersuluh lampu spotlight.

Ada juga yang betul2 tak tahu, tu takpalah juga. Ada yang sentap, sebab terasa (fahamlah tu) tapi lepas tu serang orang lain pula.

Ada yang rasa takda salahnya. Kunun atas dasar profesionalisme, atas sebab dah urgent doktor lelaki tu dah tengok beratus tak hadap pun awak punya yang sorang tu alasannya.

Dan juga atas dasar suami tak kisah, open je.

Ada alasan agak ‘power’, pilih ja doktor lelaki sebab dia punya kesian nak handle kerja2 bersalin ni lagi tinggi dari doktor perempuan. Aduhai..

Lagi yang power, ada siap offer nak serah bawah tu dekat doktor yang handsome interviewed dekat radio masa dulu. Ada kan?

Celah mana daruratnya kalau awal-awal lagi dah semacam redha biarkan, macam takda usaha dekat situ seboleh2 nak jaga batas.

Walhal hukum darurat pun nak terpakai kena usaha dulu, confirmkan baru boleh.

As in isu bersalin, yang kalau last minute urgency terpaksa doktor/staff lelaki attend to the birth barulah terpakai.

Itulah maksudnya darurat. Sebab nampak yang nak pilih doktor lelaki tu siap bash yang berusaha nak dapatkan staff/doktor perempuan dulu, bajet alim katanya. < ini yang buat orang menggeleng kepala; mengajak orang lain buat salah pula

Macam pengalaman Shai sendiri, ada houseman nak check bukaan servik, Shai kata no, sebab nak staff perempuan. Serta merta dia kata okay, no problem dia cari staff/nurse dengan segera. Houseman lelaki, india.

Yang Shai minta tarik langsir sebab nak salin baju hospital dibalas pandangan selebet. Houseman perempuan. Melayu.

Yang bengkeknya, aku speaking jawab soalan2 (siap guna terma medik) baru di sebok tanya kerja dekat mana. Aku pakai selebet pagi2 dengan contraction takda masa nak ber-contour kot.

Nurse melayu india tanya kita contraction berapa minit, air selusuh ada ke tak etc. Houseman tu pun blur apakah itu air selusuh.

Ya, Shai bersalin di hospital kerajaan.

Okeh, stop emo di sini. Moga fahamlah maksud kita nak sampaikan.

Ia bukan isu duit sangat, kalau dah mampu yang kerajaan punya ja, boleh usahakan untuk request yang perempuan attend kita. Kalau ada, ada lah, kalau takda, at least kita berusaha.

That’s my point. Usaha. Bertegas. Usaha jaga batas. Dapat tak dapat belakang kira sebab tu Allah yang decide hasilnya.

Habis Tu, Penyelesaian Dia Macam Mana?

Pastinya, dari cycle ni berjalan tanpa kesudahanya, solusi proaktif kena buat juga; perhaps satu petition rasmi untuk submit dekat kementerian wanita untuk JV dengan kementerian kesihatan untuk ajar yang tok laki/mahram perempuan yang nak bersalin untuk ambil kursus bersalin supaya boleh assist masa nak beranak tu (lagi2 yang jenis low risk/normal)?

Pada masa sama juga insentif untuk bakal ibu jaga diri agar usaha dapatkan bersalin normal (pastilah duit tu kena dari depa juga, dan kemungkinan boleh kerajaan subsidize untuk mereka yang tak berkemampuan? Kalau nak beranak, that’s some of the associated cost untuk dikira selain lampin susu walah walker sekalipun)

*petition ni pernah dibuat 2 tahun lepas tak silap. Dan lepas tu kementerian kesihatan ada acknowledge the uproar (hehe)..Doa sangat2 inisiatif rakyat marhaen dapat attention penuh kementerian. Untuk anak kita juga.

*Kalau ada petition baru, Shai akan include di sini ya.

Mungkin boleh permudahkan course kedoktoran yang spesifik untuk O&G, untuk lebih ramai perempuan apply? Nak jadi doktor basic pun dah susah, kalau nak jadi specialist lagi lah payah; nak kena maintain skill dan keep up dengan latest info (yang sentiasa berubah), jadi satu dua inisiatif yang memudahkan hidup doktor2 ini mesti buat ramai perempuan interested.

Lagi baik, anak perempuan yang ada potensi untuk jadi doktor, digalakkan untuk specialized dalam O&G tu sendiri < ni Shai niatkan sendiri, since ni yang termampu sekarang ni, selain ambil peduli isu2 medik secara umum. 😀

In any case, solusinya ada. Kalau tak, sampai bila tak kemana. Kan?

Takda beza dengan lelaki yang pergi dapatkan rawatan untuk benda alah mereka dengan doktor perempuan dan/atau tukang mengurut perempuan, yang kemungkinan besarnya juga dapat nurse perempuan yang kena bagi medical attention dekat benda alah tu. Nak-nak pulak tipikal kebanyakan lelaki dok melawak benda2 macam ni sebab dapat layanan perempuan; apa beza dengan perempuan yang offer serah diri atau beralasan doktor lelaki lebih kesian seperti perenggan sebelum ini?

Bukan untuk samakan jihad dan balasan syahid bersalin seorang ibu berbidankan doktor lelaki dengan lelaki yang pergi dapatkan rawatan menggunakan doktor perempuan. Walau dikata mereka malu (atau bahasa mudahnya tak hadap pun, sebab dah biasa tengok) dan mereka profesional, ia sebagai margin keselamatan untuk standby ketika darurat, dan kita sendiri usahakan dulu agar betul2 justified untuk gunakan hukum darurat atau tak. Itu ja.

Cam pelik dan buruk je bunyinya kan. Tapi tu lah, sama ja prinsipnya. Aurat kena jaga ketika merawat. Jangan sesuka menggunakan alasan darurat. Noktah.

That’s my point. 😉

That’s my point. Usaha. Bertegas. Usaha jaga batas. Dapat tak dapat belakang kira sebab tu Allah yang decide hasilnya.

But I know orang akan berikan pelbagai pendapat samada sebagai pengajaran, sebagai cadangan untuk penyelesaian, ataupun sebagai justifikasi yang benda tu tak salah, sebab dah darurat kununnya; sama ja pattern seperti yang di atas isu bersalinkan bidan lelaki.

Dan kitaran tu berulang lagi….

Kesimpulan

Maaflah, ia pasti post yang menyentap sanubari bila kita rasa seolah kita dipersalahkan bila tak dapat doktor perempuan dalam isu ini. Korang tak salah, kalau dah berusaha, kalau rasa malu sepanjang ia berlaku. Don’t worry.

Post yang terhasil dari idea yang Shai terbaca mengenai isu-isu aurat bila nak minta rawatan dari lain jantina. Pattern nya semua sama. Tapi pada Shai, selagi kita tak kenalpasti sampai ke akar dan cari solusinya, sampai bila benda tu tak habis. Kena pada anak, cucu, cicit, piut, miut..you get the idea. Kitaran tak akan henti habis kalau tiada penyelesaiannya.

Dan pastinya, untuk mothers yang memang takda option nak cari staff perempuan Shai doakan agar korang dapat rezeki bersalin betul2 masa staff lelaki semua takda, dan korang bersalin normal ja. 😀 Moga pahala korang dok mengandung, usung yang kecik dalam perut ke hulu hilir jadi asbab doa ini makbul untuk korang ya.

Sumber: 1,2

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge