Pengalaman Mengamalkan Membaca Quran

Quran. al-Quran, manfaat membaca al-Quran, fadhilat Quran

Post personal ini saja Shai kongsikan kalau-kalau boleh menjadi manfaat kepada yang membacanya. Tak dinafikan banyak artikel dan post berkaitan manfaat mengamalkan membaca Quran ni, termasuk yang berkongsi pengalaman mereka, tapi Shai fikir, apa salahnya. Mana tahu testimoni dari Shai sendiri boleh menyakinkan orang yang masih terfikir-fikir dan tak biasa lagi nak pegang Quran, ye dok?

Ayat-ayat dalam Quran tu kata-kata Allah. Jadi takda apa nak pertikaikan kebenaran apalagi manfaat yang diberikan. Setiap pahala kita dapat dari membaca Quran bukan satu ayat, tapi tiap-tiap huruf kot.

Masyuk pahala dapat hehe..

Kisah Shai Mula Nak Amalkan Membaca Quran

Semuanya bermula masa Shai perhati one of my friend masa belajar dulu, antara kami-kami semua ni, dia sorang ja yang paling banyak melekat dengan Quran, boleh kata tiap kali lepas solat.

Sek-sek kami ni takda kerap mana pun, paling-paling nak ada sesuatu/ada event macam exam baru nak baca yasin hehe.

Tapi satu benda kita perasan ialah kawan kita tu, nampak effortless je. Exam results dia power, everything looked smooth for her. Yang kita ni pula, kerja dan result memang berkait, rasa seolah-olah kita terbeban atas usaha kita.

*Ni bukan nak kata tak perlu berusaha, hanya harap Allah tolong je tau sebab Dia still nak kita berusaha so that we deserve getting what we want. Maksud Shai ni, bila kita usaha tambah dengan bantuan Nya, ia akan rasa lain. Miracles and ease simply come to you. Period.

I really need this, especially nombor 2,3 masa nak hadap sana nanti. Sumber: https://thealiffoundation.wordpress.com/

Jadi kita sendiri pun mula amalkan. Tu pun lama juga nak mulakan. Kita pow lah satu Quran dari rumah, bawa ke hostel dan mula mengaji. Merangkak baca itu pasti, lama-lama lancar dah alhamdulillah.

Kita tak reti eja2 ayat arab ni. Mungkin sebab kita belajar cara visual (dan juga masa kecik2 tu mengaji guna buku Iqra tu. Tapi kita sampai buku no.5 je lah hehe), huruf tu kita ingat sebutannya, dan kita hanya tengok ayat tu dan baca terus. Merangkak ke tak, itu based on kekerapan kita baca Quran dan/atau tak pernah nampak struktur ayat tu sebelum ini.

Awal-awal tu baca je lah. Tak ambil tahu pasal makna etc. Dan biasanya time maghrib tunggu isyak baru free, kita boleh baca straight 1,2 muka sehari.

Dan paling terbaru lepas tu, bila kita tengah frust ke, sedih ke apa, lagi lama lah baca, sampai puas hati dan lega, baru simpan.

Nak dijadikan cerita, lepas tabiat baca Quran tu ada perubahan juga kita perasan. Mula tu juga datang rasa tak selesa nak pakai kemeja lengan pendek (sampai siku tu). kita beli jaket dan pakai ja lah jaket tu sampai jadi signature look kita. Hari2 pakai jaket tu ja ke kelas, jalan2 etc, selain baju lengan panjang yang ada.

As usual, beli jaket untuk nampak stylo dan pada masa sama jimat, beli ajo warna hitam, dengan design sturctured jacket. Baca sini ya untuk tips jimat belanja pakaian, tapi tetap stylo dan mahal.

Manfaat Membaca Quran

Anyway, tambahan pula kita perasan banyak urusan belajar jadi mudah, dan masa juga berkat. Macam senang lekat dan tangkap ilmu, ilham dan idea datang menderu. Ni serius tau sebab masa belajar, kita boleh kata belajar dari buka mata sampai tutup mata, takda rehat ke apa. Cuma mungkin sebab minat, dan juga secara strategik kenalpasti, subjek berat cam math, fizik tu waktu pagi dan malam, petang tu subjek sastera/falsafah gitu, atau review mindmaps subjek2 math fizik tu.

*orang dok kata jangan studi add math nanti sakit kepala, masuk form 5 I live with add math kot. hehe..Nanti Shai kongsikan cerita tentang add math nih. 

Banyak kerja jadi flawless je, seolah-olah timing is right for everything, dan juga orang banyak bantu kita out of nowhere.

Jadi apa lagi kan, pastinya kita teruskan amalan mengaji tu sampai hari ni. Haruslah, upgrade sedikit dengan baca terjemahan sambil mengaji.

You never know what direction/guidance Allah wants to point you with His words.

Betul orang kata, nak Allah dengar kita berkata, kita berdoa. Nak Allah berkata dekat kita, kita doa dan buka Quran ja.

Sementara nak tunggu, ada duit dan kelapangan, untuk mengaji depan guru betulkan bacaan sambil tafsir makna setiap ayat dalam al-Quran. Amin2 ya rabbul alamin.

*salah satu benda kita perasan banyak kisah dalam Quran ulang-ulang benda sama, cuma orangnya berbeza. Orang nasihat, tak nak dengar, dia tempelak/bunuh Nabi, dan boom balasan datang, ganti kaum lain. And repeat. Mungkin tu kiasan dalam Quran yang cerita/sejarah berulang beribu-ribu tahun, sebab orang tak nak ambil pengajaran. Jadi kita take note lah lesson ni. Sayang masa dibuang kot repeat other’s punya mistakes when we can learn the lesson ye dok.

Sumber: https://www.quotemaster.org/

Kesimpulan

Gitulah pengalaman. Semoga dapat beri korang manfaat, atau apa sahaja kebaikan dari cerita ini. 😀

Bacaan lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge