Acapkali bila saya berkongsi dengan kawan-kawan atau pelanggan tentang kebaikan Shaklee, sudah tentu mereka berminat (katanya, “apa-apa boleh rujuk ke sis sebab tak kedekut ilmu”..ehem..) tetapi bila masuk ke bab harga mereka akan mula berkira-kira samada berbaloi ke tak.
Umpamanya, bagaikan segala kepentingan dan manfaat yang dibincangkan sebelum tu tertakluk kepada harga yang murah. Benarkah?
Ya. Sudah tentu dan saya bersetuju sebab apa-apa pun kita kena fikir duit kita ni, dan adakah produk yang kita nak beli ini sepadan dengan harganya (kalau murah pun bagus juga kan?).
Shaklee Ni, Mahal
Pada perspektif orang, akan dikatakan produk-produk Shaklee ni mahal lajak, tak padan dengan produk lain yang ada dipasaran. Tapi bagi saya yang kaki analisis senarai bahan ni, jika dikira-kira dengan betul sebenarnya produk mereka tidaklah mahal pun. Malah sepadan dengan harga yang anda bayar, sebenarnya. Sebab apa?
Tidak Ada Duta Untuk Di sponsor
Mula-mula tengok produk selain label mesti tengok dutanya dulu kan? Bagai Maixara dengan Jijan dan Beauty Umairah dengan Kak Ton nya. Bezanya, shaklee tidak. Malah ramai orang ternama yang berebut-rebut nak belek dan rasakan kebaikan produk Shaklee ni adalah.
Contoh selebriti/orang ternama yang gunakan produk Shaklee ni; Mizz Nina, Rita Rudaini, Ayu Raudhah (diorg share sama-sama ke ni?), even Dr. Mahathir dengan isterinya – tengok aje lah dua orang ni. Sihat elok belaka je.
Malah, Oprah Winfrey pun suka sangat dengan produk-produk Shaklee ni (lebih-lebih lagi Basic H).
Jadi, takda extra belanja untuk sponsor orang ternama ini seterusnya menjadikan produk lebih murah dari sepatutnya.
Ada sponsor pun, untuk event kesihatan ka, kanak-kanak, malah untuk mangsa banjir. Hehe..
Beratus Kajian Berbilion Wang Dibelanjakan
250juta USD telah ‘dibazirkan’ oleh Shaklee dengan team saintis yang terdiri daripada pemenang Nobel Prize dan mereka membuat kajian dekat 100,000 setahun (sibuk bebeno tu) untuk memastikan setiap formula dalam setiap produk menepati mekanisme tubuh supaya diserap dengan semaksimum mungkin (kan terbazir sayang je).
Contohnya, setiap sachet dalam Collagen Powder terdiri daripada 4,000 mg collagen red snapper. Kenapa produk lain ada sampai 12,000 mg? Sebab tubuh kita hanya boleh menyerap sampai 4,000 mg collagen pada satu masa ja.
Betul lah, tu yang ramai orang kata beri kesan dengan segera tu. Macam yang kena pada Naz.

Setiap kajian ada publish dalam jurnal berkaitan, contohnya Journal of American Medical Association (jurnal paling top dan paling payah nak masuk). Boleh juga search di Google, ‘Shaklee clinical report’ kalau mahu.
Kajian dibuat oleh badan bebas keatas pengguna yang mengamalkan Shaklee dalam tempoh 20 tahun menunjukkan perubahan positif yang ketara. Kajian ini dijadikan sebagai batu asas untuk kajian masa depan dan boleh dirujuk dalam landmarkstudy.com
Dibuktikan oleh yang pakar, hanya supplemen dari Shaklee yang memberi impak positif terhadap kesihatan.
Sentiasa Ikut Prinsip Always Safe, Always Green Always Works
Prinsip Shaklee adalah bermula dengan semulajadi dan segala jawapan kepada penyakit ada tersedia dalam alam ini (cewah..). Prinsip ni dijadikan rangka asas dalam setiap produk.
Kandungan Pekat
Setiap tablet/kapsul/kaplet/serbuk/titis yang dihasilkan dalam setiap produk Shaklee adalah dibuat supaya pekat dan penuh setiap inci dalam formulasinya. Tanpa ada bahan tambahan atau ‘filler’.
Sebab sekali lagi, mereka nak setiap produk diserap sepenuhnya oleh tubuh, sebaik dan semaksimum mungkin. Seperti basic H, hanya setitis untuk pelbagai kerja – dan bersih!
Contoh juga seperti multivitamin Vitalea ini, dibandingkan dengan multivitamin jenama lain.
Tujuan untuk penyerapan penuh, secara jelas tak nak bagi terbazir lah bila makan..hehe.. Malah, setiap produk supplemennya dipastikan untuk larut sebelum 20 minit sebab jika tidak, bahan yang tak dpaat dicerna akan terus dihantar ke usus untuk pembuangan. Kan dah rugi situ.

Oh ya, korang nak Vitalea percuma tak? KLIK SINI tau. Sebotol bagi free.:D
Ada Sijil Halal
Setiap produk Shaklee bersumberkan tumbuhan, dan telah dipastikan halal. Maka boleh guna tanpa was-was.
Testimoni
Kalau nak letak testimoni mau panjang meleret. Tapi ni lah salah satu contohnya.


Jadi di Mana Mahalnya?
Mahal bukan sebab apa pun, sebab dalam satu botol tu depa package selonggok habis, jadi sebotol tu tahan sampai berbulan. Contohnya, viatmin C yang sustainable release ada 180 biji. Kalau ambil sebiji sehari dah berapa lama tahan (kecuali kita sakit demam lah).
Taksub Betul ni
Taksub ke? Tak pun, asalkan mana-mana produk yang bagus dan dijamin adalah sesuatu yang saya suka (lagi2 kalau dah murah lagi laa saya suka). Kerana saya dah lama berkecimpung dalam bidang kesihatan ni, dan sangat taksub untuk baca senarai kandungan bahan betul-betul jadi saya tahu kepentingan ilmu ini, dalam hidup kita.
Kalau tak.. takkan nak tunggu sakit baru nak sibuk carik kan..
Nota/disclaimer: Kepada yang memang tak mampu sebab saya pun faham, nak beli lump sum pun payah untuk adakan modal dengan segera kan, jadi kena kumpul duit dulu ikut bulan, supaya boleh dibeli jika diizinkan. Saya dulu pun, begitu juga. hihih..
Jika ada produk Shaklee yang berkenan di hati, boleh tahu lebih lanjut dengan jadikan saya sebagai konsultan kesihatan anda.
UPDATE: Mulai 2019 ini, Shai tidak lagi menyediakan penjualan dan konsultasi berpandukan produk shaklee, kerana kekangan masa dan tenaga. Instead Shai fokus lebih kepada konsultasi produk digital Shai iaitu panduan gastrik dan juga siri Weightloss Workbook.
*ya, konsultasi berjela-jela yang Shai sediakan hanya untuk produk digital ja la ni; makin ramai nak jaga, terima kasih atas sokongan ya.
Info dalam page produk shaklee dikira sedekah ja lah; boleh contact seller2 shaklee lain yang sesuai. 😀
